Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya (gambar),
menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli
Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini
mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.
Peguamcara
Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media
hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah
dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya
juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan
mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi
pada bila-bila masa yang akan datang.
Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah
Leong
berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan
supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.
Oleh kerana Defendan,
iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala
kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku
janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau
mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi
pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh
Hakim.
Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika
beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah
terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.
Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang
bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming
adalah “ penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa
mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli
Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau.
Oleh
kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas,
berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil
rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa
tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya
pada 3hb Januari tahun ini.
Memandangkan
kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik
segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder
Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya
diselesaikan.
Dalam
kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham
dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan
Nurul Nadia.
9 comments:
patutnya mau saman saja barua ni semua ! ABU !
muka pun nampak kaki kelentong ;) ABU !
Ni ke nga kor ming yg bila sebut 'takbir', kita kene jerit kuat2 bagi menunjukkan taat setia kita pada dap? Bila kita nak jemput dia kasi tazkirah lagi?
ABU - Aku Budak UMNO
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah saw bersabda :
Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas [Hadith Sahih Riwayat Muslim]
aku harap sangat kita dapat jemput nga kor ming ni kasi tazkirah lagi. sejuk hati meresap ke dalam jiwa.
Kah Kah Kah
Padan muka
Inilah blogger mulut paling sial dan paling memalukan melayu dlm sejarah. Doakan manusia spt ini di humban ke dlm neraka bersama jin setan dan iblis.
Mmg muka pun nilai sekupang dua. No value...
Post a Comment