Monday, November 19, 2012

KEHENDAK AWANG SELAMAT!!! Ketua Pengarah Kesihatan yang ditangkap khalwat diberi peluang kedua?


Dijangka satu mesyuarat Lembaga Tatatertib Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) peringkat tertinggi akan bermesyuarat hari ini, untuk menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan (SKIM U – Perubatan- jawatan tertinggi dalam Skim Perubatan).

Lembaga Tatatertib tersebut difahamkan terdiri dari :-

        Ketua Setiausaha Negara (KSN) (PTD) - Ali Hamsa
        Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (PTD) – Mahmood Adam
        Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia KKM  (PTD)

Mereka-mereka ini akan akan menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Hasan Abdul Rahman (gambar kiri) (56 tahun) dan juga pasangannya iaitu jururawat gred U41, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan (gambar kanan)  (35 tahun) dalam satu mesyuarat tatatertib di Sabah pada hari ini mengikut prosiding jenayah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Enam tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap mereka termasuk :

      1) diberikan amaran
      2) diturun pangkat
      3) ditahan kenaikan gaji
      4) hilang enrolmen
      5) ditahan kerja
      6) dipecat

Buat masa ini, Hasan Abdul Rahman diarahkan bercuti dan Timbalan Pengarah Kesihatan, Lokman mengambil alih tugas dan memangku tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan untuk sementara waktu.


Utusan Malaysia baru-baru ini di dalam akhbar Mingguan Malaysia menerusi nukilan pojok Awang Selamat mengharapkan orang ramai dan termasuklah juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan peluang kedua kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini, Hasan Abdul Rahman kerana Awang Selamat merasakan :

       Pertama -  Hasan Abdul Rahman seorang yang bertangungjawab dan telah mengaku terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
  
        Kedua - Dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini, Hasan Abdul Rahman ini tanpa memberikan sebarang alasan, Awang Selamat merasakan Ketua Pengarah ini mempunyai sikap yang mulia.
   
        Ketiga - Oleh sebab itulah Awang Selamat menerusi nukilannya merasakan anda, anda semua di sini patut memberikan peluang kepada Hasan Abdul Rahman.
   
 Dan paling menarik kenyataan dari Awang Selamat, yang merasakan masih ada lagi pemimpin yang lebih teruk perangainya tetapi tidak mahu mengaku kesalahannya. 


Siapakah pemimpin yang dimaksudkan Awang Selamat?  


Kalau dia maksudkan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pasti nama itu disebutnya.


Adakah dia maksudkan di kalangan pemimpin tertinggi Umno dan BN?

Jika ya mengapa tidak berani tulis di ruangannya sendiri?


Apakah hanya tunggu masa untuk bertindak dan menanti isyarat 'lepaskan' dari ibu pejabat Umno baru terbongkar siapa sebenarnya yang dimaksudkan?


Sekali terlanjur, sampai bila-bila orang akan pandang serong kerana kakitangannya sendiri sudah tidak mampu nak sorokkan muka setiap kali melawat hospital kerajaan di seluruh negara!JALAN PULANG

6 comments:

Anonymous said...

Tidak salah beri peluang kedua. Contoh yg plg famous ialah mat sabun. Selepas ditangkap khalwat dgn normah di hotel perdana, beliau diberi peluang kedua hingga kini menjadi timb presiden yg berjaya menyebarkan syiar syiah di dlm parti. So, apa masalahnyer?

Anonymous said...

Nurse tu bleh tahan juga cun bg kategori milf.. maen pun sodap ni..nyammm

Anonymous said...

Takat peluang kedua apa hal..anwar di'tangkap' 18 kali pun puak pas dok bagi peluang ke 19 ok je..siap tolong promote nak jadi bakal pm pas lagi..
kalau karpal masuk campur kes ni jadi lagi haru..'itu kes suka sama suka..20 kali peluang pun ok..itu pasal kita bukak banyak2 rumah urut di selangor..'


Anonymous said...

mat sabu,
anwar,
ust. badrol,
u name it..
and this guy,
he's not even a party member of umno..

Anonymous said...

suka-suka hati dia nak potong gaji orang,suka-suka hati dia jugak pindahkan orang bila tak kenal siapa dia.takut sangat orang tak kenal......dan sekarang sangat terkenalnya dia dgn apa yang Allah balas.Jgn lupa Allah tak pernah TIDUR.Insafilah dengan apa yang berlaku.Allah benci pd orang yang suka menzalimi orang lain.berpangkat tinggi membuatkan manusia lupa diri dan menganggap diri amat berkuasa melakukan apa sahaja.Ingatlah ada yang lebih maha berkuasa dari segalanya iaitu Allah s.w.t

Anonymous said...

Kalau empunya diri rasa diri dah insaf,eloklah muhasabah lah diri tu,layak ke anda sebagai pemimpin tertinggi berkelakuan seperti demikian.Nak kawal anak2 buah tapi nafsu sendiri tak terkawal.Dgn bini orang lak tu...low taste dato dr nie..