Ketua Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim diminta tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi perbincangan tawaran kepada Ahli Parlimen untuk meninggalkan Pakatan Rakyat dengan nilai RM2 juta.
Cabaran ini dilontarkan
oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang pada hari ini
mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran ‘pembelian’ ahli
parlimen Pakatan.
Menurut Khalid, Zamil merupakan agen Umno-BN yang berperanan untuk berbincang mengenai tawaran untuk meninggalkan Pakatan.
“Selama ini kita tidak
ada bukti. Tetapi hasil daripada kerja-kerja pihak tertentu kita telah
memperoleh bukti,” katanya.Menurut Khalid, ahli parlimen yang
ditawarkan ini masih kekal bersama Pakatan Rakyat.
Video asal selama tiga jam ini dirakamkan di sebuah restoran di Lembah
Klang sekitar setahun yang lalu selepas beberapa pemimpin Pakatan
mengisytiharkan lompat parti dan akan didedahkan secara berperingkat.
Tayangan selama 3 minit
41 saat memaparkan lima individu yang sedang berbincang berhubung
tawaran habuan sekiranya meninggalkan Pakatan.
Dua daripada individu
berkenaan merupakan wakil Pakatan sementara yang lain merupakan wakil
agen Umno-BN.Selain ditawarkan wang bernilai RM2 juta, tawaran turut
disertakan dalam bentuk kontrak kerajaan.
Berdasarkan transkrip
video yang diberikan kepada media, Zamil ada menyebut ‘Kita dapat
syiling sahaja….Cuma itu Pak Zaharin…Macam hari itu Datuk Habaq kata’.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Zamil Ibrahim merupakan bekas ahli PKR.
Beliau merupakan
individu yang pernah menawarkan kereta Rolls-Royce sekiranya mana-mana
pihak berjaya membuktikan ada individu lain yang mempunyai wajah sama
seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah
II.
Menurut Saifuddin, Zamil
yang kini menetap di banglo mewah Kelab Cinta Sayang Sungai Petani
merupakan bekas peniaga burger di pekan Bidong, Kedah sementara
isterinya merupakan peniaga ubat ubatan tradisional.
Zamil juga bekas tahanan
dadah di Pulau Jerjak selain memiliki beberapa kereta mewah dan
motosikal berkuasa tinggi.“Kita mengesyaki perubahan hidupnya
disumbangkan melalui aktiviti sebegini.“Saya mempelawa rakan media
untuk menelefon beliau untuk membuat pengesahan,” katanya.
Tegasnya, pendedahan ini
sebenarnya menguatkan lagi dakwaan Pakatan sebelum ini yang
menyatakan wujudnya aktiviti ‘membeli’ ahli parlimen Pakatan dengan
habuan wang ringgit yang lumayan.
Kalau dah kawan rapat Ezam Mohd Nor dan Nallakaruppan....Faham-faham jer lah... Kini cukup rapat dengan Hassan Ali Aqidah..
Tak perlu admin nak kupas dan ulas lebih panjang.OMAK KAU
2 comments:
Tengok muka pn dh tau,muka licik n x leh pakai,mmg layak la jd agen umno...elok la kutu2 cmni p ke umno,umno kn hanya utk org yg bermasalah je...
perangai tu sangat sesuai dengan nama...ha..ha . emak yah bagi nama sesuai utk buat baik. dia kona kot lain ...zamil oai zamil.., bantu, tolong, ikut org baik la zamil... bukan utk MUNGKAR. bukan salah iubu mengandung....
Post a Comment