Monday, September 10, 2012

TIRU UMNO!!!MCA tendang apa sahaja selagi boleh buat isu



KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan BN melalui KTM Komuter mengadakan gerabak khas untuk wanita diterima tetapi bila PAS menyediakan tempat yang sesuai untuk wanita makan di majlis hari raya dikritik oleh MCA.

Inilah masalah besar yang dihadapi oleh MCA sekarang, terlalu takut kehilangan kuasa sehingga semua perkara dianggapnya musuh.


Akhbar MCA, The Star hari ini membuat tinjauan khas tentang program Hari Terbuka PAS Negeri Sembilan yang menyediakan tempat khas untuk wanita makan.


Namun, sebagaimana yang disahkan oleh Anggota Parlimen Rasah, Anthony Loke, mana-mana wanita yang ingin makan bersama lelaki, mereka tidak dihalang.


"Saya telah duduk satu meja bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan isterinya. Tidak ada sesiapa yang larang kami," kata Anthony Loke sebagaimana dilaporkan The Star.


Semalam, majlis hari raya PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman juga menyediakan tempat makan khas untuk wanita sahaja.


Tetapi mana-mana pihak yang ingin makan di mana-mana pun tidak pula dilarang oleh AJK yang bertugas.


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani nyata terkejut dengan isu yang dimainkan oleh The Star ini.


Katanya, langkah yang dibuat oleh PAS Negeri Sembilan adalah untuk memberikan ruang yang selesa untuk tetamunya khasnya wanita makan.


"Saya tidak tahu mengapa hal ini menjadi isu sekarang kerana kita telah melakukan hal ini sejak dari dahulu," kata Taufek sebagaimana dilaporkan The Star.


Dalam laporannya, Ketua Biro Politik dan Strategi MCA, Datuk Lee Yuen Fong  menyesali langkah PAS itu.


"Kenapa kita perlu asingkan sedang kita membuat majlis rumah terbuka dan ditempat terbuka.


"Ini menunjukkan langkah yang PAS akan ambil apabila berkuasa nanti," katanya sebagaimana dilaporkan oleh The Star.

3 comments:

Anonymous said...

itulah yg dinamakan isu2 yg dibangkitkan utk membodohkan rakyat......last2 dia org yg menunjukkan kebodohan dia orang(MCA/UMNO/BN)......pegi daaahhh

Anonymous said...

Apa la bangang punya berita. Dlm majlis perkahwinan melayu pun, tempat makan asing2 la. Tp x kecoh masuk paper pun. Bodoh x bleh diajar la kaum ni. Nampak benarlah sikap perkauman. X pernah pergi kenduri melayu agaknya.

Anonymous said...

boleh makan ngn lelaki, kalu lelaki itu mahramnya.

MCA jangan suka suki mencampuri urusan agama Islam.
MCA nk tonggang arak 10tong pn org Islam xkan impose Hudud pd anda.