Ketika penahanan Dr. Badrul Amin
menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Ikhwan Global di
Rawang ini telah diarahkan oleh JAIS. Namun ada kisah menarik
sebaliknya, rupanya pengerusi Perkasa Negeri Sembilan di tahan bersama
Dr. Badrul Amin.
Utusan telah menggelapkan berita penahanan tersebut, apa motif di sebaliknya? Berikut luahan hati dari pengerusi Perkasa N. Sembilan di dalam blognya..
Salam ceria. Entah untuk ke berapa kali anjang sampai ke rumah agam GISB di Danga Bay ni. Sebelum Abuya pergi, kalau ke JB, di sinilah selalunya Abuya tinggal. Indahnya kenangan bersama Abuya. Ummu Miqdam pun pernah duduk sini, begayala. Bunglow! Saudara mara yang sangat pandang dunia memuji-muji rumah Ummu Miqdam, besar giler.
Baca berita berkaitan di sini.Lokasinya: di seberang jalan je, Danga Bay. Kalau ada ‘Sure Heboh’… Sure bising gilerrr sebab stagenya dah le dekat, menghadap bunglow tu pulak. Cuma pengalaman anjang, tak pernah la tunggu lama tak buka pintu macam awal pagi tadi. Mungkin penghuninya sangat keletihan. Kesian Fida’ tawaf rumah, nak kejutkan warganya.
Sejuk hati bila doa jihad di baca: ‘Mohonlah di pecah belahkan musuh-musuh itu, bubarkan perhimpunan mereka, kecilkan bilangan mereka, goncangkan dan runtuhkan kedudukan dan kuasa mereka…’ Dengan pelat lidah Palestin.
Ya bilal pagi ni di rumah agam Danga Bay, menantu ibu Sukainah: Husam Khamis. Keciknya dunia, selalu jumpa di Jerash, penuh bergaya mengarah-arah pekerja-pekerja Mat’am Lubnan, pagi ni melayan kami sahur di meja makan.
Berkat doa Husam agaknya, Syh Nasir sampaikan berita yang dia baru baca: Perletakkan jawatan YDP Perkasa Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad.
Perkasa agak terkenal dengan agenda mereka mempertahankan hak bangsa Melayu dan Pribumi, Agama Islam, Raja-raja Melayu serta mempertahankan maruah
Negara. Menjadi lebih terkenal bila YB Dato’ Ibrahim Ali sebagai Presidennya mengajak menangani bekas Arqam seperti tangani komunis. Sayangnya permohonan maaf Dato’ Ibrahim Ali daripada pihak GISB di Mat’am Nur Muhammad Segambut tidak mendapat liputan media.
Post kali ni faktanya bukan muktamad, ia cuma perbandingan segera. Tapi bila yang suarakan adalah Ahli Dewan Tertinggi PERKASA Malaysia, kira hampir menjadi kenyataan rasmi. Cuma mungkin atas dasar menjaga hati pihak-pihak tertentu, ia tak dijadikan kenyataan umum. Beliau adalah YDP Perkasa Negeri Sembilan, Datuk Haji Mohd Noor Nordin bin Abdullah, VIP hari ke 3, roadshow GISB di Seremban 2. Setelah melawat booth-booth pameran dan gerai jualan di Roadshow Saham Akhirat, komennya :
‘Orang-orang Abuya berkualiti kerana mempunyai jiwa juang, semangat kesukarelawan dan pengorbanan yang tinggi.’
‘Sedangkan orang-orang UMNO tak akan bergerak kecuali disediakan duit. Dari sekecil-kecil perkara, semuanya kena disediakan duit.’
‘Ini menjadi tekanan kepada para pemimpin kerana mereka juga tidak ada sumber. Setakat gaji Adun RM6K tidak mampu menanggung petugas-petugas yang sentiasa menuntut bayaran, maka ramai yang korup, terlibat dengan rasuah demi menggerakkan program.’ Datuk kata: ‘UMNO pasti akan jatuh kerana kemungkaran tak akan bertahan lama.’
Nampaknya, Datuk sebagai salah seorang pemimpin UMNO pun dah tak yakin dengan kemampuan UMNO untuk bertahan. Sebenarnya Datuk bukan keseorangan, kerana bukan sedikit dari kalangan orang-orang politik samada pembangkang mahupun kerajaan yang dah tak yakin bukan saja dengan parti malah dengan sistem demokrasi itu sendiri.
Cuba cari satu negara demokrasi contoh di dunia ini, kita nak tengok bagaimana pemimpin dan rakyatnya. Hakikat pahit yang perlu kita telan hari ini ialah, tiada satu pun negara demokrasi atau bukan demokrasi yang boleh dijadikan contoh di seluruh dunia. Semua lapisan masyarakat meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelbagai cara; tulisan, internet, mogok, bakar diri, jenayah, protes jalanan malah pemberontakan ketenteraan seperti di Syria dan selatan Thailand.
Dalam analisa politiknya ketika bersembang-sembang,
Datuk juga sebut:
i-Pendapat Tun Daim kalau buat PRU sekarang BN hanya akan dapat 98 Kerusi Parlimen dari 222 kerusi.
ii-Ku Li pula kata, paling banyak BN dapat 106
iii-Bekas Panglima ATM berpendapat, BN hanya akan menang 117. Jadi purata dari 3 pendapat ini, BN hanya akan memperolehi 107 kerusi sahaja. Minumum untuk menang BN kena dapatkan 112 kerusi. Ertinya jika adakan PRU, BN tak akan menang. Putrajaya akan dirampas oleh PR.
Ertinya dah ada ketakutan di hati semua pihak, kerajaan tak akan dapat bertahan jika diadakan PRU. Kebimbangan yang sangat berasas bila melihat kepada rapuhnya kekuatan dalaman parti tunggak BN…UMNO.
Cuma yang menjadi kemuskilan anjang adalah bila Datuk sebut: “Tinggalkanlah agenda untuk jadi PM tu.”
Setakat itu je la pandangan Perkasa. Rasa nak beritau je pada Datuk tu, Datuk sendiri kata, UMNO akan jatuh tapi Datuk tak mahu GISB naik, kalau begitu siapa yang akan naik? Dalam masa yang sama Datuk sokong GISB berniaga.
Sedangkan GISB langsung tidak ada agenda nak jadi PM, Abuya pun begitu. Yang Abuya dan GISB yakin dan perjuangkan sungguh-sungguh adalah Malaysia dalam jadual Allah. Malaysia akan jadi Daulah. Abuya sebagai PBT dan akan memerintah Malaysia.
Pada GISB ia bukan agenda peribadi Abuya, ia adalah jadual Allah yang pasti berlaku. Ia adalah agenda Tuhan. Datuk sendiri akui, GISB sangat kuat sekarang. Walaupun roadshow GISB hanya beberapa hari di setiap lokasi, cubalah Perkasa, UMNO, PAS. ABIM, JIM atau mana-mana kumpulan Melayu Islam buat! Siapa yang berhak mewakili kepimpinan bangsa Melayu Islam di Malaysia sekarang kalau bukan GISB?
Sekadar pandangan. Ampun maaf, jam 10 insyaAllah ke Singapore, nak tengok roadshow GISB di Geylang. ~ anjangmuors
1 comment:
4.Keep sugar to a minimum. Sugar in light moderation is not your worst enemy, but it can definitely wreak havoc on a weight loss strategy when you eat too much. Sugar promotes insulin release, which causes you to store glucose. And where does the body so generously store glucose? You guessed it-your ass. When you can, use natural no calorie sweeteners like stevia instead of processed and chemical sweeteners like Splenda and aspartame. Raw sugar and honey are also better alternatives than chemical sweeteners. In short, when it comes to sugars think minimal and natural. Phentermine in conjunction with proper diet plans and daily exercises guarantees a 5-15% of total weight reduction in a very shorter duration of time. Phentermine is available on very cheap prices understanding the needs and budget of a common man. Remember that whenever you start a diet, exercise, or weight loss program you should always consult a physician. phen375 37.5mg and adipex-p New Hampshire phen375 30mg side effects weight loss on phen375 before and after
Post a Comment