Wednesday, September 5, 2012
SAHAM FELDA TERUS JATUH!!! 407,005,000 saham Genting Bhd masuk, mana mufti dan Ulama Muda Umno?
(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)
Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?
Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?
Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.
Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!
Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?
Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!
Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?
Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?
Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?
Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!
Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.
*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merangkap AJK PAS Pusat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
bakal mati bawa hutang mengunung degan riba ampun apa nak jawab nanti,api menjulang tinggi menanti mereka.
Mufti dan Ulama muda UMNGOK tak nak ulas apa tentang kemasukan Genting, hang tau kerana apa? Mereka duk ghalib membilang rambut kote mereka!!! Bunyi komen aku ni biadap tapi tingkah lalu mereka yang senyap tu lagi biadap terhadap ilmu yang ada dalam kepala mereka!!!
Mufti dgn ulama umno sibuk berbincang dgn ustaz nasharuddin mengenai perpaduan islam dan melayu kerana Allah. Nasib ustaz nasha akan diketahui isnin ni. Harap majlis syura pas tidak mengikut arahan karpal untuk memecat beliau.
Jgn risau. Saham tu blm jatuh bangkrap mcm saham kohilal lg.
Sebagai ahli pas, aku nak tanya, dana akhirat yg kita kumpul masa ceramah dgn bob lokman tu apa citer? Ada penyata kira2 tak? Ke lesap mcm duit tabung memali jugak?
Pembongkaran zul nordin mengenai penyelewengan pas terhadap duit derma org ramai sgt mengejutkan. Tak sangka pas suka mkn duit haram
pencacai ni komen ingat org tak tau ke ko menyamar ahli PAS..
hahaha...setan bodoh yg x waras beri hujah mcm kaldai. Zul Nordin dah bayo ke hutang masa dia bertanding itu hari...atas tiket PKR?. Gini la bro....( gua masih anggap lu sedara seagama wwalaupun 'tuan' lu kata lu setan bodoh yg x waras...) Berpada-pada la nak berpolitik. Jgn kerana wang ringgit maka maruah diri di gadaikan. Jadilah seorang yg berfikiran kritis tapi terbuka dan jujur dlm berhujah. Lu kalau rasa sayangkan Islam maka bersikaplah sebagai seorang Islam yg bukan pada nama dan ic je tapi dari semua segi. Islam is the way of life. Buat mcm gua, kalau pemimpin PR mcm sial je perangai gua hentam cukup2. Tapi lu, berlambak bukti yg mengaitkan salah laku pemimpin UMNO, lu masih nak spin cerita...please la bro, berfikirlah sebagai org yg beragama bukan org zaman purba..peace!
Bunbinban mcm takde hujah je. Sabar.. Jgn emo sgt mcm anuwar bila ditanya mana jam omega.
salam tuan... salam seperjuangan, saya mohon tuan bloglistkan blog saya
http://zulhairiaziz99.blogspot.com/
dalam blog tuan...blog tuan sudah saya listkan terima kasih assalamualaikum....
adatla saham turun naik,sama gak cam harga sawit turun naik apa yg nk heran sgt..yg saham genting tur hanyalah fitnah dari pembangkang semata2 yg x habis2 sakit hati ngan kerajaan sedia ada..kononnya aku sorang jelah yg paling islam sgt dlm malaysia ni tp dlm x sedar dok buat fitnah sana sini apahal sume tur bro..henti2kanla sume tur buang masa aje..
sy anak felda.. xpela,kalu dah mcm 2 naseb nyer.. nak buat mcm mane... Org2 felda da byk mkn hasil nyer smpai b'puluh2 generasi mkn hasil felda yg pada mula nyer d bagi p'cuma.. owh,xdela percuma mak ayah sy kne menoreh n sebagai nyer.. tp sama la mcm org lain2 yg keje.. bile keje dpt la hasil nye... tp smpai skrg sy da b'jaya n b'kerja pun msh merasa hasil felda.. kalu dorg nak amik bile2 pun sebenar nyer xpe.. sbb pada asal nyer pun bukan hak milik org felda... jadi apa2 jd pada felda sy rs x m'beri kesan pd org2 felda.. jgn la risau tanah djual ke apa sbb geran tanah sume d pegang oleh org2 felda berabad lame nyer... kalu dorg nak jual apa2 pun kne ada geran nyer... n andai perlu d jual tanah felda 2 mak ayah sy rela meyerahkan nya.. :)
kalau tanah tu tergadai, Nanti saya bawa mak duduk dengan saya.
Jgn duk mengarut sgt kata tu kata ni,dlm menghidupkan corak pemikiran moden perlu pd kita semua bkn pd org2 felda sahaja malah semua org2 melayu harus berdepan dgn adakn mesyuarat jika ada perselisihan pendapat,,acu ambik Quran bc lg bagus,menukil seakan cendikiawan mcm diri hebat n faham sgt tentang felda..ini tanah org2 melayu org2 lama yg perlu diperjuang n dipertahankan,jgn sampai kecai dimamah usia.Terlalu perit dlm mendapatkn sesuap nasi tidak spt mana hari ini tengkar dan terus bertengkar..melayu mudah lupa benarlah kata2 Tun Mahathir Mohamad...
Post a Comment