Wednesday, September 19, 2012

HINA NABI!!! Mahathir dan Innocence of Muslims apa bezanya?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPE0PVG3cp-Wzj5G8JWvU5pwcQexf-bUOHcnnGuXwSYhuIiY0YezJKoW7ks_kj9A4iRgnaDwnSCdUt_O5CvwLZV8-ov_y9On6A82wvdfaNdhk5mnkmNcud_F54MuOmuPO7MgslTyn1d9A/s400/mahathir+hina+rasulullah+saw+(1).jpgKetika ini umat Islam seluruh dunia sedang bangkit melakukan pelbagai bantahan terhadap sebuah filem, Innocence of Muslims yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Di Libya, tunjuk perasaan yang berlaku telah menyebabkan empat diplomat Amerika termasuk dutanya ke Libya, telah terbunuh.

Di negara kita, kebangkitan umat Islam terhadap penghinaan itu juga berlaku di mana-mana. Selain bantahan melalui tunjuk perasaan di beberapa masjid, khutbah-khutbah Jumaat juga turut menyampaikan mesej yang sama. Media pro kerajaan dan pro pembangkang turut bertindak sama. Semua parti politik dan pemimpin utamanya juga mengutuk perbuatan menghina agama Islam serta keperibadian Rasulullah itu.


Dalam masa yang sama Pemuda UMNO dan Pemuda Pas, dua buah parti politi Melayu dan Islam terbesar di Malaysia turut bergabung tenaga mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat ini sebagai luahan perasaan mengutuk perbuatan menerbitkan filem yang jelas menghina Islam sehingga mencetuskan pelbagai rusuhan di seluruh dunia itu.


Semua tunjuk perasaan dan kebangkitan umat Islam kini adalah mesej jelas bahawa umat Islam tidak rela dipermain dan dihina sesuka hati oleh pihak lain.


Bagaimanapun di sebalik kebangkitan umat Islam sedang membara jiwanya kini, tiba-tiba Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dalam laman twitternya telah mengeluarkan komen yang dianggap tidak sensitif terhadap kebangkitan umat Islam sekarang.


Beliau mempersoalkan niat diadakan tunjuk perasaan itu sama ada untuk kepentingan umum atau politik peribadi sambil mengajukan persoalan apakah umat Islam sanggup membuang masa dan tenaga yang begitu banyak untuk tujuan itu.


Komen itu telah menyebabkan Ahli Parlimen Beruas itu dikecam oeh pelbagai pihak. Pemimpin UMNO dan kerajaan mengambil kesempatan atas isu ini menyerang DAP serta mengaitkannya dengan pendirian Pas. Media UMNO dan blogger pro kerajaan turut tidak henti-henti menyerang beliau sambil menimbulkan kemungkinan beliau bakal menerima nasib seperti duta Amerika ke Libya iaitu diserang sehingga mengakibatkan kematian.


Jika diteliti komen Ngeh itu, tiada apa-apa yang pelik sebenarnya. Beliau sekadar menyuarakan pandangannya terhadap situasi yang sedang berlaku tetapi langsung tidak menghina Islam dan Nabi Muhammad. Pandangannya ini lebih bersifat peribadi dan kurang memahami sensitiviti Islam sehingga menyebabkannya tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam itu sendiri.


Sebenarnya tiada ada yang perlu dirisaukan dengan komen Pengerusi DAP Perak itu. Beliau tidak menghina apa-apa yang berkaitan Islam. Beliau cuma tidak sensitif dan sebagai seorang bukan Islam, perbuatan beliau itu boleh dimaafkan. Cuma beliau perlu lebih diberi kefahaman tentang Islam dan perasaan umat Islam itu sendiri serta tidak lagi mengulanginya di masa depan.


Kenyataan Ngeh itu amat kencil jika dibandingkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu. Ketika menjadi PM, beliau pernah mengeluarkan beberapa komen yang amat jelas menghina Islam dan keperibadian Rasulullah. Tetapi oleh kerana ketika itu beliau begitu berkuasa, semua pihak berdiam diri termasuk pemimpin dalam UMNO yang berpendidikan agama.


Mahathir pernah mengecam hukum hudud dengan menyifatkan hukum potong tangan akan menyebabkan orang Islam dipandang hina oleh agama lain kerana hukum itu mengakibatkan ramai yang kudung tangannya.


Beliau juga pernah menganggap amalan menyimpan janggut bukan sebahagian Sunnah Rasulullah dan menyifatkan ianya menjadi amalan ketika dahulu hanyalah kerana ketika itu belum dicipta alat pencukur atau Gilette.


Mahathir juga pernah menyindir amalan pemakaian jubah dengan mengatakan ia sebenarnya bertujuan untuk mengekang nafsu syahwat bangsa Arab yang dianggapnya mempunyai nafsu seks yang besar.


Cuba kita bandingkan, komen Mahathir atau Ngeh yang lebih menghina Islam dan Rasulullah!


Jika Ngeh mengeluarkan komen sedemikian sebagai seorang yang bukan beragama Islam, tetapi Mahathir berbuat demikian atas kapasitinya sebagai seorang Islam. Lebih dari itu, ketika itu beliau juga menjadi Perdana Menteri yang tentunya komen beliau itu menimbulkan kesan kepada orangramai.


Dalam hal ini tentunya perbuatan Mahathir lebih menghina berbanding komen yang dibuat oleh Ngeh itu.


Sebelum pemimpin-pemimpin UMNO dan media pro kerajaan mengecam perbuataan Pengerusi DAP Perak ini dengan lebih lanjut, ada baik mereka juga bertanya kepada Mahathir sama ada beliau masih berpegang kepada kenyataan-kenyataannya yang menghina itu atau beliau kini sudah insaf dan ingin memohon maaf atas keterlanjurannya itu.


Meskipun Mahathir turut mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims ini tetapi komennya hanyalah secara umum sahaja iaitu dengan mengatakan kebebasan bersuara tidak seharuslah disamakan dengan kebebasan menghina orang lain.


Yang jelasnya, sehingga kini Mahathir masih statik dengan pegangannya berhubung hukum potong tangan, amalan menyimpan janggut oleh Rasulullah serta pemakaian jubah. Tidak pernah terdengar beliau menarik balik atau memohon maaf berkenaan dengannya.


Kepada pemimpin UMNO, pemimpin kerajaan, media, blogger dan umat Islam seluruhnya, dalam suasana kebangkitan Islam yang begitu dirasai kini, ada baiknya jika mempunyai kesempatan, mereka turut bertanyakan kepada Mahathir tentang penghinaan kepada Islam dan Nabi Muhammad yang pernah dilakukannya dahulu itu.


Tentunya kita ingin tahu sama ada pendiriannya sama atau sudah berubah sekarang ini.


Kiranya Mahathir terus kekal dengan pendiriannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad ini, elok rasanya selepas ini diadakan pula tunjuk perasaan besar-besaran di hadapan rumahnya di Mines Resort untuk membantah perbuatannya yang juga salah dan menghina itu.


Secara logiknya, Mahathir dan Innocence of Muslims tidak ada bezanya langsung. (SH 19/09/2012)

24 comments:

JKKK Utara said...

Umur yang panjang,kekayaan, sebenarnya ujian untuk kita.Sejauhmana kita mampu memanfaatkannya ke jalan Allah.Sebagai seorang muslim,saya turut mendoakan agar Bekas PM kita ini sempat kembali ke jalan islam yang sebenar dengan umur masih panjang dan dengan harta yang masih ada.Amiin..

Anonymous said...

Dimana letak dan duduknya ketua Agama Negara tak kan tak boleh keluar kenyataan kot tak kan semua kenyataan nak tunggu draf dari memanda menteri kot buakankah kita semua tahu memanda menteri pun nak tunggu draf dari menteri Agama yang serupa dan seangkatan dengan mereka , Agama kita dihina Nabi kita dipersendakan apakah Negara kita yang diketuai oleh Ketua Agama tertinggi dengan dikelilingi dengan ulamak-ulamak yang mengaku muktabar dengan Fatwa-fatwa boleh berdiam diri hanya dengan membiarkan seorang menteri membuat kenyataan yang bagitu janggal dimata dunia, konon mengaku negara kita ini negara islam yang disegani seluruh dunia.

Anonymous said...

Respect. Akhirnya paspb mengulas pasal filem yg menghina nabi. Tapi cuba baca betul2 tulisannya. Ulasan paspb bukannya mengajak umat Islam bersatu mengecam tindakan pelampau yahudi dan kristian menghina nabi, tapi ulasannya adalah mencari alasan mempertahankan tindakan koo ham dap mempersendakan umat Islam dan menyalahkan umno. Emm.. Dap baru kasi artikel ni utk ko publish ke? Mcm nilah baru dap sayang..

Anonymous said...

Wah.. Seronok betul baca paspb tulis artikel mempertahankan dap. Aku dah cakap dah, org pas sure akan pertahankan dap punyer. Biarlah agama dicerca, dihina dan dikeji, apa saja yg dibuat dap mesti betul. Bagi pas, keredhaan dap lbh penting dari keredhaan Allah untuk merampas putrajaya.

Anonymous said...

Aku lps dap kasi artikel ni, terus aku publish. Taat pd perintah dap adalah wajib bg kami org pas. Kepada dap kami sudah berwala' 'kami dengar dan kami taat'.

-pemikiran editor paspb-

Anonymous said...

Pas skrg terbahagi dua. Satu yg mengkritik koo ham sprt pesuruhjaya pas johor, mahfodz mohamad dan satu lg mempertahankan koo ham sprt paspb. Antars Islam dan dap, yg mana satu anda pilih?

Anonymous said...

Pencacai umporno meroyan marah kah kah kah

rakab said...

Memang menjadi amalan jentera Pas ketika era Mahathir ,menyerang beliau dengan politik kebencian. Apa saja kenyataan Mahathir akan dipantau dan dengan sengaja disalahtafsir serta diputarbelitkan.

rakab said...

Memang jelas apa yang dimaksudkan oleh Mahathir dalam isu janggut sebagai sunnah nabi. Sunnah nabi itu bukan janggut semata-mata tetapi yang lebih penting ialah penampilan diri.

Jika berjanggut maka janggut itu harus dipelihara dengan menyisirnya atau membentukkannya dengan bercukur supaya orang Islam itu dilihat segak dan hebat.

Sudah tentu dizaman nabi tak sama dengan kemudahan di zaman sekarang.
Jika dizaman itu terdapat kemudahan seperti hari ini tentu ramai yang berjanggut pendek atau tidak menyimpan janggut langsung.

Bukan janggut semata-mata sebagai sunnah nabi,..benggali dan yahudi pun berjanggut. mereka pun ikut sunnah nabi ke ??

rakab said...

Ngeh Koo Ham kata bantahan hina Islam itu membuang masa dan tenaga.

Aku betul-betul simpati dengan blogger ni kerana terpaksa tunduk kepada mursyidul am DAP Perak ni. Tak mampu nak bela agama sendiri ! Nabi dihina tapi ngeh koo ham pulak yang dipertahankannya !!

Malang sungguh nasib blogger nih !!

Anonymous said...

Dari apa yang di tulis di PASPB memang nampak seperti PASPB membela DAP tapi adakah kita terfikir apa yang di tulis tu??? Kenyataan Ngam tu seperti pandangan peribadinya, dia bukan islam, tidak memahami sensitiviti perasaan org islam. Tetapi tidakkah kita terfikir apa yang telah dikatakan oleh Mahathir semasa dia berkuasa dulu??? adakah yang komen Ngam itu juga memandang kata2 Mahathir itu tak salah???? Dia org islam sepatutnya kita lebih mengutuknya lebih daripada Ngam. Mungkin yang mengutuk Ngam pada masa itu masih tidak dewasa atau belum terdedah pada isu2 sebegini seperti sekarang. Apalagi pada masa tersebut Mahathir berkuasa, apakatanya adalah kata2 pemerintah yang wajib diterima.... yang alim senyap membisu... sekarang kenapa bising?????dah sedar??? Dari apa yang aku baca kat PASPB ni, aku faham, PASPB tidak bermaksud membela Ngam tapi nak kita berfikir..... adakah kita hanya melihat seperti dajal.... tengok dengan hanya satu mata....

Anonymous said...

Ada sekor lagi tak faham apa itu sunah..... hal janggut, tukan sunah nabi tapi kenapa bandingkan dengan janggut yahudi dan keristian????bengong dan bangap.... sunah nabi simpan janggut tapi adakah kamu tahu ada cara2nya yang dimaksudkan sunnah???? cara penyimpanan janggut itu sendir berbeza denagan yahudi dan kristian.. Sunnah simpan janggut dan memotong misai.. kalau tak tahu, pergi belajar atau selak kitab2 tgk macamana aturan penyimpanan misai dan janggut. Tak sama dengan yahudi dan kristian....tak tahu jangan hentam... kalau mengaku islam, jangan hina sunnah....kamu sama juga dengan pembuat filem Innocence of Muslims...

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

TETAP TAK BOLEH NIK AZIZ, ALLAH PUN DIHINANYA, NABI MUHAMMAD APA LAGI...

Anonymous said...

aMnO - united malay bangsat organitation..Tak menghina Nabi ke kalau time Maulidur Rasul bukan main lagi segak bersamping.. berarak..tapi ajaran % suruhan Nabi diketepikan.. mwmang bangsattt punya amno..

rakab said...

Isunya disini ialah yahudi telah dengan sengaja menghina nabi, maka menjadi kewajiban umat Islam mempertahankan junjungan kita itu.

Tetapi kenapa mesti di buat perbandingan antara Koo Ham dengan Mahathir ketika ini?? Dan kesimpulan yang dibuat oleh blogger adalah kenyataan Koo Ham itu tak seberapa !!

Ternampak jelas blogger ini telah cuba untuk mempengaruhi pembaca supaya menerima kenyataan Koo Ham itu sebagai perkara biasa saja dengan mengalihkan perhatian kepada subjek yang lain.

Semua ini adalah kerana Koo Ham adalah sekutu Pas dalam PR maka kepentingan politik lebih diutamakan berbanding kesucian Islam itu sendiri.

Nauzubillah !!

rakab said...

Anon 20.57 kat atas ni cuba nak spin ulasan aku tentang janggut sebagai sunah.

Aku tak sebut pun apa-apa perbandingan antara janggut yahudi dan kristian tetapi aku mengatakan dengan jelas bahawa SUNAH NABI ITU BUKAN JANGGUT SEMATA_MATA TETAPI YANG LEBIH PENTING IALAH PENAMPILAN DIRI!!

Setakat berjanggut, semua bangsa pun berjanggut.

Kalau menyimpan janggut haruslah disisir dan dibentuk dengan bercukur supaya dilihat kemas dan segak.

Perbandingan yang dibuat oleh Mahathir tentang kemudaham memelihara janggut diwaktu sekarang dengan ketika dizaman nabi itu tidak ada salahnya. Hanya puak Pas saja yang menyelewengkannya untuk membangkitkan politik kebencian.

Kalau nak spin pun agak-agak ler bro,..supaya tak ternampak lu tu bodooooh !!

Anonymous said...

aku heran betul, kenapa paspb ni lebih memihak kepada dap daripada sebahagian orang pas sendiri yang mengecam koo ham. dap ada kasi editor paspb ni ganjaran apa-apa ke?

Anonymous said...

Siapakah yg menyamakan nabi Muhammad sewaktu kecil dengan Mamat Kampung yg tiada apa apa kelebihan ..Apakah itu bukan menghina? Kenyataan itu oleh seorang yg belajar tinggi tentang agama islam..Fikirkan lah? masih nak sokong DAP lagi...
Lihat lah diselangor...apa jadi bila exco agamanya membanteras maksiat...DAP & PKR menekan hingga disingkir...PAStikah kelak apa akan jadi dgn ISLAM dikala PR memerintah M'sia...Menteri agamanya PASTIKAH dari PAS..lihatlah cth diselangor..yg lebih dekat dgn bayangan kerajaan PR ..apa dah jadi dgn exco PAS...jadi pak turut sajakah..tiada kuasa? FIKIRLAH

Anonymous said...

Assalamualaikum,

orang2 yg menghina ugama lain ialah mereka yg kurang ilmu dlm ugama mereka sendiri. Begitu juga dgn mereka2 yang menghina orang lain.
Tiada satu ugama pun di dalam dunia ini yang mengizinkan penganutnya menghina ugama atau orang lain.
Tambahkan ilmu sebelum membuat komen agar mampu membezakan antara hinaan, pembelaan atau pun pendapat. Hentikan kata2 yang kurang sopan. Itu semua dilarang ugama.
Bodoh kerana malas atau gagal mencari ilmu walaupun mampu, adalah senjata iblis.
Semoga kita semua diberi kemampuan dan bantuan untuk melihat kelemahan kita sendiri - bukannya melihat kelemahan orang lain.
Wassalam

Anonymous said...

Aku baru dpt citer, tindakan hassan ali mengkritik koo ham dap menghina Islam tidak disenangi sebahagian penyokong pas! Paspb ada apa2 nak komen?

rakab said...

Koo Ham dah mintak maaf,..bermakna dia mengaku salah ler tuu..!!

Blogger PASPB pun patut minta maaf kerana mempertahankan Koo Ham,...lu dipihak yang salah laa bro..

Anonymous said...

Paspb nak kene rujuk pada dap dulu baru blh mintak maaf. Ni protokol biasa untuk blogger pas

Anonymous said...

KESIAN PENCACAI UMPORNO KAH KAH KAH

unGu said...

Assalamualaikum... Ini boleh disimpulkan bhwsanya perhimpunan BERSIH, orang yg anggp perbuatan berkumpul itu sia2 adalah org yg xfhm mengenai perhimpunan BERSIH dan perlu dimaafkan.

JANGAN tengok org berdasarkan latar blakang politiknya. Krn politik xmenjamin kita msuk surga. Agama kita yg menjamin kita masuk surga.