Sunday, October 14, 2012

UMNO MAKIN RESAH!!! Datuk Dr Richard Sakian Gunting dan 4 pemimpin BN di Sabah isytihar keluar BN



Y. Bhg Datuk Richard Sakian GuntingLAHAD DATU 14 Okt: Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytihar keluar BN yang menyata sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS.
Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.
Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37846

19 comments:

rak-b said...

datuk gunting ?? siapa tu ??

alaaaah...kalau setakat bekas-bekas pemimpim cawangan yang dah putus haid nak masuk pakatan tu,..ambil jer laa, percuma pun..

BN ada puluhan ribu golongan muda dan muka baru yang mampu mengambilalih.

r-kab said...

Orang meniaga macam Richard anak Gunting tu masuk parti pasal nak projek..kontrak ! bila tak dapat kehendak hati mula la cabut lari.

dia bukan pemimpin yang ambil berat hal rakyat...pakatan boleh pungutlah sampah macam tu !!

Anonymous said...

sekejap rakab, sekejap poknik, sekejap hadey awang. tak payah menyamar la beruk umno. sekor je yang dok mai komen, yg lain lama dah tak tahan daulat.

tinggal sekor terkial2 buat komen bodo.

nak buat macam mana dapat upah buat komen di blog ini. kalau tak boleh upah beruk umno sekor ni pun blah jugak

Anonymous said...

wah... marah betul anon 0226. jangan marah2 nanti kene jual.

Anonymous said...

ada berita terbaru, yang paspb nak sembunyikan: tok guru menghina ust nasa dengan menggelarnya sebagai 'lidah panjang' kerana mempertahankan Islam dan mengkritik dap.

so paspb, ada apa-apa komen?

Anonymous said...

terimalah hakikat paspb, orang melayu Islam kini menyokong umno, kerana umno memperjuangkan Islam dan membela nasib mereka.

pas pulak hanya memperjuangkan dap, sehingga diakui oleh tok guru bahawa dap dapat memberi jaminan pas untuk merampas putrajaya. sekarang tok guru lebih mempercayai dap daripada bantuan daripada Allah.

bertaubatlah paspb.

Anonymous said...

'anwar ibrahim harus bertaubat' - karpal singh

Anonymous said...

Tuan Guru Nik aziz cakap kerjasama dengan DAP sama macam dengan kerjasama nabi dengan orang yahudi dulu.....tapi aku ada beberapa soalan untuk TGNA.

Masa nabi buat perjanjian dengan yahudi dulu umat islam bersatu atau berpecah...??? Nabi satukan orang islam dulu atau buat perjanjian dengan yahudi dulu..???

Anonymous said...

Kah kah bahlul betul...Kalau org bukan Islam tak rasuah...telus dan tak tipu di banding dengan org kafir hak amal nilai Islam...buat apa aku nak tolong org Islam tu...nama je Islam tapi menjahanamkan Islam...

Perpaduan Melayu konon atau Islam konon...tapi perangai macam lanun. Duit 40juta halal diseludup...dah namanya seludup tentulah salah. Kalau pembangkang buat habis hiruk pikuk. Kah kah kah...perangai UMNgOk

WSWZ

Anonymous said...

Alahai pencacai umno yg takbleh berfikir dan senak otak.cuba bagpa pikiq la mca kapiaq harbi yg jd dokongan umno tu hagpa tak suruh umno keluaq bn.chua cholek tutuh betina penentang islam terang-terangan hangpa tak kisah plak.bewak sunguh puak umno nih.

Anonymous said...

dia masuk pas ke?
http://www.melayu.com/sembang2/smiley/sm02.gif

Anonymous said...

keluar sekejap je tu, nanti masuk balik

[img]http://www.melayu.com/sembang2/smiley/sm02.gif[/img]

Anonymous said...

buat rak b- kalau dulu party yng melawan BN kalah, kurang majority sedikit lagi, bila bekas2 ni masuk PR menambah lagi bilangan ahli dan penyokong PR dan disebelah BN pulak menyusut, saya nak tanya siapa sebenarnya yng cemas? kahx3. depa ni bekas sebab tau kepincangan BN.

Anonymous said...

ni,nak bgtau sikit,dlm al-quran tak ada sebut org islam.yg ada hanya ORANG MUKMIN YG BERIMAN (adakah orang UMNO termasuk dlm golongan tersebut)

Anonymous said...

Adakah org pas termasuk dlm golongan tersebut (mukmin) slps membenarkan kafir harbi dap menggunakan kalimah Allah untuk tuhan bapa trinity?

Anonymous said...

jangan suka fitnah, ingat dosa bukan hanya suka komen. Kena ingat ada tiga golongan manusia Islam, kafir dan munafik. yang Islam jangan jadi munafik. nama Islam tapi perangai setan

rakab said...

Buat anon 8.56,

Kau hanya ambil kira segelintir orang yang melompat menyokong PR,... tapi kau jangan lupa hakikat bahawa PR banyak mendapat undi protes daripada penyokong Umno/BN sendiri dan undi atas pagar pada PRU12 yang tidak berpuashati dan marah dengan cara pengurusan ekonomi Abdullah Badawi ketika krisis minyak 2008 dulu.

Keadaan sekarang dah jauh berbeza. Transformasi Najib dah banyak mengubah persepsi rakyat kepada BN.

Buktinya, lapan pilihanraya kecil yang terakhir di menangi oleh BN dengan majoriti yang lebih besar.

Anonymous said...

oii2...jaga la mulut itu jangan ikut sedap mulut kmu saja(r-kab) yang ko heboh2 pasal org nepa pandai ckp psal org lain sja ko pn pg la brtanding....jgn ckp ttg ssorg yg ko tak kenal sepa dia,pndi2 ckp tp nma org pn tak tau...

Anonymous said...

Rak-b, Datuk Richard Gunting itu seorang tokoh yang dihormati oleh banyak orang di Sabah, terutamanya orang orang yang mengenalinya. Beliau telah banyak menolong orang orang lain terutamanya penduduk di pendalaman.

Memang salah kau mengutuk beliau apabila beliau masuk pakatan kerana kau tu bukan tau perkara yang sebenarnya berlaku di dalam BN.

Sperti contoh, kalau lah seorang guru dari sekolah swasta berpindah untuk berkerja di sekolah swasta yang lain kerana dia mendapati yang Sekolah Swasta pertama tu hanya mementingkan Duit dan bukan pelajarnya, adakah itu wajar untuk kau katakan yang guru itu putus haid?

BN memang ada puluhan ribu golongan muda dan muka baru, tetapi adakah mereka betul betul mampu mengambil alih dengan raykat menjadi matlamat utamanya?

Saya memang mengenali dengan baik orang orang dari kedua dua pihak pembangkang dan kerajaan, dan memang terdapat banyak agenda agenda yang tidak diketahui rakyat.

Cubalah membuat research dengan minda terbuka. Malaysia ni lebih maju dari banyak negara yang lain 30 tahun yang lalu, namun ketingalan sekarang walaupun banyak sumber sumber asli di negara kita yang tak ada di negara lain.

Harap ini dapat membuka mata dan minda awak Rak-B... janganlah menjadi katak dibawah tempurung yang hanya pandai berlagak pandai, atau orang yang senang dibeli oleh parti untuk memburukkan parti parti yang lain. Nilai harga diri kita hanya kita yang tahu.