Perlis bakal terlepas ke tangan pembangkang jika kemelut dalaman
kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Isa Sabu gagal diselesaikan
menjelang pilihan raya umum ke 13.Umno negeri hampir berpecah dua antara
kumpulan Mohd Isa dan Shahidan selepas pilihan raya umum 2008.
Sebahagian besar calon pilihan Shahidan digugurkan dan ramai muka baru
diketengahkan. Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1990 digantikan dengan Mohd Isa.
Beberapa pemimpin Umno negeri terutama dari kumpulan Shahidan telah berulang kali menyatakan kebimbangan ini.
Kini kedua-dua kumpulan sedang merebut `ehsan’ dari Datuk Seri Najib
Tun Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam pilihan raya
umum ke 13.
Mohd Isa disokong dua orang bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh
Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan disokong oleh Ketua
Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua
Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.
“Kumpulan Shahidan menemui Najib di Putrajaya dua minggu selepas hari
raya, manakala kumpulan Mohd Isa beberapa hari kemudian. “Masing-masing
mengatakan mereka yang terbaik. Terpulang kepada Najib untuk memilih
mana yang terbaik,” kata seorang pemimpin Umno negeri.
Manakala PAS negeri telah menyelesaikan pemilihan calonnya manakala
pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat juga telah
selesai. Parti itu mendakwa perpecahan Umno disedari bukan sahaja Najib
tetapi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpaksa datang
beberapa kali ke Perlis.
PAS kini menguasai dua kerui negeri iaitu Simpang Empat dan Sanglang tetapi BN menang 13 kerusi.
Kedahkini
Kedahkini
7 comments:
Dlm usaha umporno nk lagakan PAS dgn DAP dlm isu2 agama, akhirnya puak2 umporno yg brgaduh sesama sendiri,,,, lama lagilah PRU13 hingga penghujung mandatlah....
kalau tengok dr kumpulan penyokong kedua2 kumpulan itu nampaknya kedua2 orang yg menyokong shahidan tuuu muka lama jaaaa dan yang dah nak semakin kurang pengaruhnya........
bolehkah muka lama tuuu menandingi muka2 baru yg ramai dibelakang kumpulan mdisa tuuuu
Kalau nak tumbang tahun 2008 lagi dah tumbang ! Keadaan sekarang jauh lebih baik bagi Umno...
Pas belum mampu nak tawan Perlis sebab perjuangan Pas sendiri pun sekarang ni huru-hara !
Kalau pas nak menang di perlis, pemimpinnya ramai lagi yg mesti merapu menerima wahyu drpd Allah untuk berbohong kpd rakyat perlis. Selepas nik abduh mendakwa menerima wahyu Allah menyuruh pas merampas putrajaya, kadir pulak setelah bergelumang dgn pas mendakwa mendengar suara org yg sudah mati dan suara Allah supaya dia join blk politik bersama pakatan.
Bila pulak tok guru nak terima wahyu ni?
orang perlis ialah orang yang hidupnyer sederhana dan kuat agama. so, aku cadangkan pas mempergunakan agama pada tahap maksimum untuk memperdayakan diaorang.
Perjuangan pas memang huru hara. Org sibuk buat bantahan filem yg menghina nabi, ada pulak puak pas bwk poster mengagungkan syiah dkt perhimpunan tu. Pas tak tau ke syiah kafirkan sahabat nabi
amno = munafik
Post a Comment