SHAH ALAM - Berhadapan dengan demonstrasi dan serangan terhadap PKR
buat kali ketiga dalam tempoh seminggu ini, Setiausaha Agungnya, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan
taktik ganas terhadap parti itu.
Katanya, taktik ganas tidak dapat menyekat perjuangan PKR selain
mengingatkan Umno BN bahawa politik yang dimainkan dalam zaman siber di
mana maklumat tersebar dengan cepat.
Saifuddin akui amat kesal atas insiden yang berlaku di hadapan ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.
"Insiden ini amat dikesali. Berlaku berturutan dalam lima hari.
Serangan bertubi-tubi ke atas pemimpin dan premis PKR," kata beliau
ketika dihubungi Sinar Harian Online petang tadi.
Menurutnya, kejadian-kejadian yang berlaku ini memberi tanda bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN)sangat terdesak.
"Tindakan ini beri isyarat bahawa Umno dan BN yang sangat terdesak
dengan sokongan rakyat terhadap kempen-kempen yang dijalankan.
"Jadi mereka guna samseng untuk takutkan PKR," kata beliau yang
memaklumkan bahawa baru saja tiba di KLIA dan dimaklumkan tentang
kejadian itu.
Dihubungi sekitar jam 4 petang tadi, beliau turut mempersoalkan tentang
tindakan pihak polis ke atas insiden serangan yang berlaku sejak
beberapa hari lalu.
"Tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis. Apabila sudah ada
kecederaan parah atau kematian baru nak ambil tindakan," katanya.Tambah
beliau: "Ini yang kita persoalkan.
"Saifuddin belum pasti sama ada sebarang laporan polis sudah dibuat
atau belum tetapi pasti akan dibuat.Sinar Harian Online cuba mendapatkan
komen daripada Umno tetapi belum berhasil.
2 comments:
Insiden keganasan yang dibuat oleh penyokong BN seperti itulah yang sebenarnya membangkitkan rasa kebencian org ramai terhadap BN tetapi BN sangkakan ramai yang menyukainya...syok sendiri...teruskanlah aktiviti seperti itu sehingga tiada lagi batasan kebencian dalam hati org ramai... nanti akan tiba saat BN akan sedar betapa aktiviti yang dilakukan oleh penyokongnya sebenarnya menjahanamkan BN selamanya....
dah nazak dan mati akal, guna keganasan utk menakut2 orang, ini memberi gambaran kamu makin terdesak.. kami makin bersemangat kempen ke putrajaya. kemenangan PR hampir menuju kejayaan
Post a Comment