Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat
dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak
elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Timbalan Ketua BNBBC
Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan
dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan
menjadikannya sebagai hasil.
"Setiap
kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan
sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada
kerajaan negeri atau persekutuan.
Sebagai contoh, katanya, jika
sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun
amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta -
dipindahkan kepada akaun yang disatukan.
"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
2 comments:
Xkan la posting akaun mcm tu audit negara xble detect? Xkan la JAN bodoh sgt!!! Kot ye pun nak putar belit jgn la menampakkan kebidohan sendiri…
mmm...macam tu lah juak-juak umno...harap diorang akan lebih bermaruah dalam memberi komen mengenai negeri PR yang saya sayangi...:)
*healthy life with coway*
http://cowayforall.blogspot.com/
Post a Comment