Sepatutnya aku tak perlu tulis benda ni. Sebabnya..sama ada Zambry
terus jadi Menteri Besar lepas PRU ini atau tidak..itu bukan urusan aku.
Kalau dia kena tendang pun..mampuih pi la.
Tapi
aku kena juga dedahkan benda-benda ini walaupun sudah hampir pasti
Zambry akan kena tendang, disebabkan dia sudah jadi liabiliti kepada
Umno Perak.
Aku dedahkan benda-benda ini sebab sapa saja yang jadi MB
dari Umno, dia akan buat perkara yang serupa.
Seperti yang banyak
kali aku tulis, Zambry jadi Menteri Besar Perak bukan kerana pilihan
rakyat ataupun kerana Umno menang pilihanraya. Zambry menjadi MB
melalui rampasan kuasa dan bila dia dipilih menjadi MB, dia terpaksa
menjadi Pak Turut kepada orang yang melantiknya…bukan rakyat.
Minggu ini, aku akan dedahkan beberapa skandal yang melibatkan Zambry. Dalam posting ini, aku ceritakan hanya dua kes yang sama.
Di
Pulau Pinang, Umno menjerit berdemo kerana dikatakan Guan Eng menjual
tanah perkuburan, tapi depa diam bila Guan Eng mengeluarkan 20 juta
ringgit untuk membeli tanah yang dimiliki oleh orang bukan Islam, dan
kemudiannya dijadikan tanah perkuburan Islam.. Orang Umno kena tengok
laporan ini.
Kemudian, orang Umno kena tengok pula gambar dibawah ini.
Dalam
Daerah Larut Matang, satu lot tanah yang telah dikhaskan untuk tanah
perkuburan Orang Islam seluas 1.18 hektar (3 ekar) telah
dimansuhwartakan.
Orang-orang Larut kena check kawasan ini sebab takut
nanti, jadi macam penduduk di Redang Sawa, Tualang Sekah. Depa keluar
duit untuk bersihkan tanah, tiba-tiba tanah diberikan kepada orang lain.
Pasal apa Zambry ambik balik tanah kubur ini? Bukan satu kes, tapi kat bawah ni lagi satu.
Yang
ni lagi berat. Aku tak dapat nak bagi tau secara tepat kawasan ni
dekat mana. Minta tolong member-member dari Pejabat Tanah tolong check
kat mana kawasan ini.
Seluas 25.69 hektar (63.4 ekar) kawasan
yang telah dikhaskan untuk Tanah Perkuburan Orang Islam dalam Daerah
Kinta juga telah dimansuhkan baru-baru ini…dan telah diwartakan pada 5
Januari 2012.
Mintak lah kepada orang-orang Umno, cuba tengok
balik kat MB hangpa ni apa yang dia dah buat. Yang aku tau, dia tengah
sibuk dok menjual tanah sekarang sebab dia tau dia tak akan jadi MB
lagi selepas ini. Ni baru dua lot tanah kubur.
Sejak Zambry
menjadi Menteri besar pada Mac 2009, dia telah memansuhkan lebih 8,000
hektar (25,000 ekar) hutan simpan. Habih balak di Perak ni Yob
dikerjakan oleh Zambry. Yang tu aku akan cerita dalam posting akan
datang.
Oleh: MSK (Media Perak)
3 comments:
orang-orang macam zambry ni HARAM dimaafkan.......
agaknyer dia nak cari tanah utk dikhaskan utk perkuburan UMNO/BN pada PRU 13 nanti kot.....hihihihi
nape xleh nk tgk gmbr ea??
Post a Comment