Saturday, November 10, 2012

MAI BACA!!! Cerita sebenar peristiwa roboh binaan haram di P.Pinang

BiNAAN 'haram' pada rumah pusaka ini undang rasa tidak selesa serta mengganggu kediaman jiran-jran sejak lima tahun lepas.
 
SEKUMPULAN Direktorat Penguatkuasaan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) semalam menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno - gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tanpa kebenaran membabitkan sebuah rumah milik Melayu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.
 
Seorang pemandu jentera turut dikasari selain cermin jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.
 
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehingga jam 11.30 pagi sebelum menerima campur tangan polis.
 
Dilaporkan, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tertangguh sungguhpun aduan penduduk setempat kepada Majlis dilakukan sejak lima tahun lepas lagi.
 
Ekoran itu, beberapa blog serta Facebook mesra pembangkang Pulau Pinang - Umno dan Barisan Nasional - mula menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.
 
PenangInsight.com pagi tadi cuba mendapatkan maklum balas Jabatan Pembangunan MPPP mengenai insiden yang dikatakan membabitkan rumah pusaka seorang warga emas (kiri) berbangsa Melayu bersama anaknya.
 
Sumber memberitahu, langkah penguatkuasaan itu sebenarnya adalah hasil aduan jiran setempat sendiri sejak lima tahun lepas dan MPPP telahpun melaksanakan prosedur berwajib sebelum langkah akhir merobohkan binaan tanpa kebenaran itu cuba dilakukan semalam.
 
Malah kata sumber lagi, Majlis pernah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.
 
Berikut adalah kronologi kes bagi membuktikan MPPP mengikut prosedur sebelum langkah meruntuhkan binaan haram itu cuba dilakukan semalam.
 
2007, 1 Oktober – Satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah dijalankan tanpa kebenaran. 
 
Majlis juga telah menerima aduan berhubung pembinaan ini.  
 
Tambahan adalah dari jenis tiang dan konkrit bertetulang berukuran 10' 0'' x 80' 0'' dan juga pada bahagian depan 20' 0'' x 10' 0''. 
 
Tiada sebarang pelan dan kelulusan diperolehi dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.
 
2007, 11 Oktober – Notis susulan dibawah Sek.72(6) Akta Jalan Parit dan bangunan dikeluarkan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk meroboh dan mengosongkan premis terbabit .
 
2008, 2 Januari – Notis 24 jam Sek.97 dikeluarkan meminta pemilik mematuhi arahan notis sebelum ini dan juga notis untuk memberi MPPP kuasa untuk memasuki bangunan bagi tujuan penguatkuasaan.
 
2008, 21 Julai – Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk kesalahan dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 En.Md.Noor bin Tahir pemilik premis  telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/=.
 
2008, 4 November - Kes ini kemudiannya dibentang ke mesyuarat JPO pada untuk tindakan perobohan.
 
2009, 19 Januari - Penguatkuasa telah memberikan amaran lisan kepada pemilik premis.
 
2009, 17 Februari - Satu surat rayuan daripada YB Koid Teng Guan telah diterima meminta Majlis menangguhkan tindakan perobohan dan beri tempoh masa kepada pemilik untuk mematuhi notis. 
 
Rayuan ini telah dipanjangkan kepada Tuan SU utk pertimbangan dan pemilik diberikan tempoh 3 bulan untuk patuhi undang-undang.
 
2009, 12 Mac - Surat makluman kepada YB Koid Teng Guan dan pemilik berkenaan lanjutan tempoh 3 bulan telah dikeluarkan pada 12/3/2009. 
 
Untuk makluman pemilik tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan kepada majlis sehingga kini dan struktur haram di tapak juga dibiarkan terbengkalai dan tidak dirobohkan. 
 
Tempoh lanjutan juga telah tamat dan tiada sebarang permohonan dikemukakan.
 
2012, 7 Disember – Pengadu En.Zulkifly menghantar emel kepada Majlis menyatakan kelewatan Majlis mengambil tindakan ke atas aduan yang beliau yang telah berlarutan selama 5 tahun.
 
2012, 25 Julai – Memo jabatan kepada Penguatkuasa minta tindakan penguatkuasaan dijadualkan.
 
2012, 28 Ogos – Surat pemberitahuan kepada YB Kawasan Tuan S.N Rayer dan juga kepada YB Exco dikeluarkan untuk memaklumkan  tindakan penguatkuasaan yang akan diambil ke atas premis ini.
 
2012, 4 Oktober – Surat maklumbalas dari YB kawasan Tuan S.N.Rayer diterima memaklumkan yang pihak YB tiada bantahan ke atas tindakan penguatkuasaan.
 
2012, 7 November – Memo diterima dari Pejabat Penguatkuasa memaklumkan yang perobohan akan dilaksanakan pada 8.11.2012 ke atas premis tersebut.
 
2012, 8 November – Jam 10.00 pagi tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah. 
 
Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit, bermula jam  lebih kurang 10.00 pagi dan pada jam 11.30 pagi operasi terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak.
 
Di mana pada jam lebih kurang 11.15 pagi terdapat sekumpulan ( 10 orang ) pemuda melayu tiba dan membuat kecoh ditapak.
 
Pemandu jentera berantai telah dikasari oleh pemuda-pemuda terbabit dan cermin kaca jentera tersebut telah ditendang hingga pecah oleh salah seorang daripada mereka. 
 
Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal.
 
"Kronologi kes ini akan dibentangkan kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat, mungkin minggu depan untuk menolak fitnah pihak-pihak tertentu," ujar sumber kepada PenangInsight.com.

31 comments:

Anonymous said...

Nak tanya pada penulis blog sikit.
Tak ada rasa kesian ka dgn mangsa.
kenapa nak bela sangat kerajaan kafir laknat dapigs dan sebaliknya menghina habis2an kerajaan BN di bawah Umno sebagai pemerintah?

Anonymous said...

pembinaan dekat rumah sendiri mengundang rasa tidak selesa? dan mengganggu kediaman jiran2? kenapa pulak sebab pembinaan dilakukan dekat kawasan rumah sendiri bukannya di kawasan orang lain? cuba paspb tengok gambar tu betul2. tolonglah paspb, berhentilah membuat dosa. janganlah menyebarkan fitnah. bangsa seagama ko sendiri ditindas oleh krjn dap, tapi ko still nak mempertahankan mereka?

kalau ko ialah orang yang benar, cuba ko terangkan sikit secara specifik apa rasa tidak selesa dan mengganggu kediaman jiran tu sebenarnya? ke ko saja buat spekulasi untuk menyelamatkan dap?

Anonymous said...

ahli keluarga dan orang kampung yang mempertahankan rumah sendiri dirobohkan pun paspb salahkan umno? aku dah muak betul dengan alasan macam ni. borring...

Anonymous said...

Kalau mengikut catitan kes tersebut diungkit ianya memberitahu kita bahawa tuan punya rumah bertindak melampaui batas sempadan rumahnya dan perbuatan itu telah dibincang dan dikaji sehingga mengambil masa lima tahun.

Apakah seseorang itu yang berbangsa melayu beragama islam tapi telah melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri patut dilindungi dan dikasihani kerana orang itu berbangsa melayu ?

Nanti kalau ada lelaki berbangsa melayu beragama islam masuk kerumah kita dan merogol salah seorang ahli keluarga kita maka kita kata biarkan saja perbuatan itu kerana orang itu berbangsa melayu beragama islam ?

Bangsa melayu sebenar adalah bangsa yang lemah lembut, bersopan santun, mudah mesra, taat pada agama islam, hormat pada pemimpin, patriotik pada agamanya, bangsanya dan negaranya.

Tapi kalau melayu separuh putih separuh lagi hitam legam dan berperangai seperti haramjadah....melayu jenis itu boleh pergi mampos !

Anonymous said...

Cuba ko tgk gambar tu betul2. Bila masa pulak dia bina masuk kwsn rumah org? Jgn krn nak pertahankan dap, ko sanggup dpt dosa dgn menipu.

Anonymous said...

Dkt palestin, yahudi zionis robohkan rumah org Islam. Dkt p. pinang, pakatan pulak robohkan rumah org Islam. Inilah realiti dunia hari ni.

Anonymous said...

Kasihan mak cik warga mas yg dah berusia tu. Banyakkan bersabar. Memang betul lah peribahasa melayu, 'menang sorak, kampung tergadai'.

Anonymous said...

hehehe

Anonymous said...

hehehe

Anonymous said...

tak letih ke tangan umgok menulis smpai 9 kali

Anonymous said...

Aku pun heran juga dengan Paspb ni yang dia tau umngok tak ada modal lain ke nampak sangat macam org yang tak berilmu.Sudahxlah Paspb jom kita meriah masjid dari dok buat kerja bodoh ni. Aminn

Anonymous said...

beruk umno macam utusan meloya juga. sanggup tulis komen banyak2 konon nak bg tau ramai yg tulis. rupanya sekor beruk je yg meroyan kt sini. munafik pula tu, neraka paling bawah

Anonymous said...

Paspb jangan sedap nak kata kat orang sedar diri tu dulu bertaubatlah bahasa yang awak gunakan terlalu sopan macamana pun kita maafkan awak mudahxan Allah memberi kesedaran dan kembali kepada ISLAM sebenar. Amin

Anonymous said...

Paspb ni macam orang yang dah rosak akidah aja. Kenapaaaa????

Anonymous said...

si bodoh2 umngok ni tahu ke cite sebenar? korang ingat senang2 je ke nk robohkan rumah org?! mesti ade sebab2nye.. majlis perbandaran mesti dah siasat perlu atau tidak dirobohkan.. tak habis2 cite pasal bangsa.. kolot la fikiran korang ni..

Anonymous said...

Sedih dan sayu tgk muka makcik dan anaknyer. Bersabarlah makcik. Semoga Allah membalas kezaliman di dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Aku rasa perjuangan negara kebajikan pas sepatutnya membina rumah untuk org miskin, tapi kenapa pulak agenda merobohkan rumah org miskin yg diutamakan?

Anonymous said...

pas ni menyedihkan..dap berak, pas kena cuci, anwar cirit pas jugak yg terpalit..
Dah tau sangat yg rakan kongsi hangpa tu karut, dok tunggu apa lagi..jangan sampai hangit

pikiaq2 la no..

DDBT

Anonymous said...

beruk umno tak payah la tunjuk simpati kat mak cik tu. mak cik tu pun dah mengaku salah dia. dia bg tahu yg pencacai umno yg dok hasut dia langgar peraturan bangunan spy umno ada isu utk burukkan kerajaan pp

Anonymous said...

Untung le Tuan Guru Lim Guan Eng..mengganas, menipu, menzalimi dan menganiaya no hal..ada babi belaan bahlul yg tetap istiqamah sokong buta tuli dalam pas..yang dah peduli mana betul mana yg salah dah..

Babi pkr dah memang bersepah pun..rakan sejati sekandang..

Sondol der jangan tak sondol..alang2 jadi babi biar sampai kena panggang..

Anonymous said...

Bodoh la engkau ni wei...ko baca x kronologi n ko fhm x ape yg ditulis di atas....bodoh x abes2.

Anonymous said...

chua soi lek berak sape pulak yg cuci?? dasar amporno! sebahagian rumah makcik tu kene roboh sape yg suruh? mppp suke2 nk roboh ke? mesti ade sebab kan? bongok punye amporno!

Anonymous said...

kalau awak duduk kawasan dbkl cuba buat sambungan rumah tanpa pelan dan kelulusan.boleh raja nong chik tutup mata

Anonymous said...

Ini bukan pasal kerajaan kapir. tapi peraturandan garis panduan pembanggunan. bila berlaku kecemasan bomba dan penyelamat tak bole masuk kata bomba tak mau tolong.

Anonymous said...

kalau berlaku kat negeri pakatan,memang mcm tu la puak umno bangang yg bahlul tu komen.bukan tau pun perkara dan punca yg sebenar,terus buat hukuman.siasat dulu la bro.eh,puak umno bahlul memang mcm tu,mana mau siasat2 ni.tapi kalau jadi kat puak umno,siap jadi pekak.dah la bodoh,pastu nak bodohkan orang.cukuplah korang je bodoh,bangang dan bahlul.bahasa mcm ni je lg sesuai utk korang whai puak umno bangang

Anonymous said...

babi buta tuli pas/pkr terus menyondol dengan rakusnya..

kuat kuasa undang2 konon..polis kata jangan buat demonstasi bersihdol dulu ada babi2 ni ikut??..

Cakap tak serupa bikin..belajar kat Anwar le tu..

Untung le lu TG guan eng..

Anonymous said...

Kot yer pun masuk tanah org....kerat jer la yg lebih tu...jgn la smpi habis semua kt bwh tu dirobohkan. Buang dinding dan atap yg masuk tanah org tu dan guna duit dana utk bina mana yg dh dirobohkan tu. Takan itu takleh nak pikiaq? Kata ada Lujnah Kebajikan. Dan jgn ckp psl pelan...mana la org tua tu tau undang2...kata ada Lujnah Perundangan. Moment of truth brader...semua org leh ckp psl kebajikan...negara berkebajikan kononnya. Tapi nak mengamalkannya...

Anonymous said...

PaS kan selalu ckp suka berhemah dan berhikmah...awt kes ni ikut buku plak? Dah 5 tahun...mana peginya org PaS dalam membantu makcik ni. Dan kenapa hanya sekadar menjadi suara kerajaan negeri tetapi tidak suara rakyat? Kalau UMNo rg faham lah. Ini PaS yg kononnya moral dia lebih tinggi dari UMNO. So siapa lagi ngok?

Anonymous said...

Beruk UMNGOK BANGANG STYLE, tak usah la adu domba tunjuk kesian atas nama Melayu Islam kt Penang sangat la..Dah 50tahun lebih dh jadi pemimpin Melayu Islam katanya, tanah org kampung kat Kerpan, tuan tanah siap masuk lokap tu tanah org Melayu Islam jugak, rumah dan surau kt Bkt Kuang Kemaman pun tanah org Melayu. Banyak lagi contoh2 kau taknak petik ke? Apsal memilih2? Melayu ada kt Penang saje ke? Kalau dah bodoh, jgn bodohkan org lain. Kalau dh sesat, jgn cuba nk sesatkan org lain..suruh org taubat, sendiri masih memuja arak, judi dan rasuah! Jangan ckp psl Islam kalau sendiri pun tak amalkan secara total walaupun dh memerintah 50tahun

rakab said...

Kasihannyaaa makcik tu !

jiwasyok said...

Kesian makcik tu... nk bt mcn ne, peraturan mesti di ikut.. Takut kalu binaan runtuh masa pembinaan nk slh sape?semestinya anda slhkn Majlis perbandaran..krn mereka tidak menguatkuasa undang2.. Slps tu br kerajaan negeri... Bab ni jngn di politik.. sila baca undang2 ubah suai rumah sblm hentam pihak lain...