KUALA LUMPUR: Majoriti
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak
pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai
menyusahkan pengguna lebuh raya.
Ketika
membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota
Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES
itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata
“Kita
tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga
untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya.
“Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan,” katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata, adalah
suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu
masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan
tanda amaran yang mengelirukan.
Fong Po Kuan (DAP-Batu
Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji
semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.
Gesaan itu turut disokong
Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu
pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat
supaya tidak membebankan rakyat.
“Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat.
“Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini,” katanya.
Papan tanda amaran
Sementara itu Ahli
Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar
lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya
akan lebih berhati-hati.
AES adalah sistem kamera
penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi
yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.
Sebelum ini Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati
dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu.
Kong berkata, rekod
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan
dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES
ditempatkan.
Fasa pertama pelaksanaan
AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada
memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. ~fmt
1 comment:
Hat ni lembu2 umngok x berani nak nyatakan pendirian walaupun depa setuju AES dImansuhkan sebab takut umngok sekat rumput kering buat depa makan
Post a Comment