JINGGA 13 PERTAHANKAN YB NURUL IZZAH ANWAR DAN DESAK DATO’ DR.
MASHITAH IBRAHIM LETAK JAWATAN KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KESUCIAN
ISLAM
Jingga13 menyatakan sokongan dan mempertahankan kenyataan YB Nurul
Izzah Anwar yang sengaja telah diputarbelit oleh media dan pimpinan UMNO
dengan isu yang ternyata tidak masuk akal dan bersifat propaganda
murahan dengan mengaitkan kenyataan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah
Pantai ketika menghadiri forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa
Bertanggungjawab?’ di Subang Jaya, Sabtu lalu.
Kenyataan YB Nurul Izzah Anwar cukup jelas adalah berteraskan kepada
ayat suci Al-Quran di surah Al-Baqarah , ayat 256 bahawa “Tidak ada
paksaan dalam agama (Islam)….” yang ternyata telah diputarbelitkan dan
dipolitikkan melalui cara yang sangat kotor oleh media Umno BN dan
pimpinan Umno khususnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.
Sikap
dwi-standard yang diamalkan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana
Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam ternyata jelas bertopengkan
kedudukan mereka demi survival UMNO menyerang YB Nurul Izzah Anwar ,
sedangkan hakikatnya tidak mampu mempertahankan Islam dan hudud apabila
Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA menghina Islam dan Hudud secara
terang-terangan.
Timbalan Menteri JPM , Datuk Dr. Mashitah dan pimpinan UMNO terus
diam membisu tidak sedikit pun membantah terhadap serangan Datuk Seri
Chua Soi Lek menghina Islam dan Hudud yang terkandung dalam al-quran.
Tetapi. terlalu ‘banyak mulut’ apabila menggunakan platform beliau
menyerang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dengan berniat jahat
memutarbelitkan kenyataan YB Nurul Izzah berdasarkan laporan dan
terjemahan media propaganda UMNO yang merupakan ‘media syaitan’ dalam
negara.
Tindakan memanipulasikan kenyataan YB Nurul Izzah Anwar seolah-olah
beliau ” meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang
memilih untuk murtad” sengaja dilakukan untuk menyerang beliau tetapi
dalam masa sama cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Sedangkan kenyataan beliau khusus berkaitan kebebasan agama
sepertimana soalan yang ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam
agama melibatkan masyarakat Melayu tanpa sedikit pun menyentuh isu
murtad dan kaitan tentang murtad tetapi digambarkan seolah-olah YB Nurul
Izzah Anwar bersikap sedemikian adalah satu tindakan fitnah yang nyata.
Adalah mustahil hanya itu sahaja yang boleh dan mampu diputarbelit
dan dimanipulasikan ? Atau memang sudah dirancang dengan licik bagi
tujuan dan niat jahat menggunakan strategi murahan terhadap YB Nurul
Izzah Anwar.
Media propaganda UMNO seperti Utusan Malaysia , Berita Harian dan TV3
semakin tidak beretika serta tidak mempunyai integriti dan kredibiliti,
malah gagal sebagai media yang bermaruah . Media UMNO inilah sebenarnya
telah bertindak sebagai pemesong akidah dan pemutarbelit serta
melakukan agenda fitnah demi survival UMNO yang semakin hilang sokongan
orang-orang melayu , khususnya rakyat Malaysia .
Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim wajar MELETAKKAN JAWATAN kerana beliau
gagal dan bersikap hipokrik dalam menjaga kesucian Islam yang telah
dicemari oleh UMNO dan sekutu BN . Malah seorang ‘Melayu’ dan dikatakan
sebagai seorang Islam , anak kepada bekas presiden UMNO memiliki kilang
arak San Miguel pun beliau gagal mengambil tindakan dan terus diam
membisu.
Seolah-olah ada perbezaan undang-undang dan hukum . Dato’ Dr.
Mashitah Ibrahim dan pimpinan UMNO tidak ubah seperti perumpamaan “ayam
berkokok berderai-derai , tetapi ekor penuh bergelumang tahi! “.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
KETUA KOORDINATOR
JINGGA 13
15 comments:
Nurul Izzah baik ngaku jelah. Tak salah mengaku kesalahan sbb tersalah cakap. Itu lagi cara professional...
Kalau tahap rosmah ngaku Islam..baik tak payah...buat malu org Islam jer....
Perlembagaan bagi tukar agama..so ko pi suruh rosmah tukar agama...
Ko kenal sheikhul azhar ker? dia pun kata sama macam Izzah naper tak pi..komplen????
umno porno yg meka mahir filem lucah kah kah kah
Bayang2 pleuralisme sudah muncul dari parti mata satu. Adakah pkr membawa agenda dajjal seperti yg diramalkan pada akhir zaman? Lambang parti pun jelas lambang mata satu.
Kenapa hanya puak anwarinas pas yg kasi kenyataan pasal nurul izzah benarkan melayu murtad? Suara ustaz harun din mana?
Aku harap anwarinas pas tidak menghalang ust harun din buat kenyataan, sbb dlm pas hanya ustaz harun din dan ust nasa mat isa yg katanya konsisten berpandukan al quran dan sunnah.
hoi beruk ko tak sedar ke, ko pun dah murtad
Hinanya politik Anwar anak beranak ni..saya cuba cari dimana benarnya kenyataan Nurul Izah tapi tak jumpa lah nak..berkali2 diulang dan maksud kenyataan yang dibuat nurul tetap berMAKSUD yang BANGSA melayu wajar diberi kebebasan agama..Nauzubillah..
Lokasi forum tersebut adalah disebuah gereja..majoriti yg hadir adalah beragama kristian dan pada hadirin bertepuk puas menyokong kenyataan Izah itu..
Kalau maksud izah sebaliknya tentu tiada tepukan sokongan sebagaimana yg terakam dlm video tersebut..
izah/anwar,
Sudah2lah dok kemaruk mengejar kuasa. Sampai macam ni sekali kelaku hangpa dalam merosakkan pemikiran rakyat..
pada saudara pas & umno,
berpada2lah hangpa berpolitik..jangan sampaI ADA MATA TAPI BUTA..ADA TELINGA TAPI PEKAK..ADA HATI TAPI MATIIII..
Anwar bukan penyelamat kita..
DDBT
Mashitah tu layak ke d panggil ustazah? Sedangkan dia sndri hina hukum potong tangan hudud... kesian geng2 umno kat atas ni... buta mata hatinya..ish3
Anon 10:57 koo yg telah buter hati...pandai2 jer kooo jatuhkan hukuman....ustaz asri pun defend nurul izzah...ko tu saper....pegi dah......lg pun tgh disiasat....kalu dah bodoh tu jgn cuber nak memperbodohkan orglah...
Anon longkang kat atas ni mengamuk sakan demi mempertahankan kebebasan murtad.
eeemmm alahai...
Adik Anon 15:46,
Tulisan saya kat 10.57 tu saya nak kongsi dengan depa2 yg meletakkan agama jauh lebih tinggi dari politik tak kira la Umno atau pas..untuk semua umat Islam yang ada akal dan waras..
Takkan lah hangpa tak sedar dan perasan lagi betapa songsangnya cara politik Anwar anak beranak ni..Izzah mungkin tersilap tapi Anwar dah bersalah..
fikir2 kan lah ye..
DDBT
ye ler...ddbt...mana neraca yg dapat menuduh anwar ngan anak dia.....mahkamah dah dah kata anwar tak bersalah pasal liwat dan izzah belum disahkan bersalah dan sedang disiasat...kooo rang yg pandai buat hukuman.....itu ker cara kooo nak letakkan islam itu pada tempat yg tinggi.....
Emm.. Mahkamah sahkan anuwar meliwat saiful, tapi dlm pembelaan, karpal mengatakan tidak menjadi kesalahan krn LIWAT DILAKUKAN SUKA SAMA SUKA. aku ada masa penghakiman, so tlg jgn tipu fakta. Kalo tak caya, blh baca transkrip pembelaan.
Peeui,,,, korang ni mcm anjing ngalak bukit lh,bukit tk kan runtoh kalau menjerit jer,,,,malaysia dh majulah,hentikan lh brgaduh sesama sendiri,muafakatlh sesame kte bg naik kn lg nama malaysia d mate dunia
Post a Comment