Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning, Wong Kah Woh.
Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.
Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.
"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong ketika dihubungi.
Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.
Speaker DUN Perak yang sah yang merupakan ADUN Tronoh, V Sivakumar menyifatkan serangan tersebut bermotifkan politik kerana ia jelas disasarkan ke atas pejabat parti itu dan tidak membabitkan pejabat bersebelahan.
Beliau mahu polis menyiasat kejadian itu dan mengumumkan hasil siasatan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kehilangan nyawa terjadi di premis itu.
1 comment:
..Ini lah sifaf dengki al Syaitan tak boleh menang dengan akai dia pi pula pakai batu..kira itu nampak ganas lah... tapi dia tak tahu itu lah namanya penakut..tidak ada teloh..dengki kepada DAP tapi Ketuia al Syatai ini Penyamun ,duit air mata darah Buroh paksa Jepon pun al Syaitan kebas..manpus lah kau Umno..
Post a Comment