Friday, September 21, 2012

NAJIB MERACAU!!! Kerana A dan S



Aktivisme yang lahir dari SUARAM — Mandeep Singh Karpall Singh

20 SEPT — SUARAM adalah tempat di mana saya mula mengenali dunia aktivisme ini dan juga titik permulaan saya mengenal isu realiti hak asasi sebenar di Malaysia. 


Pada tahun 2008, sekitar bulan Jun, saya dihantar ke pejabat SUARAM oleh N.Surendren(sekarang naib presiden PKR) untuk menghadiri satu mesyuarat berkaitan penahanan rakan karib saya Sdr Sanjeev Kumar di bawah ISA. Sanjeev telah di tangkap dan terus ditahan di bawah ISA walaupun sudah didera oleh SB sehingga lumpuh. 

Pada ketika itu, saya bertindak sebagai orang tengah diantara keluarga Sanjeev dan SUARAM kerana keluarga Sanjeev masih dalam dilema sama ada mahu mempertengahkan isu ini atau tidak. 

Namun setelah mengadakan beberapa pertemuan dan mesyuarat dengan SUARAM,saya mula yakin bahawa SUARAM adalah satu organisasi yang benar-benar mahu memperjuangkan hak asasi bukan sahaja demi mangsa yang ditahan tetapi juga untuk keluarga tahanan. 

Selang beberapa hari selepas perjumpaan terakhir dengan SUARAM, organisasi tersebut telah memulakan kempen membawa isu Sanjeev. Pelbagai perkara didedahkan oleh Suaram berkait penderaan terhadap Sanjeev. 


Saya masih ingat pada ketika itu isteri Sanjeev dalam ketakutan kerana media mula melaporkan isu Sanjeev dan isterinya khuatir Sanjeev akan didera lagi atau akan akan terus ditahan. 

Namun atas sokongan dan semangat yang diberikan oleh SUARAM, isteri Sanjeev keluar dari dunia ketakutan tersebut dan bangkit melawan keras demi menuntut pembebasan suaminya. 

Setelah berbulan-bulan kempen demi kempen dijalankan, akhirnya Sanjeev Kumar dibebaskan. Tetapi yang amat menyedihkan saya dan keluarganya ialah Sanjeev yang ditahan dalam keadaan boleh berjalan keluar dari Kamunting dalam keadaan berkerusi roda kerana lumpuh separuh badan. 

Hari ini satu dunia sedang memerhatikan Malaysia. Organisasi yang banyak membantu masyarakat dalam mempertahankan hak asasi manusia ini dikatakan haram, mengambil dana asing dan dikatakan akan didakwa di Mahkamah. 


Apakah semua ini? Adakah ini yang SUARAM harus hadapi kerana mereka lantang bersuara dan terus bangkit memperjuangkan hak asasi manusia? 

Mereka pula ditindas setelah sekian lama mereka membantu masyarakat terpinggir yang ditindas? Tapi kerajaan yang angkuh ini dilihat semakin hari semakin gila. 

Jika dilihat tohmahan yang dilontarkan terhadap SUARAM, ianya agak lucu. Pertama dikatakan haram kerana didaftarkan di bawah ROC. Kemudian dikatakan pula menerima dana asing. Dan pelbagai lagi tohmahan. Dalam pengetahuan saya, tidak ada apa-apa hukum dalam mana-mana agama pun yang mengatakan salah untuk terima dana asing demi membantu masyarakat yang ditindas. 


Ia juga tidak termaktub di bawah undang-undang Malaysia. Jadi, mengapa isu menerima dana asing ini digempar-gempurkan sekarang? Jikalaulah memang benar SUARAM ini haram dan berfungsi melanggar undang-undang, kenapa baru hari ini Si Rejim mahu menyiasat SUARAM? Kenapa dan mengapa? 

Jawapannya sungguh dan teramat mudah. Ia hanya kerana A dan S. A adalah Altantuya dan S adalah Scorpene. Jika dilihat semula, SUARAM memfailkan kes berkait isu Scorpene pada 23 Disember 2009. Mengapa tiada tindakan diambil detik itu? 


Adakah kerana pada ketika itu isu Scorpene tidak cukup panas dan rakyat pula masih belum begitu memahami isu tersebut? Tetapi, hari ini oleh kerana isu Scorpene telah menjadi satu isu popular yang membahangkan seluruh Negara, Si Rejim mula gentar. 

Khabarnya, Najib Razak juga bakal di hadapkan ke Mahkamah di Perancis. Maka tanpa berlengah, Si Rejim mula menggerakkan pencacai- pencacainya untuk membawa SUARAM ke Mahkamah dan memulakan pelbagai intimidasi terhadap SUARAM. 

Saya juga mahu ajukan satu soalan kepada SSM. Suara Inisiatif Sdn Bhd sudah beroperasi sejak bertahun-tahun lamanya. Adakah cuma kini SSM sedar bahawa SUARAM berdaftar di bawah SSM? 


Sungguh tidak masuk akal. Jika SSM jujur menjalankan tugas semata-mata tanpa membuta-tuli mengikut arahan semata, sepatutnya SUARAM disiasat sejak awal penubuhannya, bukan sekarang. 

Sebaliknya, jika SSM menyiasat SUARAM hanya supaya Najib Razak dan Rosmah Mansur dapat tidur lena sebelum tembelang mereka pecah, maka terang-terangan satu ketidakadilan besar sedang berlaku di hadapan mata kita. 

Bagi saya, ianya jelas. Teramat jelas. SUARAM diasak kerana UMNO-BN mahu isu A & S ditutup dan terkubur terus. Jangan ada siapa-siapa yang mahu menggalinya semula. Tetapi SUARAM degil. 


Organisasi ini tidak jemu-jemu menggali isu A & S. Si Rejim tidak boleh lagi berdiam diri, oleh itu serangan dilancarkan ke atas SUARAM supaya pandangan rakyat dapat dipesongkan. Supaya rakyat akan lupa isu A & S, juga isu-isu lain yang ditimbulkan di Malaysia. 

Saya minta SSM supaya jangan jadi balaci UMNO-BN. Mereka perlu ingat dan faham bahawa lebih teruk SUARAM disiasat, maka lebih ramai lagilah yang akan mahu tahu siapa itu SUARAM. Makin deras SUARAM dihina, maka makin ramai lagi yang akan menyampah dengan UMNO-BN. 


Lebih banyak badan kerajaan dan ahli- ahli politik menyerang SUARAM, maka akan bertambah banyaklah lagi NGO-NGO di dalam dan luar Negara yang akan bersatu bangkit menyokong SUARAM.

Kedahkini

2 comments:

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

DIA NI ANAK KARPAL SINGH YANG DOK SURUH LANGKAH MAYAT TU KER..?

PATUTLAH JADI RUJUKAN HANGPA...

Anonymous said...

ye ler lunchai...confirm dia bukan penyokong Parti Syaitan yg dikenali tu....hihihihihi