Sudah hampir pasti menteri besar haram Perak, Zambry Kadir tidak akan dipilih sekali lagi menerajui negeri yang pernah bergolak ekoran rampasan kuasa secara haram oleh Barisan Nasional (BN) yang didalangi timbalan perdana menteri ketika itu yang kini perdana menteri, Najib.
Walaupun hampir sah Zambry akan diletakkan semula di kerusi DUN Pangkor
yang diwakilinya sekarang, veteran Umno sendiri pun tidak yakin
kepimpinan Zambry menepati hasrat rakyat negeri itu yang mahukan lebih
daripada seorang jurucakap semata-mata.
Pengumuman Zambry yang mendahului hasil kajian menyeluruh yang dilakukan
Jabatan Geologi dan Mineral berkenaan penemuan emas di negeri yang kaya
dengan bijih timah satu ketika dahulu tidak cukup untuk menyelamatkan
kedudukannya sendiri.
Sebaliknya pemimpin Pakatan Rakyat negeri terus membidas tindakannya
kerana kajian tersebut belum selesai sepenuhnya terutama kesan alam
sekitar terhadap projek yang akan dimulakan dalam tempoh enam bulan itu.
Satu lagi faktor ialah Zambry sendiri yang bukannya dari 'kem Najib' sebaliknya dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang
berjaya memintas calon Najib sendiri, ADUN Sungai Rapat,
Hamidah Osman.
Berdasarkan kedudukan semasa, Perak masih berpeluang dirampas Pakatan
Rakyat dengan majoriti kerusi antara tujuh ke 11 kerusi berbanding BN.
April lalu, kiraan Pakatan Rakyat menunjukkan mereka mendahului BN dengan kiraan 35 kerusi berbanding 24 untuk BN.
Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan 24 kerusi parlimen.
Untuk kerusi parlimen pula, Pakatan Rakyat dijangka menang antara 11 ke
15 kerusi berbanding hanya 11 yang dimenangi dalam pilihanraya umum
ke-12 lalu.
Antara kerusi parlimen yang dikatakan berpotensi dimenangi Pakatan Rakyat ialah Lumut, Pasir Salak, Kampar dan Tanjong Malim.
Dengan perkiraan itulah Najib sudah berhenti mengunjungi
negeri itu setelah lebih daripada enam kali melakukan lawatan sejak awal
tahun ini, terakhir ketika sambutan di Lumut, tiga minggu lalu.
Ahli parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi dan ahli parlimen Tambun, Ahmad
Husni Hanadzlah saling berlumba-lumba merebut kedudukan tersebut dari
Zambry selain masalah dalaman Umno negeri turut menyukarkan peluang BN
untuk terus berkuasa di negeri itu.
Beberapa kerusi yang dimenangi tetapi penyandang kerusinya yang keluar
dan menjadi 'mesra BN' seperti parlimen Bagan Serai, DUN Changkat
Jering, DUN Jelapang dan DUN Behrang hampir pasti boleh dimenangi calon
Pakatan Rakyat.
Status kesemua mereka termasuk Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi,
Mohsin Fadzli Samsuri dan Hee Yit Foong disifatkan sebagai 'gugur'
kerana calon BN sudah dikenal pasti untuk bertanding menentang calon
Pakatan Rakyat.
MCA dan MIC sebagai sekutu kuat Umno masih belum pulih daripada tsunami
politik yang membadai negeri ini kerana jentera pilihanraya
masing-masing dikatakanmasih belum digerakkan sepenuhnya, dipercayai
masih menunggu 'habuan' yang dijanjikan sebelum memulakan gerak kerja
pilihanraya.
Di satu sudut lain, ini bermakna peluang mereka merampas semula kerusi
yang tewas di tangan calon Pakatan Rakyat dianggap tipis walaupun
mengharapkan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) sedikit sebanyak
mampu memancing undi yang diperlukan untuk kemenangan BN.
Entah apa puncanya habuan yang dijanjikan belum lagi tiba kerana mungkin
kemenangan yang diharapkan Najib semakin jauh dari pandangan.
Zambry nampaknya kini boleh mengucapkan selamat tinggal buat kerusi yang
disayanginya kerana calon pilihan Najib sudah bersedia
menggantikannya, itu pun jika rakyat negeri ini yang masih terkesan
dengan rampasan kuasa BN pada 4 Februari 2009, tergerak hati untuk
mengundi mereka sekali lagi.
JALAN PULANG
JALAN PULANG
4 comments:
Org dlm pakatan sendiri keluar jd bebas dan menyokong bn. Nampak sgt perjuangan pakatan tidak diterima ahli sendiri
Betul tu yop org pakatan keluar sokong bn...sebab tu mp sabah keluar sokong pakatan timbal balik jer tapinanti dulu tunggu pru13 baru tau.....yop.....
Perjuangan pakatan hanya tidak diterima oleh ahli sendiri yg dah kemaruk ngan habuan rasuah juta2 dari umporno. Pakatan tak rugi pun ditinggal ahli yg gila duit bahkan lagi bagus sbb hanya yg bodoh dan rasuah saje yg suka kat umporno (mahadey dah akui sendiri)
Elok jugak Zambry ni disingkirkan sbb sebenonya cai2 semua x tau ke KIMMA perlukan dia jadi Presiden sbb dia ni 'peru mamak' islam bkn masuk islam...... jgn mike semua x tau pulak org2 umporno perak bertuankan 'mamak'..... ape tiada lagi ke melayu yg berjiwa mcm "Dato Sago" di perak yg layak jadi MB kalai tiada pn 'Dato Sagu' pn boleh lh kn Malaysia Boleh.... pikio lh guna kepala lutut sikit kome ahli umporno perak....
Post a Comment