Bagaikan tak dapat ditahan-tahan lagi, saham perladangan kebanggaan
perdana menteri, Najib iaitu Felda Global Ventures Holdings
(FGVH) terus mencatat kejatuhan apabila sesi dagangan pagi dibuka hari
ini.
Setakat jam 1045 pagi tadi, saham tersebut kini berada pada paras
RM4.60, merosot lagi tiga sen dan kini cuma lima sen dari paras harga
tawaran permulaan (IPO) iaitu RM4.55 apabila diapung di Bursa Malaysia
pada 28 Jun lalu.
Saham tersebut didagangkan RM4.61 jam 1025 pagi tadi sebelum turun semula ke paras RM4.60 tidak sampai setengah jam selepas itu.
Semalam, FGVH ditutup pada paras RM4.63, paras kedua terendah RM4.59
kelmarin sejak mencatat paras tertinggi RM5.45 beberapa hari selepas
penyenaraiannya.
Sudah beberapa kali institusi awam seperti Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menyuntik dana
bagi memulihkan harga saham tersebut sejak beberapa bulan lalu namun
usaha tersebut sia-sia.
KWSP kini memegang saham FGVH sebanyak 7.78 peratus saham setelah membeli lagi 225 ribu saham perladangan tersebut semalam.
Setakat ini, pengerusi FELDA yang juga ADUN Bagan Pinang, Isa Samad masih diam membisu tanpa sebarang penjelasan.
Dipercayai, saham tersebut akan terus bergerak ke jajaran sempit ekoran
cuti perayaan Deepavali dan Awal Muharam yang akan diambut minggu depan.
Prestasi mengecewakan ini pastinya akan menambah derita peneroka FELDA
yang sudah melanggan sejumlah 800 unit saham yang diperuntukkan kepada
mereka, apatah lagi mengenai dakwaan pengerusi NGO pro-Pakatan Rakyat
(ANAK), Mazlan Aliman bahawa peneroka sudah pun mula mengalami kerugian
apabila saham tersebut mencecah RM4.78 sesaham atau lebih rendah dari
itu.
Prospek aliran rendah serta ketidak tentuan harga minyak sawit mentah
(MSM) dunia bagi kontrak hadapan Januari dan Februari 2013 turut
menambah kemungkinan harga saham tersebut akan berlegar sekitar RM4.57
dan RM4.63 sen dalam tempoh terdekat.
JALAN PULANG
2 comments:
..itu-pun lembu-lembu dan hamba-hamba BN/UMNO al-Syaita yg di-kenali kata bagus..mati-mati mereka kata BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali itu Bagus..tak cukup tangan, kaki-pun mereka ankat menyokong, last-last mereka jatoh.. baru rasa sakit..tapi bukan sakit sahaja ko..
Umno ni tongkoi kayu pun dia pangkah
Post a Comment