Bila kata lu orang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Barua Umno lu
orang tak mengaku... tapi tindak tanduk lu selalu melebihi Umno itu
sendiri...
yang lu orang sebok-sebok kata Parti politik yang ingin
membentangkan manifesto pilihan raya
masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan
berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung apasal
beb...
kerja lu orang bukan nya jadi Penyiar kat RTM... kerja lu orang
kat SPR... lu orang tahu tugas ke atau tidak... .
Baik aje lah lu orang mengaku yang lu orang tu Barua Umno/Bn... sebab
yang ini dah terang-terang bukan nya tugas lu orang untuk siarkan
manifesto Parti kat RTM...
kalau yang bercakap tu Menteri yang pernah
bakar jambatan tu ok jugak lah sebab Penyiaran di RTM tu dalam
Kemeterian dia... tapi bila Menteri tu senyap dan lu orang pulak yang
sebok memang sah lu orang Barua Umno...
kenapa lu orang takut mengaku
yang lu orang Barua Umno... kah kah kah... sebab nak tipu rakyat konon
nya lu orang tu bebas lah dan tak memihak pada mana-mana Parti...
Sudah
lah SPR terutamanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi... lu orang nak
menyorok dan menafikan dengan alasan apa pun Rakyat dah tahu yang lu
orang tu Barua Umno... baik mengaku aje lah kan senang...
tak ada kemana nya penafian li orang tu... buat Rakyat menyampah dan
menyumpah lu orang lagi banyak adalah... masing-masing dah tua dan
berada diumur senja (pada adat nya di umur nak mati)...
tapi bak menipu
lu tak menampakan yang lu orang tu tua kan... orang yang muda pun ada
yang tak sanggup nak menipu macam lu orang... lu orang tahu tak...
hemmmmm.....
yang pelik nya sekarang ni semua nya tak nak mengaku sebagai barua umno
beb... apa hal hina sangat ke lu orang jadi barua umno... daripada
wakil rakyat yang keluar parti pakatan rakyat (pr) hinggalah kepada
penjawat awam yang pro umno... semua cuba mengelak dari mengaku sebagai
barua umporno... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul
meloyakan heeeee... A B U.Mat Indera Sipejuang
Baca berita di bawah ....
KUALA LUMPUR, 22 Jun — Parti politik yang ingin membentangkan
manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia
(RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya
secara langsung.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
“Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
“Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing,” katanya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 7 Jun lepas berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.
Akses media yang bebas dan adil adalah antara 22 saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April.
Abdul Aziz berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya akan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka menerusi RTM jika mendapat kelulusan daripada SPR.
Beliau berkata ini bagi memastikan hanya parti politik yang berdaftar dan bertanding sahaja layak mendapat keistimewaan tersebut.
Mengenai waktu siaran, Abdul Aziz berkata perkara itu akan ditentukan oleh RTM dengan mengambil kira nilai berita selain memberi jaminan semua parti yang bertanding akan mendapat jumlah waktu siaran yang sama.
“Kalau siar pukul 3 pagi siapa nak tengok? Kalau adapun mungkin tak ramai. Penyiaran pada waktu perdana akan dipertimbangkan dan SPR dengan KPKK akan perkemaskan perkara ini,” jelasnya.
Beliau berkata setiap parti diberi peluang untuk menyiarkan bahan mereka di TV1 dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib, manakala penyiaran dalam bahasa lain boleh dibuat menerusi stesen radio.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata tempoh kempen dalam PRU ke-13 nanti mungkin melebihi 11 hari atas permintaan pelbagai pihak, termasuk parti politik.
Beliau berkata tempoh tersebut dirasakan sesuai walaupun terdapat tuntutan daripada pihak tertentu yang mahu kempen pada PRU-13 dijalankan selama tidak kurang 21 hari.
“Ada juga permintaan supaya tempoh kempen tidak terlalu panjang kerana pada mereka kempen di Malaysia sangat meletihkan bukan sahaja kepada calon tetapi juga kepada petugas media kerana perlu bertugas ‘around the clock’,” katanya.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata SPR akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk kos pengendalian yang mungkin tinggi jika kempen dibuat dalam tempoh yang panjang.
— Bernama

1 comment:
buat peraturan macam chibai..SPR mst bebas dr semua parti yg ada..bukan menjadi pengadil yg berat sebelah..kalau dh x mampu letak jawatan..jgn bagi kenyataan mcm gampang...rakyat terutamanya aku dh x mempercayai SPR...
Post a Comment