SHAH
ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya,
Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan
Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik
untuk dirinya.
Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr
Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang
dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar
akan kesilapannya.
Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina
dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan
tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.
“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.
“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain
didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan
kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.
Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu
sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah
negara seperti Malaysia.
“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah
golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang
dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz
Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.
Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan
menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya
menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang
kepada keputusan parti.
Katanya,
isyarat bahawa Mukhriz mungkin
menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon
Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.
“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi
segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi
Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya. -SH
1 comment:
Kemenangan Mukhriz bukanlah terjejas disbbkan Marina.....tapi terjejas disbbkan rakyat dah tahu kebobrokan sebenar UMNO/BN.....lebih2 lagi rakyat dah tahu yg menjahanamkan Malaysia adalah Mahathir si munafik...antihadis......
Post a Comment