16 Oktober 2012, tercatat suatu deklarasi bersejarah buat seluruh warga
Parti Islam Semalaysia (PAS), Kawasan, Negeri dan Pusat apabila
persetujuan Parlimen Pasir Salak kini milik PAS dicapai daripada JK
Tertinggi Cabang PKR Pasir Salak.
Persetujuan ini berlaku sekaligus
menjadikan tambahan kerusi parlimen yang dipertandingan menerusi PAS
kini bertambah satu lagi.
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat barisan kepimpinan parti PKR
khususnya yang menjadi Hero dalam Redho untuk bertindak sedemikian.
Sesungguhnya persepakatan sebegini menunjukkan bahawa segala-galanya
boleh berlaku dan terjadi asal dengan ada kerjasama dan permuafakatan
erat antara Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya.
"Saya redho menyerahkan kerusi ini kepada sahabat saya PAS" inilah
ungkapan Tn Hj Osman b. Abdul Rahman selaku Ketua Cabang PKR Pasir Salak
sewaktu pertemuan tertutup anggota tertinggi kawasan dan cabang
baru-baru ini.
Rentetan persetujuan tersebut maka, suatu surat rasmi dan
deklarasi telah dibuat dengan ditandatangani oleh semua Jawatankuasa
Cabang PKR Pasir Salak dan JK Pas Kawasan Pasir Salak.
Berita yang ditunggu-tunggukan ini telah menaikkan semangat rakyat
marhain Parlimen Pasir Salak untuk terus menerus berkerja dan berusaha
melaksanakan tanggungjawab memenangkan Pakatan Rakyat menerusi PAS yang
bertanding.
Untuk perhatian bahawa Parlimen Pasir Salak mempunyai 2 Kerusi Dewan
Undangan Negeri iaitu N48 Sungai Manik & N49 Kampong Gajah. Menerusi
catatan surat berkenaan yang ditujukan kepada Pimpinan tertinggi
Pakatan Rakyat Pusat menyatakan dengan jelas sepertimana berikut :-
3.1. PKR bertanding di N48 Sungai Manik pada PRU-13
3.2. PAS bertanding di P073 Parlimen Sungai Manik pada PRU-13
3.3. PAS bertanding di N49 Kampong Gajah pada PRU-13
Persetjuan tanpa bantahan |
Persefahaman dan tolak ansur yang hebat penuh bersejarah ini disambut
dengan laungan Allahu Akbar!!! dan ikrar untuk berkerja keras memastikan
calon bagi kesemua yang bertanding kelak akan memperolehi kemenangan
mutlak demi merealisasikan 'Hijau ke Putrajaya'.
Ikrar ini biarlah
diterjemahkan kepada semangat berkerja berpasukan yang sedia ada dari
semua pihak termasuk ahli-ahli PAS dan PKR sendiri. Tanpa kerjasama
tersebut maka impian kelak akan bertukar igauan. Namun keyakinan dan
semangat malam ini membuktikan bahawa musuh dihadapan perlu diganyang
habis-habisan.
Hero & Redho |
PAS Pasir Salak
12 comments:
Alhamdulillah. Tak sia-sia unit amal pas jaga parking utk pkr. Akhirnya berbaloi jugak.
beruk umno pantang lepa nak komen
Pkr je yg kasi kerusi, dap tak kasi ke? Dulu dap cakap kalau kita gugurkan negara Islam dgn menolak hudud diaorg akan kasi kerusi dkt kita.
PKR Pasir Salak tu tinggal nama jer,..ahli dah tak ada !
daripada malu hilang deposit lebih baik bagi Pas mencuba nasib..
beruk umno komen syiok sendiri
Salam PASPB
Aperpun, kiter ucap timakasih. Lepeh ni PAS kena keroje kuat lagi. Kot idak malu jer.
Kat Sungai manik tu...Hmmm...no comment
Terdapat kekeliruan di sini.
PKR Pasir Salak sign deklarasi itu bagi memudahkan PAS Pasir Salak membuat "RAYUAN" kepada ibupejabat Pas Pusat.
Tak berbangkit PKR serah kerusi Parlimen Pasir Salak kepada PAS.
Status quo ( kedudukan kerusi adalah sama seperti PRU tahun 2008)
SETAKAT HARI INI , kerusi DUN Sg. Manik dan PARLIMEN Pasir Salak "MASIH KEKAL" ditandingi oleh PKR
Ini bagi mengelakkan salah tafsiran deklarasi tersebut
-ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak
Kesian pas. Pertahankan abg nuar sokong yahudi pun tak dpt kerusi tambahan.
kami sekeluarga sepakat akan memboikot tak mengundi jika tiada calon PAS DUN sg manik atau parlimen... ingat!! petugas PAS bukan lembu2 untuk sekadar buat kerja dan PKR yg tiada jentera akar umbi berlagak jadi boss nak bertanding!!!
siapa razak ismail sibuk nak jadi calon tu...?? jgn biar sejarah berulang.. bila menang keluar parti... blah laaaa lu..
kalau tak pueh hati... razak ni boleh tanding tiket BEBAS... 3 penjuru, berapa undi dia dapat... kah kah kah..
wahai razak...ada kami kesah?kenapa bercakap macam ular berjalan,berbelit2,,,cuba turun kawasan dan tanya pada orang ramai adakah mereka sudi menerima PKR bertanding di Sg Manik?ukur baju bdan sendiri laaa
Post a Comment