KANGAR-
Wakil penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis
mengakui bahawa kecenderungan sokongan golongan muda kepada parti
pemerintah kini semakin menurun.
Berucap pada Sidang DUN pagi tadi, Khairi Hassan (BN-Mata Ayer)
berkata, kerajaan perlu memberi penumpuan kepada masa depan orang-orang
muda.
"Orang muda ni nak kena jaga mereka, kena cari peluang-peluang
pekerjaan kepada golongan ini. Mereka sekarang ini dilihat sudah tidak
menyokong kita," katanya ketika berucap membahaskan Usul Menjunjung
Kasih Ke atas Titah Ucapan Tuanku Raja Perlis yang merasmikan Penggal
Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-12 semalam.
Dalam ucapannya juga, selaku seorang wakil rakyat Khairi juga mengakui
isu-isu seperti Altantuya atau isu liwat kini sudah tidak mendapat
tempat di kalangan masyarakat khususnya di peringka bawahan.
"Rakyat sekarang ni mahu kerajaan lebih memberi perhatian kepada nasib
mereka. Isu-isu macam ni hanya sebahagian masyarakat kelas pertengahan
sahaja yang ambil tahu.
"Masyarakat bawahan pula dah meluat dengan benda-benda macam ni. Kita
wakil rakyat tak kira Umno atau PAS kena ambil tanggungjawab membantu
rakyat dengan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan," jelasnya.
4 comments:
jabatan kerajaan nak bantu macam mana? kerja kerajaan dah penuh. BN gagal dapatkan tarik pelabur baru untuk tambah peluang pekerjaan.
LAGI SATU MEMANG PUN DAH LAMA JABATAN-JABATAN KERAJAAN DOK BANTU SAMPAI SEMUA HABIS DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN KEPARAT UMNO-APCO ! TU TAK KIRA YANG KENA PAKSA IKUT PERINTAH PASAL UMNO-APCO YANG BAGI 'REJEKI' HAHAHA ! ABU !
Perlis negeri kechik pun hanpa x boleh nak jaga..
HE!HE!HE!
TUNGGU SAMAN DARIPADA SABAH...
Post a Comment