Monday, October 15, 2012

TARIK BALIK SAMAN ANWAR!!! Adakah Musa Hasan bekas IGP yang dikatakan akan sertai PAS?


Belum pun sempat buka mulut untuk disoal, tau-tau dah mintak tarik balik saman?


Itulah yang terjadi terhadap perbicaraan berhubung insiden kes mata lebam oleh Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.


Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1 pada 1998.
Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Reza Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.
Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.
“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Anwar selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya.
“Jelas apa yang dipertahankan Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.
Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Abdul Gani Patail.
Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor.
“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.
Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.
Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.
Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.
Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Ismail Omar.
Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.

Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.
Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.
Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.
Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.
Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.
“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.
JALAN PULANG

9 comments:

wann said...

Ini lagi satu petanda UMNO BN dah dekat nak mampus...

SERBAN HIJAU said...

Selagi boleh dok pemnbohong rakyat tulislah apa yang hangpa nak tulis.

Suruh Anwar selesaikan cerita anak dia dengan Syamsidar bini Azmin.

Buat ujian DNA ketiga3 mereka depan Mahkamah terbuka pada ketika dan masa yang sama.

Ada berani?

Anonymous said...

haha.guna nama lain pulak dah.siap main cabar2 lagi.PM NAJIB pun dah jenuh di ajak debat.tapi sekali pun tak berani.tak payah depan mahkmah pun tak pa.ada berani?

Anonymous said...

Bila seseorg takut bersumpah dgn nama Allah, kita tahu siapa dipihak yg benar

Anonymous said...

lembu umno tak mahu bersumpah ka

Anonymous said...

kalau mcm tu,tak perlu dh peguam.cukup hakim seorang.panggil pesalah.seruh dia bersumpah sama ada mengaku atau tak.terus boleh jatuh hukuman.mudah dan jimat masa.tara ni ke pemikiran org umno.awat teruk sangat.guna sumpah je.adoii.tak tau dah kata apa

Anonymous said...

“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta." Surah al-Imran Ayat 61

anon 0241, bertaubatlah. sumpah mubahalah telah tertulis di dalam al-Quran. janganlah kerana ingin mempertahankan ketua kamu anuwar ibrahim, kamu mempersendakan ketetapan di dalam al-Quran.

Anonymous said...

kebanyakan pimpinan, ustaz dan ulama pas cuba menyembunyikan bahawa sumpah mubahalah ada dalam Islam. kerana ingin mengejar putrajaya, ketetapan Allah pun hendak digadaikan.

bersama-samalah kita menjatuhkan pas yang keji, jijik dan kotor kerana mereka menolak Islam.

wassalam.

Anonymous said...

Alhamdulillah,terima kasih kerana menegur.saya terima dengan hati yg terbuka dan saya akan belajar.saya juga berharap kamu tidak hanya guna dalil tertentu sahaja,yg lain kamu tolak.Allah Maha Mengetahui.Minta dijauhkan dari sifat orang munafik.terima kasih.