Heboh semalam di
merata ceruk Malaysia perihal bagaimana akhirnya terbongkar juga kisah
pertemuan rahsia yang berlaku antara Perdana Menteri, Najib
dan spekulator matawang, George Soros pada 27 September 2010.
Namun sekiranya anda masih ingat lagi beberapa bulan lalu, atau lebih tepat, antara 13 Mei 2012 hingga 24 Mei tahun yang sama, Najib ada pergi ke beberapa bandar-bandar besar di dunia di atas beberapa sebab termasuk urusan kerajaan dan ada juga melibatkan urusan peribadi Najib Altantuya sekeluarga.
Dan jumlah perbelanjaan sepanjang 11 hari Najib Altantuya berada di luar negara, rupanya telah menelan perbelanjaan kerajaan hampir RM3 juta.
Namun sekiranya anda masih ingat lagi beberapa bulan lalu, atau lebih tepat, antara 13 Mei 2012 hingga 24 Mei tahun yang sama, Najib ada pergi ke beberapa bandar-bandar besar di dunia di atas beberapa sebab termasuk urusan kerajaan dan ada juga melibatkan urusan peribadi Najib Altantuya sekeluarga.
Dan jumlah perbelanjaan sepanjang 11 hari Najib Altantuya berada di luar negara, rupanya telah menelan perbelanjaan kerajaan hampir RM3 juta.
Di bawah ini
adalah jawapan bertulis bagi soalan lisan di Dewan Rakyat antara ahli
Parlimen Seputeh (Teresa Kok) dan juga Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri (Nazri Aziz) berdasarkan hansard parlimen yang disediakan :
Lawatan rasmi Perdana Menteri : Soalan Dan Jawapan di Dewan Rakyat
SOALAN:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan perbelanjaan lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sepanyol. Berapakah hari dalam lawatan ini adalah urusan peribadi dan berapa hari adalah urusan rasmi.
JAWAPAN:
DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI :
Tuan Yang di-Pertua, Pecahan perbelanjaan bagi lawatan YAB Perdana Menteri dan Delegasi ke United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:BIL / TEMPAT / TUJUAN / TARIKH / AMAUN (RM)
- London – Lawatan kerja untuk menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles 13-15 Mei 2012 849,175.33
- New York – Lawatan kerja untuk menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council 15-18 Mei 2012 1,606,402.75
- Washington – Pegawai mengiringi lawatan peribadi YAB Perdana Menteri 19-24 Mei 2012 452,985.75
JUMLAH: 2,908,563.82Lawatan ke United Kingdom bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2012. Manakala bagi lawatan ke Amerika Syarikat bermula pada 15 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012. Untuk makluman, tiada lawatan dilakukan ke Sepanyol. 13 Mei hingga 18 Mei 2012 adalah merupakan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri. Manakala, 19 Mei hingga 24 Mei 2012 adalah merupakan lawatan peribadi YAB Perdana Menteri. Sepanjang tempoh lawatan peribadi, Kerajaan hanya membiayai perbelajaan pegawai Kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri.
Antara beberapa
persoalan yang ingin kami timbulkan di sini di sini berdasarkan jawapan
Datuk Seri Nazri Aziz, adalah seperti berikut :
- Anda dipersilakan merujuk gambarajah di atas bagi destinasi no. 3 (lawatan peribadi), no 4 dan 5 (tiada dalam jadual perjalanan rasmi)
- Destinasi No.3 merupakan No 3 adalah (lawatan peribadi) tetapi kosnya masih lagi ditanggung oleh kerajaan?
- Jikalau disemak semula jawapan rasmi menteri di Parlimen, perbelanjaan bagi kos di destinasi no. 3 adalah sebanyak RM400,000++. Dan ia sepatutnya sampai 24 Mei 2012. Tetapi…ada tetapinya di sini di mana jikalau mengikut jadual penerbangan, ada pula penerbangan ke Milan sehari selepas tarikh sampai ke destinasi No. 3?
- Milan tiada dalam jadual perjalanan rasmi, tetapi kapal terbang berada di Milan selama 4 hari (bertembung dengan tarikh yang sepatutnya kapal terbang tersebut mesti berada di Washington DC pada ketika itu).
- Persoalannya sekarang ini, siapa kalangan yang menggunapakai hak kerajaan untuk pergi Milan? Siapakah? Sedangkan pada ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dikatakan berada di Washington DC.
- Ini kerana pesawat yang digunapakai ketika itu hanya boleh digunakan oleh Yang Dipertuan Agong (YDP) dan Perdana Menteri (PM) sahaja. Siapa pula yang lebih berkuasa daripada kedua-dua pemimpin ini sehingga boleh menggunapakai hak kerajaan ke sana ke mari sesuka hati?
- Washington DC – Milan adalah satu jarak yang cukup jauh merentasi lautan Atlantik, memakan jarak beribu-ribu kilometer. Itu baru jarak, bagaimana kos yang terpaksa ditanggung sepanjang perjalanan ke sana? Siapa yang menanggungnya?
- Milan cukup terkenal dengan jolokan syurga membeli-belah selain daripada New York, London, Paris dan tidak lupa juga Dubai. Ehem…
- Dalam pada masa yang sama untuk destinasi untuk No.3 sebenarnya, bukan urusan kerajaan berdasarkan jawapan menteri. Urusan peribadi. Tetapi kerajaan terpaksa tanggung perbelanjaan sebanyak RM452,985.75? Erm….
Persoalannya
di sini, jikalau penjawat awam bawahan dari Alor Setar menghadiri
kursus di Kuala Lumpur. Seperti biasa, kos pengangkutan dan hotel akan
ditanggung oleh kerajaan. Itu semua adalah prosedur biasa dan tidak
menjadi masalah soal itu. Tetapi…tetapi andaikata di penjawat awam ini
pergi singgah membeli belah di Pavilion atau KLCC dan kemudiannya
bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, adakah penjawat awam ini berhak menuntut semua perbelanjaan seperti ini kepada kerajaan? Boleh kah? Ehem…
Walau bagaimanapun,semakan aeronautical melalui laluan penerbangan Perdana Menteri dalam laman web www.flightradar24.com menunjukkan bahawa pesawat kerajaan (9M-NAA) telah pergi dari Washington ke Milan, Italy pada 20 Mei 2012 – iaitu sehari selepas ketibaan di Washington.
Rombongan dan pesawat kerajaan tersebut telah berada di Milan selama empat hari. Laluan penerbangan tersebut juga menunjukkan bahawa pesawat kerajaan tersebut berhenti di Dubai dan balik ke Kuala Lumpur selepas itu.
Jadual pesawat rasmi kerajaan
- Kuala Lumpur – London : Lawatan yang diklasifikasikan sebagai urusan rasmi kerajaan (Menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles di London)
- New York – London = Lawatan rasmi Perdana Menteri (Menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council)
- Washington DC = Lawatan peribadi Perdana Menteri. Tetapi…kenapa guna duit kerajaan? Habis sehingga RM450,000++??
- Milan = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana selama 4 hari?
- Dubai = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana?
Apa yang kami ingin menegur di sini, pemimpin kena ingat pergi buat lawatan rasmi sana sini dengan mengunapakai kapal terbang rasmi.
Minyak, juruterbang menggunapakai dana kerajaan. Pulangan pelaburan
ya….besar kemungkinan ada. Tetapi perbelanjaan bersifat peribadi
daripada New York – Washington – Milan yang tiada kena mengena dengan
urusan rakyat dan kerajaan, pemimpin tidak boleh sama sekali melibatkan
sama dan mengunapakai dana kerajaan.
P/S : Ataupun
Perdana Menteri ada sebab musabah mengapa pesawat yang digunapakai oleh
Perdana Menteri telah “singgah sebentar di Milan”? Ada sebab dan
alasannya?
JALAN PULANG
JALAN PULANG
4 comments:
brengsek punya piem serta anggota seangkatanya,sesen pun dana rakyat digunapakai tidak akan dihalalkan.HARAMJADAH memang sesuai perkataan yang najib anak razak gunapakai untok diri sendiri dan bukan untok warga felda yang telah ditipu,dirompak serta dizalimi.
Bib Mama, wakil khas PIEM, Jawatannya besar daripada YDPA dan Piem, maka, ia berhak mengubakan pesawat Khas KERAjaan malaysia. Hidup BIB MAMA.
Mohon rakan2 terus2kan berdoa..semoga segala kejahatan,kezaliman,pembohongan,fitnah yg berlaku skrg makan tuan.biar segala pemerintahan yg zalim tumbang..dan semoga Allah melindungi kt hamba2nya yg teraniaya.semoga doa yg kita mohon dimakbulkan Allah..Amin
Beruk2 umngok xde idea nak balas
Dasat beruk x guna!
Post a Comment