IPOH – Seorang pengusaha katering berang selepas menerima cek tendang
dan menyebabkan wang yang sepatutnya diterima dua bulan lalu masih
tertangguh sehingga sekarang.
Pengusaha katering, Jamal Mohd Amzan, 46, berkata, dia menerima
tempahan daripada seorang lelaki yang juga pemimpin dari sebuah parti
politik untuk jamuan hari raya September lalu di Kampar.
Menurutnya, sejak mengusahakan katering 25 tahun lalu, ini adalah kes
pertama yang melibatkan penipuan ribuan ringgit selepas semua tempahan
disediakan untuk orang ramai.
“Atas dasar kawan, saya mempercayainya kerana sebelum ini dia juga
menempah makanan untuk jamuan hari raya dan membayar terus pada masa
itu. Saya tidak sangka pada tahun ketiga itu, dia buat hal,” katanya
ketika sidang media di Pejabat PKR di sini, semalam.
Beliau berkata, selepas menghubunginya beberapa kali, lelaki itu
akhirnya memberikan RM700 melalui rakannya, bagaimanapun ia tidak
terhenti di situ kerana masih banyak lagi bakinya memandangkan jumlah
keseluruhan kos tersebut adalah RM2,980.
Katanya, lelaki itu yang terus didesak untuk membayar baki wang
tersebut kemudiannya memberikan cek bernilai RM3,000 tetapi sayangnya
cek tersebut cek tendang.
“Saya juga pelik kerana jamuan kali ini, hanya katering saya sahaja
yang diberi peluang untuk menyediakan makanan berbanding tahun-tahun
lalu. Saya tak sangka dengan apa yang menimpa diri ini.
Jamal yang buntu dengan keadaan ini turut berjumpa dengan beberapa
orang besar yang berkaitan dengan lelaki itu untuk menceritakan
masalahnya agar ada tindakan dari mereka tetapi sehingga kini tiada
maklum balas positif.
Menurut Jamal, dia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan
penipuan yang dilakukan dan akan merujuk perkara itu melalui tindakan
undang-undang.SH
5 comments:
ameno la, parti mana lagi
Umnooo dh sengkek skrg...kantung dh kosong...DLM UMNOO..Ada wang ada kerja...xda wang...jalan daaaaa..huhuhuhuu
Ummmmph Noooo money yek..hihihihi....tak dak duit jgnlah berlagak ada duit....kesian org yg menyediakan makanan tu....dia pun nak hidup......
pecaya la lg... bagi lagi hutang, esok lu sama anak bini lu sekali dia sebat!
pecaya la lg... bagi lagi hutang, esok lu sama anak bini lu sekali dia sebat!
Post a Comment