Sah.
Hanya menunggu masa dan ketika yang sudah ditetapkan.
Dua
peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan
kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk memberi taklimat
kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.
Memaklumkan
perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua
peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut
jemputan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.
Bagaimanapun,
Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan
kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada
Julai 2011 tidak berulang.
“Hari
ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri
Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan
bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara
ini tidak dihalang.
“Ini
kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk
atau disingkir oleh pihak berkuasa,” jelasnya pada sidang media di
Parlimen hari ini.
Sebelum
ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan tiada
bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.
Bourdon
dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai
prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian
kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.
7 comments:
Yes... Akhirnya pakatan meminta campur tangan asing dlm pentadbiran malaysia. Duit belanja mintak open society yahudi, stratergi politik rujuk illuminati zionis. Kalau dpt perintah malaysia, teruk rakyat kene tindas mcm dkt palestin.
Ape benda berok kat atas ni tulis....
beruk tu dah merapu tak ada idea
anon 22:34,zionos, yahudi mai mana pulak daaah..... hang kena p sekali dengar kot nak tanya biar jelas. jgn pakai Utusan m'sia buat hukum selalu. buka la sikit minda tuuuu. Ingaaat tak semua org boleh dilembukan.
hahahaa gile nye setan umngok dan be end..klu campur tgn itu membawa kebaikan apa slhnya..bknnye campurtgn zionis yg mcm korg buat menindas rkyt..ko p tnye datok segala setan parti ko.mahadir.siapa penasihat dr luar utk dia selama ini dan smpi skrg....jgn duk jd bebal sgt lar..wlupun korg nie mmg dah dipastikan dna nya berasal dari campuran setan yg berotakkan lembu
Org BN cuak bila org ada bukti..hihi
Beruk2 sudah2 la tu...bila masa plak pakatan mntk org luar campur tangan pentadbiran malaysia ni...?ni kalo kena saman ni sah2 kalah....hahahhha
Post a Comment