KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER: Kerajaan
Malaysia digesa mengiktiraf HAMAS sebagai kerajaan sah Palestin
sebagaimana keputusan pilihanraya negara itu pada 2006.
Setiausaha Antrabangsa DAP, Liew
Chin Tong dalam satu wawancara berkata, bahawa Amerika Syarikat dan
komuniti antarabangsa seharusnya kembali kepada keputusan pilihanraya
tahun 2006 dan mengiktiraf kerajaan yang dipilih warga Palestin.
Bagi beliau, pengiktirafan
antarabangsa terhadap kerajaan sah pimpinan HAMAS itu akan memberi ruang
dan peluang kepada Palestin untuk wujud sebagai negara yang berdaulat
serta membolehkan solusi dua negara beroperasi.
Bercakap selepas sidang tergempar
Dewan Rakyat yang mengecam serangan Israel terhadap wilayah Gaza di
Palestin, Chin Tong berkata, pengiktirafan terhadap HAMAS sebagai
kerajaan sah Palestin adalah penting supaya HAMAS tidak lagi dilayan
seolah-olah sebuah kumpulan pengganas.
Chin Tong yang juga Ahli Parlimen
Bukit Bendera menambah bahawa adalah tidak wajar bagi Amerika untuk
bersikap hipokrit dan seharusnya menghormati keputusan pilihanraya
Palestin pada 2006 itu dan mengiktiraf proses demokrasi di Palestin.
Selain Chin Tong, mesej yang sama
turut disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu
membahaskan usul sama di Dewan Rakyat pagi tadi. Beliau turut menggesa
kerajaan Malaysia mengiktiraf kerajaan sah pimpinan HAMAS di Palestin
yang dipilih secara demokratik.
Ahli Parlimen PAS Tumpat, Datuk
Kamaruddin Jaafar pula menambah bahawa selain mengiktiraf HAMAS sebagai
kerajaan sah Palestin, Malaysia juga wajar mengisytihar Israel sebagai
sebuah negara pengganas dan memutuskan semua hubungan dengan Israel
termasuk penjualan kelapa sawit kepada negara itu. – Roketkini.com
11 comments:
UMNO bn dengan berani dan lantang mengecam keganasan Israel. Dr Mahathir sewaktu ucapan pembukaan di PWTC pada 20hb lepas dengan jelas dan berani menempelak israel zionist sebagai pengganas. Tapi ketua umum abg nuar tak berani mengecam israel secara terbuka. abg nuar hanya berani komen sedikit je secara senyap2 dalam blog dia, untuk menyedapkan hati pengundi Islam. mungkin sbb kalau abg nuar mengecam secara terbuka, beliau takut yahudi israel tau. aku cabar abang nuar buat kenyataan mengecam keganasan israel zionist secara terbuka,terutamanya dalam ceramah supaya aku boleh masukkan dalam youtube. amacam abg nuar, ada berani?
Alhamdulillah, Malaysia tidak putus-putus memberi bantuan kepada umat Islam di Palestin. Dr Mahathir mengetuai AMAN palestin berusaha sedaya upaya membantu mangsa peperangan di sana. tapi heran, kenapa abg nuar pemimpin pakatan yang mendesak supaya kita menjaga keselamatan negara Israel? apabila ditanya wartawan, adakah dia akan membuka huhungan diplomasi dengan israel sekiranya berjaya menjadi PM, dia tak berani menjawab. sebab kalau dia jawab ya, undi umat Islam dia tak dapat. tapi kalau dia jawab tidak, dana yahudi untuk pilihanraya dia tak dapat. abg nuar sekarang berada dalam keadaan serba salah.
paspb tidak mengambil pengajaran daripada muktamar lepas, apabila harakah teruk dibelasah oleh perwakilan kerana menjadi anjing dap. sekarang paspb menyiarkan pulak artikel fitnah daripada roketkini, padahal kerajaan umno/bn tanpa putus asa membantu umat Islam palestin. paspb, dengarlah suara perwakilan yang bosan media pas menjadi anjing dap. berubahlah ke arah kebaikan
fitnah apa? dah memanh betul kerajaan Malaysia tak iktiraf Kerajaan HAMAS yang dipilih dalam pilihanraya.
Ini fakta bukan fitnah macam utusan meloya. Teruskan Paspb
lawak2 tgk beruk2 umngok nie bila memberi komen..dia xsedar ke yg mahadir dan najeb pernah bertemu dgn pemimpin yahudi..kes kriket beberapa thn dl..dan kes kapal yg berlabuh baru2 nie angkara abg nuar dgn pihak PR ke..sah2 lar angkara puak2 syaitan nirajim..setakat menempelak xcukup bang..hang p tnye ketua sgala syaitan yg puak2 hangpa puja tu..dia punye advisor sape..x ke puak2 yahudi..adehh berckp biar lar berfakta..dan selama ini pun PAS telah pun lama membantu perjuangan palestin tetapi tidak keluar di berita perdana..setakat mmbantu lepas tu nk canang satu dunia xpayah lar bang..bkn fisabillillah jwpnye bang..perbetulkan niat dahulu...
anon 2350, memang betul kapal-kapal israel ada berlabuh di sini, kerana untuk menghantar minyak masak ke palestin, melalui undang-undang antarabangsa mestilah melalui perlabuhan ashdod, israel. so, niat malaysia adalah untuk memberi bantuan mangsa di palestin
fitnah ni di popularkan oleh abg nuar dan pemimpin pkr. bertaubatlah anon 2350 krn memutar belitkan kebenaran.
..Kalau dah jadi balaci dan kuli Pemimpin-Pemimoin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali.. apa yg betul, semua-nya di napi-kan-nya..oleh itu sebagamana kita menlakhanat-kan Zionist yahudi di-Israel begitu juga kita menlakhanat-kan Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al Syaitan yg di-kenali kerana mereka ini sama sahaja peragai-nya dan balaci-balaci,kuli-kuli dan lembu-lembu pun sama..
Keputusan mengutuk keganasan regim zalim israel tu disokong oleh SEMUA pihak lah der..baik pas mahu pun umno..takdak siapa pun yg hero..dan kerajaan Malaysia kutuk perbuatan israel pun atas sebab tanggungjawab 'human right' DAN rasa simpati kepada saudara seagama, bukan sebab kerajaan UMNO/BN ni nak jadi hero..
Lawan israel ni sama macam lawan amerika..la ni der, amerika SATU-SATUnya negara superpower kat dunia ni..hutang negara juta2 trillion pun amerika tak bankrup..
Nak kutuk nak kritik pun kena penuh dengan diplomasi..Kalau amerika marah..rakyat juga yg akan terima padah..sebab tu Najib takut..nak harap kat Anwar?..dia ni lagi ler takut kat amerika tu..ermm..ni pun semua orang tau kan..dol2 ngan ngok2 jer yg emosi lebih..
ragusam tu nampak gaya macam wakil dap dengan cara tulisan dia..
provokasi dia ni nampak pelik dan jelik
Rasugam,ko nak meletakkan laknat jangan suka2..kita melaknat yahudi sebab Allah memang dh laknat diorg dalam Al-Quran..yg ko nak sedap2 menjatuhkan laknat ke atas org ni apesal?dah la sesama MUslim pun nak laknat2..ko better belajar kitab agama dlu sblum nak jatuhkan hukum kt org..
Post a Comment