Ketua Wanita Umno Melaka , Rabiyah Ali yang seolah-olah mengakui
dirinya itu matang berkata, kenyataan Nurul Izzah mengenai ayat 256
al-Baqarah , boleh mengelirukan umat Islam.
Dengan bangganya pula, dia menyatakan : “Perlembagaan Persekutuan
juga telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam.” di sini
Siapa sebenarnya yang mengelirukan umat Islam dan bangsa lain di Malaysia kalau bukan Umno?
Umno bersungguh-sungguh cuba mengexploitasikan kenyataan Nurul
Izzah itu sambil mendabik dada bahawa hanyalah mereka pencinta dan
penegak agama Islam dan beraqidah betul.
Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu
Yang menjadi penyebab utama kenapa bangsa lain seperti Cina atau
India enggan masuk Islam adalah kerana mereka sayang dan bangga dengan
keturunan bangsa mereka dan tidak mahu jadi ‘Melayu’.
Umno menjadikan masyarakat keliru bila mengatakan bahawa seorang
Melayu merupakan seorang Islam. Kekeliruan yang Umno semaikan selama ini
menjadi lebih haprak lagi bila Umno merasakan bahawa hanya Umno sahaja
yang Melayu.
Apakah seseorang itu terlucut keturunan bangsa Melayunya hanya kerana dia bukan beragama Islam? Keluar agama Islam dianggap telah keluar dari bangsa Melayu.Begitulah pentafsiran perundangan dan perlembagaan negara Malaysia. Mengapa tidak ada hukum Murtad?
‘Melayu Islam, Islam Melayu’ ini juga menyebabkan orang Melayu
merasakan diri mereka lebih ‘superior’ daripada bangsa lain yang baru
memeluk Islam. Orang Melayu menganggap seolah-olah Islam ini adalah hak
exclusive bangsa Melayu sahaja.
Maka sebab itu, tidak hairanlah kenapa bangsa lain yang baru
memeluk Islam akan dicop sebagai ‘Muallaf’ selama hayatnya walaupun
muallaf ini sudah menjadi lebih celik agama daripada Islam baka tadi.
Ada juga yang kononnya untuk lebih menghormati kalangan ‘Muallaf’
ini lalu golongan ini dipanggil sebagai ‘Saudara Baru’. Ini hanya
berlaku di Malaysia.
Pernahkah Rasulullah layan sahabat-sahabat yang baru masuk Islam macam itu? Tetapi inilah budaya yang Umno serapkan kepada orang Melayu!
Pernahkah Rasulullah layan sahabat-sahabat yang baru masuk Islam macam itu? Tetapi inilah budaya yang Umno serapkan kepada orang Melayu!
Adakah Melayu dilahirkan semuanya Islam?
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pengertian Melayu adalah meluas
kerana ia merupakan penduduk pribumi Nusantara yang meliputi seluruh
kepulauan Melayu – Indonesia , Filipina, Tanah Besar (Thailand, Burma,
Indocina termasuk Kamboja) dan Semenanjung Tanah Melayu.
Apakah semua Melayu ini dilahirkan ke dunia ini beragama Islam?
Bangsa Melayu telah melalui beberapa peringkat perkembangan mengikut
zaman-zaman yang turut mempengaruhi kepercayaan dan budaya mereka.
Pada awal mulanya, mereka dengan amalan animismanya mula di
pengaruh Hindu-Budha dan kemudian diikuti dengan kedatangan Islam dan
seterusnya pengaruh penjajahan Barat yang beragama Nasrani.
Melayu di Bali hingga kini kekal dengan anutan agama Hindu. Ramai
orang Melayu Malaysia yang keliru bila berkunjung ke Indonesia kerana
percaya bahawa ‘Melayu merupakan seorang Islam’.
Saya sendiri pernah mengalaminya bila tersalah masuk ke sebuah
kedai makan.Setelah saya duduk dan meneliti menu untuk buat pesanan,
saya terkedu lalu bertanya : Kenapa ada kodok di sini Pak?
“Itu untuk yang bukan Islam, Pak” jawab tuan kedai itu yang
berkulit matang sawa persis orang Melayu, pakai songkok persis orang
Umno! Ha! ha! ha! aku sudah terkena…bisik saya dalam hati.
Rupa-rupanya saya sudah silap masuk ke kedai makan bukan Islam.
Rasanya ramai orang Melayu Malaysia macam saya yang pernah mengalaminya
kerana percaya Melayu itu Islam, Islam itu Melayu! Bagaimana nanti
dengan khabar mengenai kemasukan Melayu dari sana kemari? Bukan 2 atau 3
orang cuma, tetapi beribu jumlahnya.
Apakah kita mampu membezakan antara orang Madura yang Islam dan
bukan Islam? Antara yang Batak Muslim dan non Muslim? Malah janganlah
lupa bahawa kita juga ada baka yang mengamalkan kepercayaan animisma
iaitu saudara kita,Orang Asal …
Umno bukan parti orang Melayu pun!
Semasa saya menjadi guru sekolah, ramai murid-murid Orang Asal yang menggunakan nama Melayu tetapi bukan Islam.
Tidak dinafikan Umno adalah dalang dalam usaha untuk mengasilimisasikan Orang Asal supara diserap dijadikan Melayu Umno.
Samalah sebagaimana pengasilimisian manusia yang asal berketurunan
Malayalee menjadi Melayu setelah nama asalnya Mahathir s/o Iskandar
Kutty di tukar jadi Mahathir Mohamad. Kalau nama ada s/o mana bisa
diterima untuk jadi ahli Umno kan?
Semasa belajar di university Singapura dulu, Mahathir didaftarkan
sebagai orang India. Bapanya, Iskandar Kutty adalah berasal dari Kerala,
Selatan India. Lihat sumber di sini
Umno tidak perlu bermati-matian mendabik dada bahawa hanyalah
mereka pencinta dan penegak agama Islam.Jangan juga merasakan bahawa
Melayu itu sinonim hanya kepada Umno sahaja.
Umno bukan parti orang Melayu pun! Apakah Melayu Umno tidak sedar
bahawa Perdana Menteri Malaysia yg pertama dulu itu , Tengku Abdul
Rahman adalah keturunan Siam?
Bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad pula adalah
keturunan Malayalee. Korang tentu masih ingat lagi Jeane isteri mantan
PM Malaysia, Abdullah tu orang bangsa Serani tetapi boleh diterima
menjadi ahli Umno walaupun bukan keturunan Melayu.
Ramai yang bukan Islam yang menganggotai parti Umno. Sebagai
contohnya, Charern Intachat Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru
Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha.
Bukan dia sorang…. Charem Intrachat ini adalah Pengerusi Persatuan
Siam Malaysia. Persatuan ini bernaung di bawah UMNO. Cuba bayangkan,
persatuan ini mewakili Masyarakat Siam di Malaysia yang dianggarkan
berjumlah 60,000 dan memberi pengakuan menyokong Umno/BN
Adakah korang ingat hanya Charem Intrachat seorang penganut Budha tu sorang saja yang jadi ahli Umno? Sila baca di sini
Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu Dan juga bukan
sebuah Parti Islam. Sepatutnya malu jika mengaku sebagai parti Islam
yang terbesar di dunia.
Tetapi yang paling pelik sekali ialah bila Umno menganggap bahawa
semua Melayu itu adalah Umno? Kalau tidak menganggotai Umno , maka
bukanlah Melayu!
Mereka sanggup menafikan pendokong PAS itu bukan Melayu. Bahawa
orang Kelantan tu bukan Melayu hanya kerana mereka menyokong PAS maka
Umno perlu sisihkan dan tindas mereka? Apakah hanya Umno punya jati diri
Melayu?
Umno beranggapan bahawa orang PAS semuanya adalah kuda tunggangan
orang lain.Malah mereka beranggapan diri mereka lebih mulia dari orang
Arab walaupun tak ngerti baca al-Quran.
P/S: sampai kiamat melayu FELDA dan melayu kampung akan terus tertipu!Al Husseyn
18 comments:
Mari kita sama2 menunggu pengisian muktamar pas pada kali ini. Adakah mereka berani membincangkan isu sister nurul, aaupun mereka lbh takut pada kemungkaran anwarinas dan takut tak dpt kerusi?
Org ramai jugak menanti adakah ust hadi awang akan sekali lagi menegaskan pg ahli bahawa hudud dan Islam bkn perjuangan pas, tapi putrajaya yg lbh utama?
Bersama2 kita nantikan
sebelum ko nk tgk pas sibuk nk ckp psl anwarinus, kau g soh ahli2 umno mengucap blk! bnyk yg syahadah batal, jz bcoz ckp hudud xda dlm islam, tutup aurat x wajib, jd tokeh arak n tokeh judi etc! celikkan mata ko tu dl! betapa bnyknya umno bergelumang dgn maksiat n perkara2 yg membatlkan syahadah islam!
nampak benar yang pencacai umNO ni bukan mencari kebenaran tetapi mencari alasan untuk menghalalkan perbuatan kejahilan mereka. maka jadi lah mereka Dulu Kini dan selamanya jahil dan sesat.
salam bro..apalah komen dia nieh...penyokong umno lah tue,umno dan bn dah lebih 50thn merompak khazanah negara apa salah bagi pada PR pulak,jgn jadi tamak bangat. ?????????aduussss sedih ngan org umno????masih nk pertahan pemimpin mereka yg korup takut masuk lokappp..
Pada Muktamar kali ni jugak org ramai tertunggu-tunggu fahaman mana yg lbh dominan, fahaman sunnah atau syiah? Mat sabun hensem confirm akan cuba menyebarkan pengaruh syiah nyer pd muktamar kali ni.
Utk membenarkan kenyataan sista nurul mengizinkan melayu murtad, pas terpaksa mereka hujah yg tidak benar dan fitnah. Aku harap pada muktamar kali ni, ada resolusi yg mencadangkan perkataan Islam digugurkan. Please... Ahli pas muka dah malu sgt dah mcm muka tembok. Nak berhadapan dgn org ramai pun ahli pas dah segan sbb pas kini menyokong seks bebas, murtad dan arak.
bukan geg2 umno cakap nk boikot blog paspb ka..ai hri2 ada ja geng2 lembu umno msok ke blog ni
Melayu dlm UMNO dah ramai yg murtad, takyah la nak bela.....
Hanya UMNO yg anggap smua melayu itu Islam.....tapi sebenarnya setiap ahli UMNO dah terpesong akidah & boleh tukar agama termasuk USTAZ FATHOL BARI, MAHADET, NAJIB, ROSMAH & ko yg sokong UMNO kat sini..
beruk umno dulu kata nak boikot kemudian datang balik. munafik la tu
Salam Maal Hijrah,
Saya harap pengunjung paspb sama-sama mempelbanyakkan zikir memuji ALLAH semoga titik hitam (mungkin tompoh hitam atau lebih besar lagi dari tu) yang ada dalam hati kita dapat dibersihkan pada hari pertama dalam tahun 1434H ini..
DDBT
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.
Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.
"Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan,"
-bertaubatlah paspb dan semua pengikut pas sekelian. mufti sendiri yang tiada kepentingan politik dan berkefahaman luas dalam Islam mengatakan kenyataan nurul izzah tu salah. berhentilah kamu semua daripada terus memperjuangkan kebatilan.
belah utara semenanjung pun ada siam buddha jadi ketua cawangan. umno memang kaki kelentong dari dulu, kini & selamanya. marilah sama2 kita bungkus umno & baling kedlm laut.
alhamdulillah,aku terima nsihat mufti.aku pn tunggu nsihat dri JAIS pulak sbb depa dh jumpa nurul izzah.mufti perak aku tak pasti dh jumpa ke blum nurul izzah.dulu kn umno bangga ada tokong gambar najib.jumpa mufti,selesai.puak umno time tu buta dan bisu.apa pun tak komen.maklumlah,bos besaq umno.kuli umno mana brani tgur kn
Anon 18:48...
Baguih hang suruh Mufti Perak tu bertobat atau masuk UMNgOk Be-eNd je terutama selepas menfatwakan Si MB Haram Perak tak berdosa tak murtad bile menghalalkan isu "ancak" dulu.
Mufti HarusSanaSini menghalalkan aje ape dosa2 UMNgOk Be-eNd demi periuk nasi anak-bini. Mufti Donia....!
Hmm… harussani tu apa nak heran… lebih pentingkan gelaran drpd tegakkan keadilan… kat dunia ni bole la ko ingat org respek ko sbb ko "mufti", kat akhirat sok tau la ko nak jawab cane…
Time chua sex lek hina hukum Allah sikit pun ko x berbunyi… jelas sejelasnya chua sex lek hina Islam byk kali plak tu!!
Utusex spin apa yg Nurul Izzah ckp jer terus ko kondem. Bkn nak mintak penjelasan dulu ke, dapatkan sumber kedua ke…
Ah sudahla ulamak pengampu…!
anon 0727, tapi problemnyer malaysia kini pun lapor bende yang sama. so, portal pakatan pun spin jugak ke? he.. he.. anon 0727 kantoi menipu..
anon 0727, terima je lah nasihat daripada mufti. mufti tu kasi nasihat untuk kebaikan. cakap jangan ikut perasaan, dan banyakkanlah mengucap dan beristighfar.
org perak pun xsuke dgn harunsani tu..p tnye lar anak beranak kaum keluarga dia sndri...betul dia ada ilmu agama yg tinggi..betul dia sorng ulama dan mufti..tp kan sirah ada mnyatakan bahawa..ada ulamak yg baik dan ada ulamak yg mementingkan dunia shj..harussani pun ada terlibat dlm cubaan menarik ahli PR utk lompat masuk UMNGOK...hangpa leh p tnya dia sndiri..chedet hina Islam senyap.najeb hina Islam senyap..chia sex lek hina Islam senyap..sister of islam hina Islam senyap..kata2 nurul izzah yg di spin kan oleh paper yg slalu kalah dlm court tu dia percaya.g lar jumpe face to face dgn n.izzah..kompom harunsani xberani..ingt kita leh tipu sesama kita..tp kita xboleh tipu Allah..
Post a Comment