Saturday, July 21, 2012

BLOGGER BIKIN PANAS!!! Tuntut tunggakan gaji RM 24 Ribu

AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370. Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kira-kira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog. 
 
 Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.
(Gambar) Ahmad Faisal menunjukkan surat penolakan gaji ketika berkhidmat di pejabat sebuah parti politik.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.


“Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan,” katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.


Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.


“Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.


“Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.


“Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya. ~
sinarharian

3 comments:

Anonymous said...

http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=339608

Kalau umno nafi mamat tu org upahan dia.

Anonymous said...

lain kali kpd semua umat Islam, terimalah kerja dgn niat ibadat dan biar betui kerja....jangan jadi tentera syaitan..
bkn shj buat dosa bahkan dizalimi oleh puak zalim.... minta ampun banyak2 dan pi ngaji agar tau halai haram, Allah yg bagi rezeki bukan depa.............

Anonymous said...

nak kesian tapi bila dah tengok muka tak jadi nak kesian...bertaubatlah!