“Derma politik” kontroversi RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri, Musa Aman rupanya telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi “seorang pemimpin Umno”, dakwa bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN).
Wilfred Mojilip Bumburing yang kini merupakan ahli parlimen bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga “pemimpin Umno” yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah.
“Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?
“Jika wang itu
bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke
dalam akaun bank peribadi individu?” katanya dalam kenyataan tersebut.
Bekas timbalan
pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut
Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin
Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.
Bumburing juga
mempersoalkan mengapa BN menolak untuk mendedahkan sumber dana, dengan
mengatakan ia memberikan persepsi seolah-olah pemimpin gabungan
pemerintah tersebut membiarkan rasuah berleluasa.
Beliau
mengkritik Setiausaha Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan mengatakan bahawa
ahli parlimen Kota Belud ini telah berkali-kali mempertahankan derma
dengan mengatakan tiada apa-apa kesalahan dalam sumbangan berkenaan.
“Pengakuan (Abdul Rahman) juga meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab seperti dari mana wang itu datang?
“Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?” soalnya.
Bumburing dan
seorang lagi MP Sabah, Lajim Ukin meninggalkan BN baru-baru ini dan
berikrar untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan
mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib
Altantuya.
Awal bulan ini,
didedahkan di parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah
selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi
persoalan adalah "derma politik" untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan
untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
Menurut laporan
lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas permintaan
Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong, selepas seorang
ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba menyeludup wang tunai
kembali ke Malaysia.
Akan tetapi,
penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian
membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes terhadap ketua Umno
Sabah itu.
Ali parlimen
Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penutupan kes tersebut dan
menuntut pentadbiran Najib Altantuya mendedahkan sumber derma tersebut
dan peristiwa tepat membawa kepada siasatan pada Musa.
Menurut laman pembocor maklumat Sarawak Report,
yang pertama mendedahkan kes tersebut, peniaga kayu dari Sabah, Michael
Chia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) dengan
wang tunai dalam bentuk matawang dolar Singapura.
Pada ketika itu, Chia dilaporkan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong wang tersebut adalah untuk Musa.
Dalam pendedahan April lepas Sarawak Report
turut mendedahkan dokumen dikatakan dari ICAC Hong Kong menunjukkan
peguam Sabah itu memegang US$30 juta (RM90 juta) dalam akaun bank Swiss
(trustee) untuk Musa.
Laporan itu juga
mendakwa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam matawang
Euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura telah disalurkan
dari beberapa firma diuruskan oleh Chia yang berpangkalan di Hong Kong
untuk beberapa syarikat British Virgin Island dan seterusnya kepada
akaun peguam di Swiss yang dimiliki peguam tersebut.
Tetapi apabila
menjelaskan isu ini di Parlimen Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa Chia tidak pernah ditangkap
dengan wang tunai di Hong Kong dan tidak pernah ditangkap oleh ICAC.
Nazri berkata
RM40 juta sebenarnya dibekukan dalam akaun pelaburan di Hong Kong, yang
kemudiannya perlu dipindahkan ke sebuah akaun dalam bank Switzerland.
"Itu adalah pemahaman saya dalam kes itu," katanya kepada Dewan.
JALAN PULANG
3 comments:
HE!HE!HE!
YANG TAK TAU PERGI MANA DUIT KUTIPAN PAS. DAH BERPULUH TAHUN KUTIP TAPI TAK DAPAT DIKESAN HALANYA...
Luncai,tak payah nak kona sana sini..jawab aje la..betui ka Rm40 juta tu utk umnu atau utk Musa?..
dan pasai apa duit dan org yang membawa kena tahan di Hong Kong tu?
Kenapa hang susah sgt nak mengaku umnu memang kaki "rembat"?..
heheheh..jawab sikit?
Si luncai yg bahalol yg juga pembaca setia blog ni..haha..tula, dahla otak kosong, maen caaaaaaaakap je sesuka hati..duit yg pas kutip kan sntiasa d agihkan utk rakyat dlm bntuk sumbangan dan juga pembangunan negeri..tula, len kali jgn dok baca berita tipu Utusan n TV3..media penipu je sumer tuu..
Post a Comment