Thursday, August 16, 2012

CUBAAN PECAHKAN PAKATAN!!! Najib tak bubar parlimen, selagi PAS dan DAP berpakat

http://harismibrahim.files.wordpress.com/2012/05/najib-pening.jpgPermuafakatan di antara DAP dengan PAS merupakan satu perkara yang menjeruk hati pimpinan BN. Permuafakatan untuk kepentingan negara dan rakyat serta demokrasinya semakin erat selain dari penyertaan PKR dalam Pakatan Rakyat sangat menggugat BN dalam menghadapi hari muka dalam demokrasi negara.

Sokongan padu di antara PAS dan DAP ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu tertekan dan situasi ini memang tidak pernah terlintas dipemikiran sesiapa dikalangan UMNO selama ini. UMNO sentiasa berfikir yang PAS dan DAP tidak akan dapat duduk semeja sampai bila-bila kerana perbezaan dalam banyak isu pokok yang menyelubungi kedua-dua parti itu.

Tetapi apabila kematangan politik itu wujud maka apa yang di anggap ‘impossible’ selama ini oleh BN, kerjasama utuh di antara PAS dan DAP ini sagat-sangat menyakitkan UMNO. Berbagai-bagai cara dan tektik di gunakan untuk memecahkan PAS dan DAP itu kerana jika PAS dan DAP berpecah maka senanglah sedikit bagi perdana menteri untuk membubarkan parlimen dan memanggil pilihanraya yang sangat-sangat di nantikan oleh rakyat sekarang ini.

Pilihanraya akan hanya di adakan apabila PAS dan DAP berpecah dan bermasalah. Kita sedia maklum UMNO selama ini hanya kekal kerana perpecahan pihak lain dan UMNO Baru itu sendiri tertubuh di atas perpecahan orang Melayu. Premis kewujudan UMNO itu sendiri adalah di atas perpecahan.

Ia tidak seperti kewujudan UMNO asal dahulu dalam mana penubuhan UMNO asal itu adalah di atas perpaduan yang di tunjukkan oleh semua kesatuan dan persatuan orang Melayu untuk menyambung usaha mancapai kemerdekaan yang telah di mulakan oleh pejuang-pejuang sebelumnya.

UMNO sudah hilang kemampuan untuk menunjukkan dan membuktikan kepimpinan nya dengan melakukan kerja baik, maka perpecahan pihak lain merupakan perkara yang ditunggu-tunggu dan UMNO amat mahir melakukan tektik ini kerana pengalamannya memecah belahkan rakyat itu sangat menonjol dengan ketara.

Keakraban DAP dan PAS dan di salut pula dengan PKR sebagai elemen yang mencantumkan mereka, membuatkan BN khususnya UMNO dan juga MCA amat takut. Kali ini strategi memecah belahkan rakyat tidak menjadi dan selagi keadaan itu wujud maka BN hanya menunggu waktu untuk terkubur dalamPRU yang akan datang.

Perkara seperti ini berlaku tentulah bersebab. Ia berhubung dan berkait rapat dengan ketelusan PAS dan DAP untuk bekerjasama untuk melakukan kebaikan. Tuhan sendiri menuntut setiap pihak untuk bekerjasama dan bermuafakat untuk membina kebaikan. Kemuafakatan itu hanya berlaku di antara setidak-tidaknya dari dua pihak yang berbeza dalam banyak hal.

Demi kebaikan rakyat dan negara kedua-dua pihak telah membina kemuafakatan yang telus bagi mencapai cita-cita yang luhur untuk negara. PAS sebagai sebuah parti berlandaskan kepada Islam telah beransur-ansur menunjukkan bukti bahawa Islam itu adalah universal dan merupakan agama yang diturunkan Tuhan untuk mentadbir dan untuk memimpin semua dalam dunia yang fana’ ini.

Apabila wujud elemen yang baik di kalangan PR ia menjadi duri dalam daging kepada UMNO yang akhirnya akan menghilangkan ‘hagemony’ UMNO yang selama ini menguasai pemikiran rakyat. Sedikit demi sedikit cengkaman yang dilakukan oleh UMNO itu bertambah longgar dan akhirnya UMNO terlepas sokongan yang selama ini di perolehi oleh parti itu.

Kesatuan yang dipupuk oleh PAS dan DAP ini tidak terlerai oleh segala propaganda yang dilakukan oleh media perdana cetak dan eletronik arus perdana dan ‘goodies’ yang diberikan oleh BN sekarang sudah tidak berkesan lagi. PAS sudah menjadi ‘alternative’ otomatik bagi rakyat melayu dan beragama Islam itu dan DAP merupakan parti yang disokong oleh semua kaum terutamanya ‘alternative’ yang paling baik bagi rakan-rakan kita kaum Cina dan lain-lain.

Benar kata pepatah ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Selagi kedua-dua parti PAS dan DAP dan sokongan oleh PKR ini terus seperti yang ada pada hari ini maka tiada apa-apa lagi strategi dan tektik kotor yang dilakukan oleh BN akan memberi kesan kepada ‘coalition’ pemerintah itu.

Usaha MCA untuk memainkan isu hudud jelas menjadi ‘counter productive’ bagi BN. Isu DAP yang di tuduh oleh MCA sebagai kuda tonggangan kepada PAS tidak menjadi. Sebaliknya UMNO memainkan isu PAS menjadi tonggangan DAP untuk menakutkan orang Melayu sudah tidak tajam lagi dan kian menumpul.

Tektik bermuka-muka Najib dan kepimpinan BN terhadap kaum-kaum di negara ini kian menjadi penyebab kepada wujudnya perasaan curiga dan tidak yakin rakyat kepada kepimpinan BN kini. Tektik yang dilakukan oleh pimpinan BN dengan bermuka-muka ini sudah menjadi bahan jenaka rakyat sekarang ini. Segala tindakan dan segala kata-kata yang keluar dari mulut pemimpinBN hanya membawa padah kepada BN itu sendiri.

Fatwa-fatwa songsang Abdullah Sa’amah juga telah menjadi ‘counter productive’ yang jelas kepada BN khususnya UMNO dan kian hari UMNO kian dijauhi oleh rakyat, termasuk oleh ahli-ahli UMNO itu sendiri.

Kesatuan rakyat berbilang kaum dan agama dibawah Pakatan Rakyat merupakan bukti kukuh yang kemuafakatan seperti tuntutan Islam itu merupakan pemangkin yang kuat untuk melakukan perubahan kepada sistem negara yang sudah kacau bilau ini.

Kesatuan rakyat ini menyebabkan BN tidak dapat menentukan tarikh dan waktu untuk mengadakan pilihanraya kali ini. BN tahu jika di adakan pilihanraya cepat maka cepatlah mereka hilang kuasa dan jika dilakukan pilihanraya ini diwaktu yang lambat sedikit, maka dapatlah menangguhkan sedikit saat kejatuhannya kelak.

Saya selalu berkata yang rakyat sebenar-benarnya mahu bersatu teguh sesama mereka tetapi mereka mahu bersatu di luar BN. Nampaknya penyatuan rakyat di luar BN ini semakin menjadi kenyataan.Aspan Alias

9 comments:

Anonymous said...

jangan risau, pas tidak akan berpecah dengan DAP kerana pas dan DAP ibarat isi dengan kuku. pas mempunyai nabi nik ajis, DAP pulak mempunyai khalifah guan eng. mana mungkin nabi dan khalifah dipisahkan

Anonymous said...

pas takkan berpisah dengan DAP. kalau tak, siapa yang nak jaga parking dengan baring atas jalanraya kalau bukan pas

Anonymous said...

mana boleh berpisah, jubah pas yang ada lambang DAP dah nak siap dah. kitaorang nak pakai masa pilihanraya nanti. jubah DAP mententeramkan jiwa dan melapangkan dada. keberkatan diterima sepenuh hati.

Anonymous said...

banyak betul orang umno singgah sini. korang takde blog sendiri ke? syuh! pegi jauh jauh

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

NAK TERGELAK LAH PULAK !

Anonymous said...

Katalah nk kata apa pun. Riwayat dh nk tamat,tunggu masa je.

Anonymous said...

Ramainya lembu umno kat sini......

Anonymous said...

laaaaaa....padanlah lembu siluncai rupernyer......hihihihi

Anonymous said...

Bersama2 dgn org yg ADIL melawan org yg zalim... Nabi SAW ada membuat perjanjian dgn kabilah yahudi nasara dan ajam masa buat perlembagaan madinah i.e. Penubuhan negara islam. Kerjasama ini dinamakan TAHALUF SIYASI