Sunday, September 16, 2012

GEMPAR!!! Siapa Exco Kerajaan N/Sembilan dari UMNO lepaskan tembakan ?


Sambutan Hari Malaysia ke-49 tercemar hari ini!

Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dari Umno-APCO hari ini didakwa melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban beberapa hari lalu.


Ketua Pemuda DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menulis di laman Twitternya sebentar tadi mengatakan:


@anthonyloke
Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI"

Manakala di laman Facebooknya, Anthony menulis:


Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera!


Terdapat 10 ahli Exco negeri yang kesemuanya dari Barisan Nasional (BN) dengan lapan daripadanya dari Umno-APCO, manakala masing-masing satu dari MCA yang diwakili ADUN Chennah, Siow Chen Pin dan ADUN Jeram Padang dari MIC, VS Mogan.


Anthony menggesa polis bertindak tegas ke atas exco berkenaan seperti mana yang dilakukan ke atas pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang yang mengacukan pistol tanpa melepaskan sebarang tembakan.


Ketua Polis negeri, Osman Salleh belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan masih menunggu laporan lanjut.


Sementara itu Menteri Besar, Mohamad Hasan yang juga bapa saudara Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut siapa yang terbabit dalam kejadian tersebut sambil menyerahkan kepada polis untuk menyiasat lebih lanjut.


JALAN PULANG

11 comments:

JKKK Utara said...

Kalau acu pun dah kena siasat.berita yang sama di ulang-ulang kalau jadi kat pihak pembangkang.tapi lani berlaku dalam pihak kerajaan.diharapkan polis cepat siasat

Anonymous said...

Apa kecoh2 ni. Aku dah masuk bnyk blog pakatan. Tp takde satu pun kenyataan anuwar yg mengeji tindakan pelampau kristian dan yahudi menerbitkan filem yg menghina Nabi Muhammad. Apa kata paspb ulas pasal ni. Setakat tulis citer adun bn lepaskan tembakan sbb nak mempertahankan diri dan keluarga terhadap org yg menceroboh masuk rumah dia citer tak lakulah

Anonymous said...

Come on lah paspb. Ketua ko sendiri berdiam diri bila nabi dan agama ko dihina. Takkan ko tak nak ulas? Org tua2 cakap, diam maknanya setuju. Betul ke?

albert magic said...

Anon 18:36
Kau dah tengok ke filem yg dikatakan menghina nabi muhamad saw atau pun kau dengar aje orang cakap

Anonymous said...

Jangan jadi BODOH pencacai UMNOgok,filem itu belum ditayangkan lagi,jangan buat andaian,kalau dah ditayangkan juara demontrasi tanpa permit PERKASA/PERKASAM,SAMSENG MELAYU PEKIDA,india mengaku melayu MAMAK akan buat demontrasi.....jalan cerita nya apa.....tengok ceritanya dahulu baru buat keputusan......yang Shuhaimi Baba anak dara tua dari gedung lalang rumah 50 tu buat cerita menghasut 13mei apa tak dibisingkan????pencacai UMNOgok sedarlah sikit dah kene tipu dek Kroni2 umnogok masih lagi taksub....Najib kata survival melayu...memang la sabenarnya ialah suvival Kroni2 melayu dari UMNOgok yang lain hampeh lah.ABU

Anonymous said...

Ko bingai ke x paham tajuk dasar pencacai murahan umnonok

Anonymous said...

Mmg betul cakap anon 20.54. Kita tak perlu membuat bantahan atau mengeji filem yg menghina Nabi Muhammad dan agama Islam. Kita hanya perlu mempertahankan kit siang dan dap sahaja berkenaan dgn filem suhaimi baba tu. Mendapat keredhaan kit siang dan dap adalah lbh penting drpd mendpt keredhaan Allah

Takbit!

Anonymous said...

Respect pd umno dan pas mengeji filem yg menghina Nabi Muhammad. Tp pkr pulak lbh suka berdiam diri, kerana takut dana yahudi dan sokongan paderi akan berkurangan.
Mcm ni ke perangai org yg diangkat sbg imam mahadi oleh ust badrul?

pakcu said...

setakat nak keji yang orang luar buat . Nih dalam negara sendiri yang hina hukum Allah ni dalam kaLANGAN yang ngaku Islam. Apa kita buat

Anonymous said...

lembu umporno yg suka hina Islam

Mata2 said...

bini kedua n adik bradik bini yb ni mmg kaki skandal pon..pttnye tembak je bini dia tu.