Friday, November 30, 2012

SIAPA LEBIH BIJAK?!!! UMNO hanya AUTA , PKR bagi FAKTA

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengemukakan fakta sebagai perbandingan bagi menjawab siapa sebenarnya lebih bijak mengurus kewangan negara antara Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fakta berupa angka pertumbuhan Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) kedua-dua zaman Anwar dan Najib menjadi menteri kewangan itu di kemukakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.


Menurut Azmin, ketika Anwar menteri kewangan, negara mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada kadar 8.8 peratus pada tahun 1992,  9.9 peratus (1993), 9.2 peratus (1994), 9.8 peratus (1995), 10 peratus (1996) dan 7.3 peratus pada 1997 apabila krisis ekonomi bermula.

Sebaliknya, di bawah Najib, KDNK negara merosot sebanyak 1.5 peratus pada 2009, dengan pertumbuhan berikutnya sebanyak 7.2 peratus pada 2010 dan 5.1 peratus pada tahun 2011.

Pendedahan secara perbandingan itu dipercayai bagi menyangkal kenyataan Najib ketika berucap di perhimpunan agung Umno semalam bahawa beliau (Najib) mampu menguruskan ekonomi negara lebih baik daripada Anwar.

"Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada kala Datuk Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% - 10% hampir sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan, tahun pertama Datuk Seri Najib (2009) mengemudi ekonomi negara menjunamkan negara ke kancah kegawatan ekonomi, sedang negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat," katanya.

Beliau turut mengemukakan angka perbandingan belanjawan defisit dan jumlah hutang negara yang memperlihatkan hutang negara pada zaman Najib ketika ini melonjak sehingga RM456 bilion berbanding zaman Anwar yang menunjukkan trend penurunan setiap tahun dari 1992 sebanyak RM97 bilion kepada RM89 bilion pada 1997.


19 comments:

Anonymous said...

Sangat2 bijak abg nuar! Patutlah masa krisis kewangan 98 dulu, dia nak pinjam duit dari bank dunia.. Kih! Kih!

Anonymous said...

Sangat bijak! Patutlah pas blh tertipu bila abg nuar cakap nak rampas putrajaya 16 sept dulu.. Hu.. Hu..

Anonymous said...

Abg nuar mmg bijak, tapi pas je yg tak bijak..

rakab said...

Deepak hutang lebih 400 juta dollar di bank Singapore ??

Serang Najib dan Umno ketika persidangan, lepas tu lari ke luar negara.

Patut nampak tergesa-gesa jer....seolah-olah semuanya dirancang dari seberang tambak !

Sama-sama kita tunggu perkembangannya selapas PA Umno.

Anonymous said...

Org umno marah lewww...auta lebey..haha

Anonymous said...

Tak perlulah tunjuk kira kira pada UMNO kerana mereka telah mati kira kira kerana memikirkan PRU 13.Mereka cuma sedang mengira hari nak padam aje lagi. Kesihan,

Jika UMNO tanya apa pun kini, jawapannya cuma kesihan !. macam cerita P Ramlie dalam filem madu tiga.

Anonymous said...

Mengira hari bila nak PRU 13 pun dah buntu. Cakap aje besar tapi sasau.

Dukun Asmara said...

Pendek cerita UMNO dah mati akal, begitulah kira kira.

Anonymous said...

Kalau suruh Jat kira lembu yang mereka curi pun tentu tak boleh jawab.

Anonymous said...

Jika tak silap kira haribulan pun UMNO akan padam, kerana cuma mengira hai aje lagi.

Sebelum parlimen bubar UMNO dah terkubur, berterabur dan hancur lebur.

Anonymous said...

Kerana tersilap perkiraan, kini membubarkan UMNO adalah lebih mudah dari membubarkan parlimen.

Anonymous said...

UMPORNO dulu kini dan selamanya bahluul, cuba tunjuk mai bila Anwar nak pinjam bank dunia pada 98dulu. Ini dah sah menuntut kat BTN, check la betoi-betoi puak buta perut oii!

Anonymous said...

Doa Untuk Menyembuhkan Penyakit Gila atau mati kira kira

Bacakanlah ayat Kursi sebanyak 11x pada kepala orang gila sambil ditiup-tiupkan, dan lakukan secara berulang-ulang.

Insya Allah secara berangsur-angsur akan sembuh.

http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2012/12/01/doa-menyembuhkan-penyakit-gila/

Anonymous said...

kena tolong beruk umno yg dah gila meroyan.tiada fakta hanya auta

rakab said...

Anwar menyokong usul Palestine di parlimen tapi bila di luar negara beliau menyokong pulak Israel membunuh rakyat Palestine demi keselamatan negara yahudi tersebut !!

Orang Pas yamg bersekutu dengan Anwar dan PKR turut sama di kira bersubahat.

rakab said...

Sebab itulah di kala umat Islam sedunia mendoakan keselamatan rakyat Gaza, Pas pulak sibuk berdoa menghancurkan sesama islam {Umno}.

Nampak sangat pemikiran Puak Pas ni semakin bercelaru { ke arah kesesatan }!!

Dukun Asmara said...

Doa itu adlah senjata orang mukmin. Setiap usaha kita perlulah disepurnai dengan doa.

Kini Umno dan Pas saling bersaing untuk menjatuhkan lawannya jika boleh hingga KO. Jadi tidak salahnya samada Umno atau Pas berdoa kepada Allah swt supaya lawannya KO kerana usaha mereka masing masing adalah ke arah tersebut.

Dukun Asmara said...

Jika kita perhatikan kalam pemimpin Umno Pau 2012 bagaikan kalam orang yang sedang nazak.

Marilah kita bersama sama mendoakan mereka agar dipermudahkan melalui saat saat yang getir ini dan samoga mereka masuk syurga.

Mendoakan orang yang sedang nazak adalah men’talkin’kannya.

Dituntut untuk Talkinkan orang yang sedang nazak dengan kalimah tauhid لا إله إلا الله ke telinganya. Perkara ini berdasarkan hadith Nabi saw :

لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إلَهَ إلَّا الله

Maksudnya: “Talkinkanlah orang-orang yang hampir mati dari kalangan kamu dengan Lailahaillallah.”

Kalimat Talkin (التلقين) adalah membawa maksud al-Ta’lim (التعليم) iaitu mengajarkan dan al-Tafhim (التفهيم) iaitu memberi faham. Yang dimaksudkan dengan menalkinkan mayat ialah mengingatkannya dengan kalimah Tauhid (لا إله إلا الله). Yang di maksudkan dengan mayat di sini ialah orang yang sakit berdepan dengan kematian (nazak). Menalkinkan orang yang hampir mati dengan kalimah tauhid, bertujuan membantunya supaya mengakhirkan hidupnya dengan kalimah tersebut.

Mu’az bin Jabal (مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ) R.A. berkata: “Aku mendengar Nabi saw bersabda:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلامِهِ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

Maksudnya: “Sesiapa yag akhir kalamnya dengan Lailahaillallah, wajib untuknya syurga.”

Maka sesiapa yang menziarahi orang yang sedang nazak hendaklah mengambil berat persoalan ini. mereka dituntut untuk mengingatkan orang yang dalam nazak mengucapkan kalimah tauhid.

Namun perlu diberi perhatian, jika dia telah mengucapkannya, atau telah diajarkan kepadanya, maka tidak perlu diulangi lagi, kerana perbuatan ini boleh menganggu orang yang sedang nazak. Al-Imam al-Nawawi berkata :

وَكَرِهُوا الإِكْثَارَ عَلَيْهِ وَالْمُوَالاةَ لِئَلا يَضْجُر بِضِيقِ حَالِهِ وَشِدَّةِ كُرْبِهِ ، فَيَكْرَهُ ذَلِكَ بِقَلْبِهِ , وَيَتَكَلَّمُ بِمَا لا يَلِيق . قَالُوا: وَإِذَا قَالَهُ مَرَّةً لا يُكَرِّرُ عَلَيْهِ إِلا أَنْ يَتَكَلَّمَ بَعْدَهُ بِكَلامٍ آخَر , فَيُعَادُ التَّعْرِيْضُ بِهِ لِيَكُونَ آخِرُ كَلَامِهِ

Maksudnya: “dan para ulama menganggap makruh memperbanyakkan dan berterusan (mengajarkan talkin kepada orang yang sedang nazak), agar ia tidak merasa gelisah ditambah dengan keadaannya yang amat sukar, sehingga timbul perasaan tidak suka di dalam hatinya, yang boleh menyebabkan dia mengucapkan sesuatu yang tidak wajar. Oleh itu para ulama berkata: Jika dia (orang yang sedang nazak) telah menyebut (kalimah tauhid) sekali, tidak perlu mengulanginya lagi, melainkan jika dia bercakap sesuatu yang lain. Maka diulangi talkin kepadanya, untuk menjadikan akhir kalamnya dengan kalimah tauhid).”

Sumber: http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2012/12/01/doa-orang-yang-sedang-nazak/

Anonymous said...

aik rakab tak tengok ke ulama muda UMNO kata apa? kan boikot israek tu kerja bodoh, tiada jihad lawan israel kata ulama muda UMNO. rakab si beruk UMNO buat2 tak tau pula