Cerita ini sebenarnya antara beberapa perkembangan terbaru yang akan didedahkan satu persatu.
Jadi biarlah saya anggapkan ia merupakan siri ketiga walaupun sebenarnya
hal ini lebih menjurus kepada satu pendedahan mengejutkan yang saya
terima menerusi sumber dalaman Umno sendiri.
Perdana menteri Najib dipercayai sudah mengarahkan pakar-pakar
strategisnya untuk menyingkirkan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin
dari jawatannya sekarang.
Alasannya?
Kerana puak yang setia dengan bekas menteri besar Johor itu sudah
mengambil ketetapan bahawa pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30
November tahun ini.
Jika tidak, kata mereka, peluang Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula tipis.
Helah mereka lagi, sekiranya pilihanraya dibuat dalam bulan penganut
agama Kristian menyambut Krismas itu, peluang BN menang lebih cerah
berbanding cadangan Najib yang mahu BR1M 2.0 dilunaskan dahulu
pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum.
Disember juga merupakan kesempatan terbaik kerana penganut agama itu
tidak sempat untuk berkempen terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana
sibuk membuat persiapan manakala yang tidak merayakannya akan mengambil
cuti hujung tahun melancong bersama keluarga.
Taktik jahat puak Muhyiddin pantas dihidu Najib melalui satu
maklumat yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan gerakan
menyingkirkannya sudah semakin berkembang di seluruh negara melalui dua
atau lebih bahagian Umno di setiap negeri kecuali di Sarawak.
Najib yang tidak mampu menghalang kemaraan Muhyiddin telah
berpakat dengan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bagi menggantikan
Muhyiddin.
Alasannya, Zahid setakat ini berjaya menghalang siri pendedahan skandal
kapal selam Scorpene yang terus dibongkar Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
yang sedang menunggu siasatan hakim di Paris yang akan keluar dalam
beberapa bulan lagi.
Tetapi mengapa Zahid dan bukan sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein?
Hishamuddin sudah dianggap bahan jenaka oleh pemimpin Umno malah
langsung tidak dihormati atas kegagalannya menyelesaikan isu berkaitan
keselamatan dan jenayah walaupun berjaya menambah senarai pengundi haram
selepas perlaksanaan pemutihan 6P tahun lalu.
Maka Zahid kini sedang bersiap-siap menggantikan Muhyiddin manakala
siapa yang akan mengisi kekosongannya sebagai naib presiden akan
ditentukan kemudian.
Tetapi adakah Muhyiddin mengalah?
Jawabnya tidak, malah kem Muhyiddin sedang merencanakan sesuatu yang
akan menghancurkan imej Zahid sepenuhnya dan dia sudah mengenal pasti
siapa yang akan menjadi regunya untuk diganding bersamanya apabila
berjaya menyingkirkan Najib kelak.
Ada dua pilihan, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir.
Tetapi Muhyiddin lebih melihat Mukhriz berdasarkan pengaruh bapanya
Mahathir masih berkuku terutamanya di kalangan pemimpin senior yang
kecewa dengan prestasi Najib .
Semalam saya telah ceritakan bagaimana Muhyiddin sedang membuat perancangan bagaimana hendak menyingkirkan bosnya, Najib melalui gerakan terancang di seluruh negara.
Hari ini saya akan memfokuskan bagaimana Najib mahu melantik
Zahid Hamidi sebagai timbalannya yang baru menggantikan Muhyiddin.
Ikut perancangan, kem Muhyiddin sudah mendesak supaya pilihanraya umum
mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini tetapi Najib
tidak mahu ia berlaku kerana melihatkan sokongan terhadap Barisan
Nasional (BN) kekal lemah walaupun boleh menang dengan majoriti mudah.
Kem Muhyiddin boleh dikatakan gelojoh kurang cermat dalam mengatur
strategi hingga Najib sudah menghidu gerakan menjatuhkannya
sejak awal September.
Masih ingatkah lagi poster Muhyiddin mendesak Najib berundur di Johor?
Ini bukannya rekaan tetapi benar-benar dilakukan oleh sesetengah
juak-juaknya yang setia di Johor termasuk beberapa ketua bahagian Umno
yang tidak sehaluan dengan Najib.
Najib tahu Muhyiddin membisu seribu bahasa dalam skandal
Scorpene dan dianggap petanda besar sokongan kem Muhyiddin terhadapnya
sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Seorang ahli dalam kem Muhyiddin mendakwa bahawa Najib sudah
hilang sokongan akar umbi terutamanya wanita secaraberansur-ansur sejak
jawatan menteri pembangunan kaum itu tidak diganti oleh pemimpin wanita
yang berkaliber.
Hasil risikan tentera juga mengesahkan perkara itu dan ternyata undi wanita sangat penting dalam menentukan kemenangan BN.
Kesilapan Najib adalah dia tidak mempercayai seorang pun
pemimpin wanita BN termasuk timbalan ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim
kerana dia condong terhadap Muhyiddin setelah Shahrizat Jalil tidak
disambung perkhidmatan senatornya 8 April lalu.
Baiklah, mengenai Zahid pula, perkembangan terbaru mengesahkan Najib
mahu melantiknya tetapi Mahathir tidak setuju kerana telah
Najib berjanji secara lisan akan melantik anaknya Mukhriz
sebagai timbalan perdana menteri.
Mukhriz yang kecewa kemudiannya dikatakan beralih kem dan dalam masa
yang sama masih lagi mengharapkan agar Najib melakukan apa
yang dilakukan bapanya ketika menjadi perdana menteri.
Muhyiddin kemudian berbincang dengan Mahathir secara senyap bagaimana
strategi Mukhriz boleh diatur bagi memastikan parlimen Jerlun kekal di
tangannya.
Setelah mendapat sokongan yang cukup barulah Muhyiddin menggerakkan
gabungan kedua-duanya menjadi satu gerakan kuat bagi menyingkirkan kem
Najib -Zahid Hamidi kelak.
Perancangan asal Mahathir cuma mahu meletakkan anaknya menjadi Menteri
Besar Kedah tetapi lubuk yang lebih besar sedang menunggu di peringkat
persekutuan.
Mahathir juga kecewa dengan Najib kerana daya kepimpinannya
dianggap terlalu lemah kerana terlalu dikawal oleh isterinya sendiri,
Rosmah Mansor.
Dalam keyakinan Najib mahu menyingkirkan Muhyiddin, rupanya
Zahid sedang dipantau pergerakannya kerana ahli parlimen Bagan Datoh ini
merupakan bekas pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang setia.
Zahid yang juga dilihat gelojoh mula membuat kesilapan satu demi satu
apabila di parlimennya sendiri, gerakan menyingkirkannya sudah mula
bergerak aktif ke seluruh negeri Perak.
Pendedahan mengenai penggunaan jet peribadi oleh Zahid sebenarnya
didedahkan kem Muhyiddin bagi memberi amaran terhadap menteri pertahanan
itu supaya jangan bertindak di luar kemampuannya atau hadapi mimpi
ngeri jika skandalnya bakal terbongkar!
Bersambung lagi.
JALAN PULANG
6 comments:
Apa punyer citer da.. Yg aku tau, dlm pas ada 2 team, pro ulama dan anwarinas. Tp skrg pro ulama sedang kalah dan anwarinas memguasai. Tok guru pulak, seperti kata ust asri lbh berperanan sbg ayatollah yg tidak blh ditegur dan dianggap maksum, dilihat memihak kpd anwarinas krn sudah nyanyuk dan tidak mampu berfikir secara waras.
Umno mimpi la nak tuka2 pm n tpm among umno dah.
Perpecahan dlm pas skrg sgt ketara, hinggakan golongan ulama yg berani bersuara akan dilabel boneka umno. So, utk divert masalah parti sendiri, pas tlh membuat propaganda bahawa berlaku perpecahan dlm umno.
Umno diambang maut. Perpecahan dlm umno perkara biasa sbb masing2 kebulor nak buat duit haram
beruk umno dok risau pemimpin dok bercakar
BN still can win.PR13..God Bless BN and Malaysia.
Post a Comment