Saturday, November 24, 2012

UMNO RETAK!!! Najib dan Muhyiddin tidak sehaluan?


Kehangatan perhimpunan agung Umno (PAU) yang kononnya bersedia dengan usul menumpukan soal hidup mati dalam pilihanraya umum akan datang, seolah-olah dibunuh sendiri presidennya, Najib apabila mahu perwakilan Umno mengkhususkan pula usul menghentam PAS ekoran isu doa menghancurkan parti itu dibuat semasa Muktamar Agung parti itu minggu lalu.




Selain takut dipersoalkan kepimpinannya yang semakin lemah kebelakangan ini, Najib seolah-olah mahu perwakilan tidak terlalu menumpukan ke arah usaha memantapkan jentera pilihanraya, sungguh bertentangan dengan kenyataan timbalannya Muhyiddin Yassin semasa berada di Islamabad, Pakistan kelmarin.

Muhyddin ketika bercakap dengan media Malaysia selepas mewakili negara ke persidangan G8 di negara itu mahu perwakilan Umno membahaskan isu memperkukuh jentera pilihanraya parti dan Barisan Nasional (BN) kerana kemaraan Pakatan Rakyat semakin kuat dirasakan terutamanya di negeri tiang serambi Umno, Johor dan Sabah.

Dari kedua-dua pandangan pemimpin tertinggi Umno ini jelas membuktikan bahawa Najib sudah tidak sehaulan dengan pencabarnya, Muhyiddin selain menujukkan bahawa Umno kini sangat bermasalah menghalang perpecahan dalaman yang timbul ekoran tindakan lembik Najib mengekang kemaraan Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Mahu tidak mahu, Umno kini berada di persimpangan hala tuju politiknya sendiri setelah kalah teruk di tangan KEADILAN dan PAS dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

Isunya, apakah relevan Najib memprovokasi perwakilan Umno supaya menghentam PAS padahal Umno sendiri yang patut dipersalahkan kerana menghakis kepentingan orang Melayu sejak berkuasa pada 1957.

Sedangkan survival Umno dan BN menghadapi pilihanraya umum paling getir seakan tidak dipedulikannya lagi, sekali lagi membuktikan bahawa Najib sudah tidak mempercayai mana-mana parti komponen BN terutamanya MCA dan MIC kembali meraih sokongan bukan Melayu hingga terpaksa menghentam PAS bagi menutup pekung yang makin terdedah.

Berlainan dengan Muhyiddin yang makin mendapat perhatian pemimpin BN setelah disokong bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad, Najib kini keseorangan di atas tanpa mana-mana pemimpin BN membantunya mengukuhkan perpaduan dan komponen reput itu.


Ternyata, jangka hayat kelangsungan Najib semakin lama semakin pendek disebabkan kurang peka terhadap permasalahan parti selain terlalu menumpukan perhatian membela tindakan isterinya sendiri, Rosmah Mansor yang terus mendapat kecaman demi kecaman kerana gaya hidup yang sungguh berlainan dengan saranannya sendiri, wasatiyyah (kesederhanaan).


Jika Muhyddin berani mencabar Najib dengan mengemukakan usul tidak percaya terhadap kepimpinan pada hari terakhir persidangan 1 Disember depan, ia bakal mencatat sejarah sebagai pemberontakan besar-besaran pemimpin dan ahli Umno terhadap presiden sendiri sejak ditubuhkan semula pada 1988 ekoran pengharaman parti itu oleh mahkamah pada tahun yang sama.


Khabarnya sudah pun ada, dengan spekulasi terhadap Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor yang sudah pun menyerahkan surat perletakkan jawatan awal bulan ini tetapi ditahan Najib sekurang-kurangnya sehingga tamat perhimpunan bagi menutup kelemahan Umno dan memberi modal ketawa baru kepada Pakatan Rakyat.


Retak semakin menanti belah, jika Umno berpecah belah, peluang untuk menyatu padukannya semula bakal mengambil masa yang sangat lama, dan padahnya kuasa yang selama ini dihirup bagaikan milik sendiri pasti akan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat yang sudah menjanjikan perubahan besar yang tidak mampu dilakukan BN selama lebih 55 tahun.


JALAN PULANG

7 comments:

Anonymous said...

Keh! Keh! Kelakar betul... Aduh sakit perut.. Paspb nak divert masalah dalaman pas yg tersebar luas samasa muktamar dgn mencipta isu yg tak wujud.. Ha! Ha!

Anonymous said...

Bagus ah anonymous 18.50.pantang ada ent3 dr paspb dia komen.cantik ah tu harap2 kau dpt banding posting yg di post dgn akal yg waras.

Anonymous said...

Aku dah banding dah posting, conclusionnyer pas ni khadam dap.. Ha! Ha! Tulah sbb harakah mempromote hadi awang lbh layak jadi nelayan daripada pm. Kah! Kah!.. Kelakar betul pas skrg ni..

Anonymous said...

Ha ha sana kuat sini kuat pr dlm masalah,pas kuda dap,pas jual melayu,dap akn jd pm,pr dlm masalah,ceramah pr tiada sambutan,anwar sex dan macam2 lg kesimpulanya umnobn kuat pru13 bn perintah lg oleh yg demikian saya sebagai rakyat msia yg akan mengundi mohon dt seri bubar parlimen secepat mungkin sya juga nak lihat betol ke spt yg selalu dt seri ckp atau pun bloger pecisan umno yg nak sedapkan hati sendiri dan hati dt seri sya juga minta bloger umno desak dt seri pm segera bubar parlimen....

rakab said...

Sekali lagi blogger pakatan longkang cuba menjolok pembaca dengan isu jadi-jadian kononnya ada pertelingkahan antara Najib dan Muhyidin.

Inilah satu-satunya senjata blogger PASPB dan longkangians yang terakhir demi meliwat pemikiran orang ramai !!

Belitlah banyak mana pun...orang dah tak percaya.

[longkangians = ahli-ahli Pakatan] boleh gitew ???

muaahahahahaaa...

Anonymous said...

beruk umno ni dajal yang membangkitkan fitnah

Anonymous said...

Hancurkanlah BN kali ni Ya Tuhanku..dan berikanlah hidayah kpd rakab dan rakan2 nya..