Permuafakatan di antara DAP
dengan PAS merupakan satu perkara yang menjeruk hati pimpinan BN. Permuafakatan
untuk kepentingan negara dan rakyat serta demokrasinya semakin erat selain dari
penyertaan PKR dalam Pakatan Rakyat sangat menggugat BN dalam menghadapi hari
muka dalam demokrasi negara.
Sokongan padu di antara PAS dan
DAP ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu tertekan dan situasi ini memang
tidak pernah terlintas dipemikiran sesiapa dikalangan UMNO selama ini. UMNO
sentiasa berfikir yang PAS dan DAP tidak akan dapat duduk semeja sampai
bila-bila kerana perbezaan dalam banyak isu pokok yang menyelubungi kedua-dua
parti itu.
Tetapi apabila kematangan politik
itu wujud maka apa yang di anggap ‘impossible’ selama ini oleh BN, kerjasama
utuh di antara PAS dan DAP ini sagat-sangat menyakitkan UMNO. Berbagai-bagai
cara dan tektik di gunakan untuk memecahkan PAS dan DAP itu kerana jika PAS dan
DAP berpecah maka senanglah sedikit bagi perdana menteri untuk membubarkan
parlimen dan memanggil pilihanraya yang sangat-sangat di nantikan oleh rakyat
sekarang ini.
Pilihanraya akan hanya di adakan
apabila PAS dan DAP berpecah dan bermasalah. Kita sedia maklum UMNO selama ini
hanya kekal kerana perpecahan pihak lain dan UMNO Baru itu sendiri tertubuh di
atas perpecahan orang Melayu. Premis kewujudan UMNO itu sendiri adalah di atas
perpecahan.
Ia tidak seperti kewujudan UMNO
asal dahulu dalam mana penubuhan UMNO asal itu adalah di atas perpaduan yang di
tunjukkan oleh semua kesatuan dan persatuan orang Melayu untuk menyambung usaha
mancapai kemerdekaan yang telah di mulakan oleh pejuang-pejuang sebelumnya.
UMNO sudah hilang kemampuan untuk
menunjukkan dan membuktikan kepimpinan nya dengan melakukan kerja baik, maka
perpecahan pihak lain merupakan perkara yang ditunggu-tunggu dan UMNO amat
mahir melakukan tektik ini kerana pengalamannya memecah belahkan rakyat itu
sangat menonjol dengan ketara.
Keakraban DAP dan PAS dan di
salut pula dengan PKR sebagai elemen yang mencantumkan mereka, membuatkan BN
khususnya UMNO dan juga MCA amat takut. Kali ini strategi memecah belahkan
rakyat tidak menjadi dan selagi keadaan itu wujud maka BN hanya menunggu waktu
untuk terkubur dalamPRU yang akan datang.
Perkara seperti ini berlaku
tentulah bersebab. Ia berhubung dan berkait rapat dengan ketelusan PAS dan DAP
untuk bekerjasama untuk melakukan kebaikan. Tuhan sendiri menuntut setiap pihak
untuk bekerjasama dan bermuafakat untuk membina kebaikan. Kemuafakatan itu
hanya berlaku di antara setidak-tidaknya dari dua pihak yang berbeza dalam
banyak hal.
Demi kebaikan rakyat dan negara
kedua-dua pihak telah membina kemuafakatan yang telus bagi mencapai cita-cita
yang luhur untuk negara. PAS sebagai sebuah parti berlandaskan kepada Islam
telah beransur-ansur menunjukkan bukti bahawa Islam itu adalah universal dan
merupakan agama yang diturunkan Tuhan untuk mentadbir dan untuk memimpin semua
dalam dunia yang fana’ ini.
Apabila wujud elemen yang baik di
kalangan PR ia menjadi duri dalam daging kepada UMNO yang akhirnya akan
menghilangkan ‘hagemony’ UMNO yang selama ini menguasai pemikiran rakyat.
Sedikit demi sedikit cengkaman yang dilakukan oleh UMNO itu bertambah longgar
dan akhirnya UMNO terlepas sokongan yang selama ini di perolehi oleh parti itu.
Kesatuan yang dipupuk oleh PAS
dan DAP ini tidak terlerai oleh segala propaganda yang dilakukan oleh media
perdana cetak dan eletronik arus perdana dan ‘goodies’ yang diberikan oleh BN
sekarang sudah tidak berkesan lagi. PAS sudah menjadi ‘alternative’ otomatik
bagi rakyat melayu dan beragama Islam itu dan DAP merupakan parti yang disokong
oleh semua kaum terutamanya ‘alternative’ yang paling baik bagi rakan-rakan
kita kaum Cina dan lain-lain.
Benar kata pepatah ‘bersatu teguh
bercerai roboh’. Selagi kedua-dua parti PAS dan DAP dan sokongan oleh PKR ini
terus seperti yang ada pada hari ini maka tiada apa-apa lagi strategi dan
tektik kotor yang dilakukan oleh BN akan memberi kesan kepada ‘coalition’
pemerintah itu.
Usaha MCA untuk memainkan isu
hudud jelas menjadi ‘counter productive’ bagi BN. Isu DAP yang di tuduh oleh
MCA sebagai kuda tonggangan kepada PAS tidak menjadi. Sebaliknya UMNO memainkan
isu PAS menjadi tonggangan DAP untuk menakutkan orang Melayu sudah tidak tajam
lagi dan kian menumpul.
Tektik bermuka-muka Najib dan
kepimpinan BN terhadap kaum-kaum di negara ini kian menjadi penyebab kepada
wujudnya perasaan curiga dan tidak yakin rakyat kepada kepimpinan BN kini.
Tektik yang dilakukan oleh pimpinan BN dengan bermuka-muka ini sudah menjadi
bahan jenaka rakyat sekarang ini. Segala tindakan dan segala kata-kata yang
keluar dari mulut pemimpinBN hanya membawa padah kepada BN itu sendiri.
Fatwa-fatwa songsang Abdullah
Sa’amah juga telah menjadi ‘counter productive’ yang jelas kepada BN khususnya
UMNO dan kian hari UMNO kian dijauhi oleh rakyat, termasuk oleh ahli-ahli UMNO
itu sendiri.
Kesatuan rakyat berbilang kaum
dan agama dibawah Pakatan Rakyat merupakan bukti kukuh yang kemuafakatan
seperti tuntutan Islam itu merupakan pemangkin yang kuat untuk melakukan perubahan
kepada sistem negara yang sudah kacau bilau ini.
Kesatuan rakyat ini menyebabkan
BN tidak dapat menentukan tarikh dan waktu untuk mengadakan pilihanraya kali
ini. BN tahu jika di adakan pilihanraya cepat maka cepatlah mereka hilang kuasa
dan jika dilakukan pilihanraya ini diwaktu yang lambat sedikit, maka dapatlah
menangguhkan sedikit saat kejatuhannya kelak.
Saya selalu berkata yang rakyat
sebenar-benarnya mahu bersatu teguh sesama mereka tetapi mereka mahu bersatu di
luar BN. Nampaknya penyatuan rakyat di luar BN ini semakin menjadi kenyataan.Aspan Alias
9 comments:
jangan risau, pas tidak akan berpecah dengan DAP kerana pas dan DAP ibarat isi dengan kuku. pas mempunyai nabi nik ajis, DAP pulak mempunyai khalifah guan eng. mana mungkin nabi dan khalifah dipisahkan
pas takkan berpisah dengan DAP. kalau tak, siapa yang nak jaga parking dengan baring atas jalanraya kalau bukan pas
mana boleh berpisah, jubah pas yang ada lambang DAP dah nak siap dah. kitaorang nak pakai masa pilihanraya nanti. jubah DAP mententeramkan jiwa dan melapangkan dada. keberkatan diterima sepenuh hati.
banyak betul orang umno singgah sini. korang takde blog sendiri ke? syuh! pegi jauh jauh
HE!HE!HE!
NAK TERGELAK LAH PULAK !
Katalah nk kata apa pun. Riwayat dh nk tamat,tunggu masa je.
Ramainya lembu umno kat sini......
laaaaaa....padanlah lembu siluncai rupernyer......hihihihi
Bersama2 dgn org yg ADIL melawan org yg zalim... Nabi SAW ada membuat perjanjian dgn kabilah yahudi nasara dan ajam masa buat perlembagaan madinah i.e. Penubuhan negara islam. Kerjasama ini dinamakan TAHALUF SIYASI
Post a Comment