Kempen iklan ‘Saya Pilih Mengundi’ menampilkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan artis tempatan melambangkan begitu terdesaknya Umno BN meraih undi rakyat pada pilihan raya umum nanti, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.
“Iklan itu walau tidak secara langsung berkempen untuk BN, tapi mesejnya jelas, dengan warna biru BN, menggunakan pula Mahathir dan blogger Umno sebagai jurucakap, mengajak rakyat untuk mengundi BN,” katanya ketika dihubungi.
“Ini menandakan BN makin terdesak, sampai terpaksa buat iklan yang menelan jutaan ringgit untuk berkempen. Persoalannya dari mana datangnya wang untuk buat iklan itu?” tegas beliau.
Bermula bulan lepas, iklan tersebut muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada waktu perdana di semua saluran televisyen utama.
Sim turut mempersoal individu atau organisasi yang bertanggungjawab dalam pembikinan iklan tersebut.
“Sampai sekarang tiada siapa mengaku bertanggungjawab atas pembikinan iklan itu, termasuk Menteri Penerangan, Dr Rais Yatim sendiri,” katanya.
“Jika benar kerajaan yang bertanggungjawab membuat iklan tersebut, mereka juga boleh dikira telah melanggar undang-undang kerana berkempen sebelum pilihan raya diumumkan,” jelas Sim.
“Justeru saya menyeru artis dan atlet yang terlibat agar jangan jadi alat Umno untuk berkempen, anda adalah artis Malaysia, bukan artis Umno,” katanya.
Selain iklan di televisyen, kempen turut berjalan di laman peminta facebook ‘Saya Pilih Malaysia’ oleh Media Umno Malaysia yang jelas menunjukkan kempen itu ada kaitan dengan kerajaan.
Bagaimanapun, kempen iklan itu berakhir dengan ‘Saya Pilih Malaysia’.JP
2 comments:
ek ele..apa barang....lu suruh rakyat Malaysia mengundi...tapi masa PRU 13 nanti...lu suruh PATI pulak mengundi......penipu besarlah lu.....
kalau warna biru dikaitkan dengan bn, boleh ke warna hijau dikaitkan dengan botol arak carlsberg, bersempena pas memulangkan semula arak yang dirampas setelah dimarahi oleh ronnie liu? ataupun bersempena pas menyokong pameran botol arak terbesar di pulau pinang?
Post a Comment