Sunday, October 7, 2012
TERKINI!! Najib terbang lagi ke Sabah, petanda BN dalam bahaya
Buat kali kelima tahun ini, Perdana Menteri, Najib akan sekali lagi melawat Sabah selama dua hari, satu lagi bukti bahawa pergolakan politik dalaman Barisan Nasional (BN) negeri semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan sebentar tadi, Najib dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada 13 Oktober, lawatan selama dua hari Najib sebagai apa yang disifatkan "penderitaan kehilangan kredibiliti dan kehilangan aura seorang pemimpin yang lemah".
Dia akan disambut Ketua Menteri yang semakin hilang sokongan, Musa Aman, Naib Presiden Umno-APCO yang mengintai jawatan Musa, Shafie Apdal dan pemimpin parti komponen BN negeri lain seperti Joseph Pairin Kitingan dan Bernard Dompok.
Sebaik tiba, Najib dijangka terus melawat ke Kampung Inobong di Penampang untuk merasmikan majlis pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri dan merasmikan pembukaan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Sungai Moyog.
Beliau kemudian akan menuju ke Kundasang untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Taman Kinabalu Kundasang di mana Kinabalu International Climbathon kali ke-26 akan diadakan pada hujung minggu dan akan melepaskan seramai 658 peserta dari 28 buah negara jam 7 pagi pada 14 Oktober.
Perdana Menteri kemudian akan terbang ke Kudat menggunakan helikopter dan melakukan sesi 'walkabout' di Kampung Ayer dan hanya akan tertumpu di sekitar bandar tersebut tanpa memasuki kawasan yang lebih terpencil.
Jadual akhir, Najib kemudiannya akan membuat lawatan ke Tuaran, parlimen yang menyaksikan bekas Timbalan Presiden UPKO, Wlifred Bumburing keluar dari BN awal Julai lalu untuk acara bertemu rakyat sebelum kembali ke Kuala Lumpur jam 5 petang pada hari yang sama.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu mesej di Twitternya menyebut bahawa kesemua kawasan parlimen yang bakal dijelajah Najib adalah antara paling bermasalah bagi BN untuk mengekalkan kerusinya dalam pilihanraya umum akan datang.
Pengalamannya selama dua minggu berada di negeri di bawah bayu itu semasa lawatan kerja awal bulan lalu membuktikan bahawa Najib kini terdesak mengembalikan sokongan kaum Kadazandusun dan Murut kerana kemaraan berterusan Parti Reformasi Sabah (STAR) yang diketuai adik Pairin, Jeffrey Kitingan semakin membimbangkan BN negeri.
Manakala isu pendatang tanpa izin yang sudah lama dibiarkan berlarutan dijangka terus menghantui Najib walaupun panel penubuhan Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) sudah memulakan siasatan mereka awal minggu ini.
Untuk rekod, parlimen Penampang yang diwakili Bernard Dompok cuma menang dengan majoriti 3,063 undi mengatasi calon KEADILAN, Dr Edwin Bosi dalam pilihanraya umum lalu berbanding majoriti yang diperolehi Peter Monjutin dari BN sebanyak lebih 12 ribu undi .
Sementara parlimen Putatan pula menyaksikan kemenangan Marcus Mojingoh susut lebih 1,200 undi menewaskan calon KEADILAN, Saukinah Yussof yang memperolehi 6,485 undi.
JALAN PULANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bodoh punya blogger perut buntal!
kalau hadi dengan anwar selalu pergi ke kedah, perak, selangor, johor, kelantan tu maknanya puak pr dalam bahaya laa.
lembu umno marah, sah setan dikenali
Post a Comment