MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang
asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.
Menulis di blog hari ini (8 Ogos - pent.),
beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang
terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak
mereka fasih berbahasa Malaysia.
Katanya, berdasarkan tempoh
lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa
kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi
kerakyatan.
Sebagai perbandingan, Dr
Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak
fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia.
"Jadi mengapa tidak pendatang di
Sabah yang memiliki semua kelayakan ini, boleh diterima sebagai
warganegara?" soalnya sambil menambah bahawa bantahan terhadap mereka
menjadi warganegara, nampaknya ada unsur politik.
Dr Mahathir membuat komen
tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak
ke Sabah hujung minggu ini, di mana beliau juga dijangka mengumumkan
terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadap pendatang haram
yang diberi kerakyatan di Sabah.
Mahathir telah dikaitkan dengan
Projek IC panggilan bagi satu dakwaan gerakan memberi kerakyatan kepada
pendatang haram untuk tujuan politik, yang bermula pada tahun 1990-an.
Ketika sidang meja bulat Majlis
Hak Asasi Negara, Parti Bersatu Sabah (PBS) membentangkan kajian
berhubung ledakan rakyat Sabah, yang menunjukkan bahawa pada tahun 2002,
lebih 200,000 warga asing meninggalkan Sabah tanpa dokumen.
Bagaimanapun, mereka kembali
dengan dokumen yang sah di bawah nama yang berbeza dan memusnahkannya
apabila tempohnya tamat, kata ahli Majlis Tertinggi PBS, Dr Chong Eng
Leong ketika membentangkan kajian tersebut.- Malaysiakini
===//===
Sementara itu, laporan dari Borneopost
pula menyiarkan kenyataan Presiden PBS yang juga merangkap Timbalan
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan seperti yang
tercatat dibawah,
Beliau berkata, alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara ini perlu berlandaskan undang-undang.
“Banyak yang kita tahu bahawa satu daripada sebab wujudnya RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dan ini yang menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan pengundi dan terdaftar di dalam buku daftar. Inilah isu-isunya dan bukan kerana mereka dikatakan sudah lama di sini.
Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.
“Orang-orang yang ada dokumen, yang ada pas kerja dan yang datang secara sah ini, bila mereka sudah lama di sini (Malaysia), itu ada asasnya mereka boleh memohon sebagai warganegara.
“Tetapi untuk PTI, mereka ini tiada dokumen dan tiada hak untuk menuntut sebagai warganegara kerana tiada asas. Mereka perlu diputihkan terlebih dahulu dan itu sebanya ada program pemutihan.
“Tapi kalau bulat-bulat mengatakan PTI setelah dia berada di sini sekian lama boleh dijadikan warganegara itu bertentangan dengan undang-undang kita.,” katanya kepada pemberita selepas menyumbangkan 500 paket kuih raya kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kepayan.
Pairin berkata, pemimpin veteran itu tidak perlu lagi bercakap pasal perkara itu kerana sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.
“Dalam 22 tahun beliau memerintah, usaha untuk membanteras memang tidak mencukupi. Kalau kita mahu mengatakan benar-benar, persepsi rakyat di negeri Sabah ini ialah bahawa beliau tidak mahu menutup jalan orang-orang yang tiada dokumen ini masuk ke negeri Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
***********
Nota Karmic : Tidak sukar untuk meneka sebab musabab Che Det
untuk mewajarkan pemberian kewarganegaraan kepada PATI kerana sebarang
usaha untuk menyokong RCI dari beliau adalah umpama menepuk air didalam
dulang.
Che Det adalah orang yang dikatakan menjadi perintis kepada
terbukanya pintu kepada PATI secara besar besaran sejak awal 1990an, so
mana mungkin beliau bersetuju dengan segala cadangan untuk menyekat
pemberian kewarganegaraan kepada PATI sebagaimana yang beliau ungkapkan
dalam tulisan terbarunya.
Dengan ini, secara tidak langsung, pekung yang cuba ditutup
oleh Che Det telah terbuka dengan sendirinya oleh Pairin yang juga
pemimpin sebuah parti komponen BN. Maka, isu warganegara ekspress ini
memang benar dan bukan propaganda pihak lawan sebagaimana yang sering
dilabelkan oleh BN sebagai isu politik semata mata.
So, sudah sepatutnya Pairin Kitingan sedar bahawa BN bukan
sebuah organisasi yang boleh mengatasi isu yang semakin membarah ini.
Beliau sendiri akui, selama 22 tahun memerintah Sabah, para pemimpin
senior sebenarnya sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan
mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.
Sebabnya mudah, mereka mereka itulah yang dikerah kesana sini
untuk dijadikan bidak bidak catur bagi memenangkan BN dalam setiap kali
pilihanraya. Satu percaturan yang amat bangsat kerana rela
memperjudikan masa depan Malaysia dengan mengimport PATI semata mata
untuk kelangsungan kuasa.
Wahai Rakyat Negeri Sabah .. Ini Kali Lah ~!!!ghaflah
3 comments:
isu pendatang ni lebih baik tak bangkit kan bro. sebab china doll yang dibalun ketua umum pun pendatang jugak, pendatang dari china. nanti takut ketua umum marah sebab kacau periuk nasi china doll
kalau siasat isu PATI pun tiada guna juga.Takde tindakan.Yang ada cuma hasil laporan.Kerajaan anjing.
Baik kumpul semua PATI yg dpt IC.Pastu hantar ke kedah.Tempat si diktator tu.Barulah adil.Nak sangat bagi kewarganegaraan/tempat tinggal dekat PATI.
aku doakan mahathir dijilat api di dunia dan akhirat.
simple ja yg sukung Projek IC memang org2 Bajau & Brunei kalo teda projek IC mana mungkin org macam Musa Aman jadi KM Sabah - KDM bangun lah kamu
Post a Comment