Thursday, October 18, 2012

LAPORAN AUDIT!!! Fitnah UMNO / Utusan terhadap Guan Eng terkantoi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEik5agAuiS-g6Qb8sYGWEWOVCE3ypBxFNj2UdHqQDoQnhDPKrLjVGqV_BwMMEIuP1991Zhq4n9FiS6Ed-s1OMfW1heyubAn-E0c0XxSNR-dZqYRpODRuNijKHUlmkGMIK-aTU3qpa-hwB39/s1600/lembu-umno.jpgKesian kat wartawan Utusan ni.. dia tanya tapi Guan Eng tak layan, sebabnya Guan Eng kata Utusan Malaysia berniat jahat kerana membangkitkan isu pasal Akaun Amanah Perumahan tu..

Soalan yang ditanya wartawan Utusan itu kerana semalam, Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali meminta Guan Eng memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang tidak membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat walaupun mempunyai sejumlah wang yang banyak iaitu RM33.36 juta..

Oleh kerana sakit hati Guan Eng tak bagi dia jawapan, maka bila balik kepejabatnya dia pun buatlah berita kononnya Guan Eng cuba berdolak-dalik..


Memang kesian kat dia sebab dia bertanya Guan Eng tak jawab.. tapi Guan Eng hantar kenyataan media kepada seluruh media kecuali Utusan..


Ini adalah kenyataan Medianya...


UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.


Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi.


Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik.


Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.


Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.


Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.


Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 yunit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.


Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.


Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.


Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 yunit rumah kos rendah dan mampu milik.


Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit!


Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan.


Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik.


Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata.


Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas.


330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.


Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.


Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984.


Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah.


Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.


Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013.


Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?


Lim Guan Eng  
*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.10.2012.*

Kesian kat depa... itulah fitnah banyak sangat.. siapa nak layan..ASD

17 comments:

Proud2bMalaysian said...

The AG 2011 Report is a far cry from the AG 2010 Report. The standard has gone down so far that it is no longer an audit report.

Perhaps more selective reporting and so high level that one can't make too much out of it.

Sad..

http://proud2bmalaysian.wordpress.com

Anonymous said...

Promote dap + popularkan guan eng lagi. Kalau ada anugerah khadam dap terbaik, aku rasa mesti paspb menang

Anonymous said...

kalau dah fakta kerajaan dap yang banyak tolong melayu kat penang , umno dok belasah tanah orang melayu di penang. tak kan nak kata umno bagus lagi

Anonymous said...

Mana gambar guan eng? Selalu kalau ko jilat bontot guan eng, ada gambar dia sekali

Anonymous said...

Kesian betul aku tgk paspb, sbb terlalu mengikut arahan anwarinas, terpaksa promosi dap secara besar- besaran. Aku cadangkan ko tukar nama blog dari paspb kepada DAPpb.

Ajib said...

lawak2 setan2 yg dikenali ni.apa slhnya paspb memuji LGE..lgpun dah fakta..dari setan2 yg dikenali yg menunggang lembu2 umngok dan be end yg takut pada mca..mca hina hudud bagai..klu dorg xnak xpe..tp jgn hina..aiseh lupa lar plak..dh nama pu setan kan..so mmg xkesah lar klu mca hina skali pun..sbb dh nama pun setan..mana ada setan yg beragama Islam

Anonymous said...

Betul cakap ajib. Biarlah paspb nak promote guan eng. Guan eng kan khalifah pas. Sekali sekala pas jilat bontot guan eng apa salahnya. Yg penting arahan anwarinas kita mesti patuh.

Anonymous said...

beruk umno sekor ni komen sama. copy paste saja. boring la bila tengok berum umno komen macam celaka

Anonymous said...

dia tu berani sebut dap je.sampai lani,sepatah perkataan mca pun tak pernah kata tatkala hukum islam di hina.takut dan bacul sangat2.knapa ye?mca dah sumbat duit dalam mulut ke?

Anonymous said...

keh! keh! berbeza dengan paspb, blog pro umno sekarang sibuk tengah belasah soi lek mca sbb menghina hudud. bagi umno, Islam adalah lebih utama. kalau tak percaya, cuba bukak blog pro umno. diaorang bukan macam paspb, dap hina Islam pun senyap je.

tu lah pasal, aku dah cakap dengan blogger paspb dulu, kene banyak membaca. jangan baca harakah dengan akhbar roket je, fikiran tak berkembang.

Anonymous said...

blog pro umno tidak terikat dengan pimpinan atasan, so cerita yang ditulis lebih bebas. tapi blog pro pas sekarang terpaksa mengikut arahan anwarinas dan dap. tulah sbb bnyk sangat cerita yang menjaja kehebatan dap, melebihi pimpinan ulama pas sendiri.

Anonymous said...

Baguslah kalau blog Pro UMNO duk hentam MCA.Ada keluar TV3,RTM tak??Utusan?Maaf sebab tak baca utusan.Tolong share info kalau ada.Teringin nak tau.dan,awat tak join sekali hentam MCA dalam blog ni??

Anonymous said...

Blog umno sama je dgn beruk umno yg komen kat sini . penjilat tegar soi lek

Anonymous said...

Apa da... yg kadang2 ko baca anon yg belasah mca dgn soi lek tu, aku lah. Aku tak terikat mcm paspb, wajib memuji dap walau apa pun yg diaorg buat.

Anonymous said...

Amboi..mengaku pulak dia yang hentam MCA.Dasar PUAK UMNO yang tak tau malu.semua dia nak jadi.Blog ni tak mau mengaku kau punya ke????

Anonymous said...

tak nak lah aku mengaku blog ni aku punya, sebab blog paspb ni asyik jilat bontot dap. takde maruah langsung.

Anonymous said...

paspb = DAPpb