Seorang ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".
Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.
"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.
"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta saham," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.
Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGVH.
"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.
"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.
"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.
JALAN PULANG
2 comments:
hahaha...ko ndak tau jugak itu bah...!
D sabah org kaya makin kaya..org miskin makin miskin...akhlak muda mudi makin terukkkk... boleh bah kalau koo...tq BN!!!
Post a Comment