Sunday, October 14, 2012

HINA ISLAM!!! MB UMNO rasmi majlis tolak Hudud anjuran MCA


Gambar di atas adalah gambar seorang pemimpin UMNO iaitu Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Baru-baru ini MB Negeri Sembilan ini telah dilaporkan hendak menumbuk seorang lelaki yang menganggu lawatannya.. sila baca di ( SINI )

Beliau telah hadir ke majlis Makan Malam Mega yang dianjurkan oleh parti MCA Pusat dan Badan Perhubungan MCA Negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 9 Oktober lalu untuk merasmikan majlis.



Majlis makan malam bertajuk ‘Stability Above Chaos’ bertemakan UBAH – Say no to Hudud PAS, anggaran kehadiran adalah seramai 10,000 orang menurut media MCA.


Antara propaganda yang dimainkan oleh MB Negeri Sembilan pada malam tersebut ialah beliau “Orang Melayu negeri ini tidak akan mengundi DAP, malah mungkin tidak akan mengundi PAS. Apabila mengundi PAS, sama seperti kita mengundi DAP yang tidak menghormati agama Islam.

“Malah PAS boleh mengkafirkan UMNO, apa lagi kepada bangsa yang tidak menyokong mereka. Dengan slogan UBAH – say no to Hudud PAS, mengambarkan bangsa Cina juga memahami apa yang terselindung di sebalik agenda mereka.”


Berbalik kepada gambar di atas untuk paparan lebih jelas apa yang tertera di belakang 'T'Shirt pencacai MCA itu sila lihat di bawah..



Apa yang disampaikan oleh MB Negeri Sembilan itu sebenarnya hanyalah satu kesinambungan dari propaganda Mahathir tentang hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS.

Dimana beliau yang kebelakangan ini sering kantoi dengan kebanyakkan isu untuk menyerang Pakatan Rakyat telah mengatakan hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu adalah 'Hudud PAS'.


Sedangkan apa yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu adalah hukum yang sememangnya terkandung di dalam kitab suci Al-Quran.


Oleh itu tindakan merasmikan majlis 'Say no to Hudud PAS' anjuran MCA itu secara tidak langsung membuktikan kerana terdesak untuk mengekalkan kuasa pemimpin UMNO akan melakukan apa saja hatta bersekongkol dengan bukan Islam untuk menolak hukum Allah..


Ini kata Mursyidul Am PAS tentang perlaksanaan hukum hudud.. an mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Soal hukum Islam (Hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima.


Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.


Katanya, sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya.


“Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan,” kata Nik Aziz.ASD

21 comments:

Anonymous said...

Macamana nak kata Yes kepada Hudud PAS sebab hudud PAS mengharamkan meliwat lelaki atau perempuan KECUALI isteri-isteri ....apa punya hudud ni ... ini bukan hudud tapi huduh ...

rak-b said...

Hudud Pas adalah hudud politik yang bertujuan nak undi orang melayu jer.....Hudud yang dibentangkan oleh pemimpin Pas berbeza dengan hudud dalam Al quran.

Sekarang ni nak hudud Allah ke atau nak hudud Nik Aziz ??

ajib said...

sesungguh syaitan yg dikenali sememangnya tidak takut pada hukum Allah..sesungguhnya syaitan yg dikenali penghuni tetap neraka jahannam...

ra-ab said...


Ucapan Azmin masa konvensyen PKR di Johor dulu menyebut ahli-ahli PKR sebagai Children of Light. Satu terma dalam bible.

Islam liberal cara PKR. Sampai hari ni ASD tak jawab !!

Unknown said...

Kepada anon diatas ,tolong la rujuk orang yang tahu dulu sebelum buat kenyataan,dalam kes liwat isteri,berlaku khilaf ulamak berkaitan kena hudud atau hanya takzir,ada segolongan ulamak(bukan ulamak pas tapi ulamak muktabar zaman imam syafei lagi)yang berpandangan orang yang liwat isteri hanya dikenakan takzir dan ada segolongan ulamak yang mengenakan hudud kepada kes liwat isteri.

Bila berlaki khilaf ,tidak boleh dilaksanakan hukum keatas nya seperti pengharaman rokok,walaupun kebanyakan ulamak mengharamkan rokok tapi ada segelintir dari ulamak yang menghukum merokok sebagai makruh tidak haram.

jadi majlis fatwa tidak dapat mengharamkan rokok.Dr.Yusuf Qaradawi mengatakan tidak boleh dilaksanakan hukum keatas perkara yang berlaku khilaf kerana menghormati perbezaan pandangan yang boleh dilaksanakan hukum hanyalah kepada perkara yang tidak ada khilaf seperti pengharaman arak yang dinyatakan secara jelas dalam alqur'an dan tak ada seorang ulamakpun yang mengatakan meminum arak itu tidak haram.

-kecik-kecik tokse sekolah dah besar nyusah ore ramai-

r-kab said...

Baru-baru ni Anwar lancarkan buku penulis dari India yang menganggap Islam hanya sesuai untuk persaudaraan saja dan bukan untuk membina negara.

Penyokong Pas pun sama turut bersubahat dengan penghinaan kepada Islam ini.

sekutu ler katakan...

r-k-b said...

ijok 2009,

Pemimpin Pas kata hudud hanya terpakai kepada orang Islam saja,...
sedangkan mengikut al quran hudud itu untuk semua ..

nak ikut hudud Pas ke atau hudud Allah ??

Anonymous said...

mca penentang hudud disokong umno

Anonymous said...

UMNO sebenarnya yang kuat menentang hukum hudud dilaksanakan di negara kita nie. tu la asik bc utusan jer. media provok terbaikkk abad ini.

Anonymous said...

wahai rakab@r-k-b@r-kab@ra-ab@rab-b
Hang nie dok sibuk jaja crita hudud pas..
Bak mai sini bgtau ako bila bula pemimpin hang yg dok ngaku islam nak buat hukum hudud Allah. xpyhlah nak jadi hero dlm isu hudud nie. Klu xmau hang xpyh nak spin crita lain..

Anonymous said...

Keliru betul. Kejap nak laksanakan hudud, tapi hari tu bila karpal marah cakap tak nak laksanakan sbb keredhaan dap lagi penting. Mana satu yg betul ni?

Konfius betul aku

Anonymous said...

Pakai otak lembu mmg mcm tu bang..
selalu confius...

Anonymous said...

Geng umno ni tak pernah baca quran dan tafsir ke?hukum hudud hanya utk org islam.mana ada hudud pas,hudud nik aziz?kalau tak jumpa,pi blajaq.hukum tolak hudud pun ada.boleh rujuk kitab2.blajaq jangan tak blajaq.jangan jadi org bodoh mcm mahathir kata:hanya golongan bodoh masuk umno

Unknown said...

to r-k-b
Islam untuk semua tapi hukum islam hanya untuk orang islam sahaja.
maknanya islam untuk semua bangsa tapi takadapaksaan untuk mereka masuk islam.Bila dah masuk kenalah ikut hukum islam.

Contohnya bila dah masuk tentera kenalah ikut peraturan tentera,pagi-pagikena kawat.bagi yang tak masuk tentera tak perlu ikut undang-undang tentera.Begitulah maknanya tiada paksaan dalam agama

Anonymous said...

So conclusionnya apa? Pas nak laksanakan hudud ke tak? Tapi hari tu dkt muktamar pas, ust hadi cakap hudud bkn perjuangan pas. Anuwar pun cakap mcm tu. Karpal pulak cakap dap tidak pernah berkompromi soal hudud. Konfius betul.

Anonymous said...

Lagi pening dengan BN,bila dengar ceramah UMNO,penceramah dia kata bila pembangkang perintah malaysia DAP akan jadikan Malaysia negara kristian dan akan memurtadkan orang melayu.

MCA pula kata,bila pakatan tadbir Malaysia habislah orang bukan islam akan dizalimi sebab PAS akan laksanakan hudud dan akan jadikan Malaysia negara islam. mana satu betul ni??

ajib said...

dh nama pun syaitan yg dikenali mcm tu lar..selalu memutarkan belitkan keadaan..yg baik dia kata xbaik..yg jahat lg zalim dia kata baik..bodoh plak tu...bkn kami yg ckp..mantan presiden korg yg ckp..

Anonymous said...

Yang pasti UMNO penakut dengan MCA.Gertak sikit,terus kecut.Mulut terkunci bila MCA nak keluar dari BN jika UMNO buat Hudud.Woi UMNO,Kamu dah ada kuasa 55tahun,Kamu tu Melayu,Islam,Diredai Allah bak kata PM Najib,laksanakanlah Hudud.Kamu takut Allah atau takut MCA.KAMU ADA KUASA,AMANAH.WAJIB DILAKSANAKAN.

Anonymous said...

Lu olang pas talak boleh sebut itu hudud. Itu ostat adi awang sudah kasi jaminan sama dap talak mau laksana hudud. Selagi karpal masih idup, lu jangan lawan. Kalo lu paspb talak mau patuh sama dap, nanti wa leport sama karpal balu padan lu punya muka

-pemerhati dap-

Anonymous said...

haha.mengaku pemerhati dap plak dh.woi budak suruhan umno,sampai tahap ni kamu nak meroyan.kan kamu kata dap tu kafir.maknanya kamu pun dah tergolong sekali.guna ilmu bila nk cakap apa2.jangan jahil dgn ilmu sgt.puak umno,mca,mic xpernah ajar ke?

Anonymous said...

dengar baik klu kita tk pelajari hukum hudud baik diam je ok hukum hudud ni mmg untuk semua tp bila kita nk laksnakannya mula-mula dilakukan kepada org islam ps2 bila org bkn islam dah faham apa itu hukum hudud barulah blh dlksnkn kpd diorang jgn sesekali kita menghina ulama' kerana ulama' itu pewaris nabi apa ilmu kita jika nk dbndgkn dgn mereka so ju shut up i totally hate these commenters their obvious stupid