Isu dua pemimpin Umno di Pulau Pinang yang dikatakan telah mengaut
jutaan ringgit keuntungan daripada penjualan plot tanah Melayu di Balik
Pulau empat bulan selepas membelinya, kini bernada perkauman.
Timbalan
Ketua Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir (kiri) membidas
Ketua Menteri Lim Guan Eng, dengan memanggilnya "rasis" kerana
mensasarkan beliau dan pengarah strategi pilihan raya negeri, Omar
Faudza berhubung penjualan tanah tersebut.
Musa, yang juga
merupakan ketua Umno Bukit Mertajam, berkata Lim tidak akan mensasarnya
seandainya beliau seorang ahli perniagaan Cina.
Musa berkata,
beliau boleh katakan bahawa ramai pemaju yang menyokong DAP telah
membeli tanah di Pulau Pinang, tetapi bertanya mengapa Lim hanya
mensasar Umno.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang
hari ini, Musa berkata Lim berbuat demikian kerana dia tidak senang
melihat Melayu melakukan lebih banyak perniagaan.
Musa dan Omar
telah mengaku membeli plot tanah seluas 10 ekar daripada 31 penduduk
Melayu di Kampung Terang pada harga RM8.6 juta.
Mereka kemudian menjualanya kepada pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.
Bagaimanapun,
mereka menafi menjual tanah itu untuk mendapat keuntungan cepat, tetapi
berkata mereka dipaksa berbuat demikian kerana syarikat mereka telah
"disenaraihitamkan" oleh kerajaan negeri.
Musa menegaskan
demikian sebagai mengulas kenyataan Lim yang mempersoalkan mengapa
pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow didakwa membisu berhubung isu
tersebut, sambil menuduh dua pemimpin Umno itu bertindak sebagai
"broker" penjualan tanah tersebut. Malaysiakini
1 comment:
Itu dia pejuang Melayu Menggadaikan Melayu dan Memperbodohkan Melayu. Tak rugi depa menyalak ke hulu dan hilir memperjuangkan Melayu dapat gak Pejuang Melayi RM5 juta.
Post a Comment