Friday, August 24, 2012
JIJIK TV3!!! Azwan Ali buktikan Ummi Hafilda pembohong
Sebentar tadi, beberapa keping gambar terbaru telah dimuat naik di laman sosial Twitter milik pengacara sensasi Azwan Ali yang dikatakan sudah tidak lagi mengaku adik kandungnya, Ummi Hafilda Ali sebagai adiknya lagi.
Bukti terbaru yang disiarkan di bawah jelas membuktikan bahawa apa sahaja yang dikatakan oleh Ummi ternyata palsu belaka kununnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah tidak mengambil berat hal keluarga.
Azwan yang meminta penyokongnya di Twitter supaya mewar-warkan kempen Jijik TV3 menggunakan hashtag #JijikTV3 yang menyiarkan kenyataan fitnah terhadap Azmin pada hari raya pertama lalu turut mendesak supaya Ummi segera meminta maaf terhadap abangnya dan jangan lagi terpengaruh dengan Umno.
Mesej Azwan di Twitter menyebut:
@azwanhjali Slm. 2 Diva yang puas DiAniaya bertemu Raya! Commpom ramai NAZAK tgk pic hebat ini!
Azwan turut memuji abangnya yang bakal menjadi menteri sekiranya Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.
@azwanhjali AA dgn bakal menteri.. @AzminAli InsyaAllah #JijikTV3 #vote4change
Selain itu Azwan turut menempelak isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang didakwanya mengarahkan pembantunya supaya mengarahkan pengurusan sebuah hotel supaya namanya dikeluarkan dari senarai pengacara sebuah acara rumah terbuka.
Azwan menulis:
@azwanhjali Slm. PA Rosmah REJECT nama Diva AA as EMCEE tuk Event Rumah Terbuka Anjuran Hotel Gah! Kesian betul PA ni ! Sampai Hotel naik Malu ya!
Azwan kelihatan tidak menunjukkan sebarang masalah dengan Azmin malah mengetahui Ummi sebenarnya cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antaranya dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin yang juga menjadi sasaran Ummi.
Ternyata Ummi kini keseorangan tanpa sesiapa pun dapat membantunya menangkis bukti yang Azwan tunjukkan!
Bahkan gambar ini membuktikan siapa sebenarnya yang menjadi dalang terhadap pergolakan keluarga terkenal ini sehingga ke hari ini!
JALAN PULANG
Azwan Ali sudah tidak mengaku Ummi Hafilda adiknya lagi
LANTARAN tindakan TV3 yang mengheret Mak Tom, ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Azwan Ali ke dalam salah sebuah slot Buletin Utama, Azwan Ali melancarkan kempen anti TV3 di twitter.
Tindakan TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79 tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil wartawan TV3 untuk mengheret beliau ke dalam isu politik .
Tindakan TV3 itu begitu jelas sengaja memecahbelahkan keluarga Azwan Ali dan perkara itu langsung tidak dapat diterima olehnya.
Sebagai respon, Azwan Ali melancarkan kempen #JijikTV3 di twitternya. Setiap mesej yang diterimanya daripada peminat akan dibalas dengan respon #JijikTV3 sebagai menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap kepada TV3.
Selain itu Azwan juga meluahkan bahawa beliau sudah tidak mengaku Ummi Hafilda sebagai adiknya lagi lantaran tindakannya yang kerap mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Azwan Ali juga turut mendedahkan bagaimana arwah ayahnya dulu turut sudah tidak mengakui Ummi Hafilda sebagai anak. Malah menulis surat wasiat khusus terhadap perkara itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
SELAMAT HARI RAYA.
TV3SUKU PEMFITNAH TERSOHOR YANG MENGAJAK & MENGALAK RAKYAT MENUJU NERAKA JAHANAM ! ABU PENYELAMAT RAKYAT & NEGARA !
Apa yg nk dherankn,skg ni yg boleh tolong Umno hanya 2 saja...1-mulut murai ummi, 2-bontot saiful....
Post a Comment