Wednesday, August 15, 2012

SEPAKAT!!!Pemuda Pakatan Rakyat tekad tawan Johor


JOHOR BAHRU – Barisan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Johor hari ini mengisytiharkan bahawa hasil kesepaduan dan persepakatan yang dikekalkan selama ini mendorong mereka menterjemahkan cita-cita ingin menawan Johor dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dengan katanya, agenda bersama rakan Pakatan pembangkang yang lain merupakan satu amanah yang cukup penting dan mereka akan memastikan hasrat itu mampu dicapai dengan izin Allah.


Katanya, pelbagai program telah direncanakan secara bersama termasuk program Berbuka Puasa Pakatan Rakyat, malah pihaknya turut menyasarkan 29 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai matlamat.


“Program hari ini untuk menyatakan Pemuda Pakatan Rakyat Johor bersatu untuk menjayakan cita-cita bagi menawan Johor.


“Kami berdepan dengan satu amanah penting dalam Pilihan raya Umum (PRU) yang tak lama lagi. Selain ia petanda kami bersatu padu, ia bertujuan memaklumkan bahawa kami menyasarkan sekurang-kurangnya 29 DUN antaranya Kempas, Permas, Johor Jaya, Pekan Nenas, Semerah dan Layang-layang.


“Dengan 45 peratus pengundi baru adalah kalangan pengundi muda, ia adalah tugas kami bagi mendekati mereka untuk menterjemahkan hasrat bersama ini,” katanya lagi.


Suhaizan berkata demikian kepada pemberita pada majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Johor (PR) di Hotel Seri Malaysia, dekat sini, semalam.


Hadir sama, Mohd Nazri Ismail, Ketua Anak Muda Keadilan (AMK) Johor, Tan Hong Pin, Ketua Pemuda DAP Johor, Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Andrew Chen Kah Eng, Setiausaha Pemuda DAP Johor, Mohd Farhan Ahmad Kamal, Ketua AMK Johor Bahru.


Pada program yang sama, pihak penganjur telah mengundang lebih 15 orang wartawan dan Jurugambar daripada pelbagai agensi berita sebagai tanda penghargaan kepada para pengamal media di negara ini.


Terdahulu, Ustaz Azam Razak diberi peluang membicarakan kebaikan berpuasa sebelum sidang media dilakukan.Nusajaya Kini

7 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,betul ke nak tawan Johor ? Setakat ni apa sumbangan Pemuda Pakatan kepada warga Johor?Jangan takbur kerana Allah amat mengetahui apa yang ada di dalam hati anda semua.Moga-moga Allah tidak mengizinkan pakatan menang walaupun satu kerusi di Johor

Anonymous said...

hello bro zaman sokong BEND dah x releven lagi

Anonymous said...

Apa sumbangan Pemuda Pakatan kepada warga Johor ? bodoh punya soalan, kalau Pakatan dah perintah Johor nanti dengan sendiri soalan terjawab.

Anonymous said...

kita semua mesti sepakat. yang tak sepakat mcm ustaz nasha, bekas timb presiden pas tu mesti dipecat kerana pernah mengusulkan kerajaan perpaduan. ni baru-baru ni pulak dia bergambar dengan najib dan ulama arab saudi. nampak mesra semacam je, mesti dia ni boneka umno. kita orang pas tak sudi berbaik dengan orang umno. macam kata tok guru, lebih baik berkawan dgn syaitan daripada berkawan dengan umno

Anonymous said...

pas boleh berkawan dengan syaitan, tapi tak boleh berkawan dengan umno? nabi-nabi dahulu pulak berkawan dengan malaikat.

patutlah pas boleh berkawan dengan kafir harbi DAP, sebab kalau nak dibandingkan dengan syaitan, kafir harbi DAP ni perkara kecik je

patutlah masa dekat selangor dulu lepas rampas arak, tapi kene pulang balik. ni mesti syaitan yang suruh

'takebeer!'

Anonymous said...

anon 21:36 dah tak de idea umporno ni

Anonymous said...

1. Kerjasama ngan DAP - Bersama2 dgn org yg ADIL melawan org yg zalim... Nabi SAW ada membuat perjanjian dgn kabilah yahudi nasara dan ajam masa buat perlembagaan madinah i.e. Penubuhan negara islam. Kerjasama ini dinamakan TAHALUF SIYASI

2. Kes rampas arak kat s'gor - dah ada kesepakatan tp hasang akidah buat taik. Ko tnya hasang