Monday, September 10, 2012

ISU UST. NASHA!!!! ‘Syaitan dikenali' menangis - ayat power Ketua Penerangan PAS



KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa benar-benar mengecewakan musuh.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.


Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.


“Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.


Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.


"Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu,” kata beliau.


Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.


“Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh,” nasihat beliau.


Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.


“Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.


"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza.


"Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh,” tambah beliau

6 comments:

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

ANTARA SYAITAN TU MAT SABULAH KOT ?

NAK TERGELAKLAH AKU. SEMASA BERSANGKA BURUK BRO NI NASIHAT JANGAN BERSANGKA BURUK...MACAM MANA TU ?

Anonymous said...

syaitan yang dikenali bernama luncai sudah beri komen.

hoi luncai kalau kau nak marah, marah kepada mahathir tak perlu buat komen bodo

Anonymous said...

Syaitan dikenali dah buat komen..... siluncai.....

Anonymous said...

Si luncai dengan baghal2 nya!!
Bodoh piang!
Tunduk dengan arahan Chua Sex Lek. Mmg xde teloq!

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!
ANON ANON YANG BIJAK BERHUJAH...

Anonymous said...

memang bijak bukan bangang macam ko luncai