12 Nov - Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan nyata
tertekan akibat fitnah yang dimainkan beliau sendiri menerusi lidah
propaganda UMNO, Utusan Malaysia.
Fitnah demi fitnah yang ditaburkan menerusi pemesongan fakta bagi
mempengaruhi kaum Melayu untuk berprasangka buruk terhadap Pakatan
Rakyat dengan menggunakan agensi Kerajaan Negeri, PKNS, sebagai punching
bag.
Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, PKNS, telah dipertanggungjawabkan
untuk mengangkat martabat Melayu dan Bumiputra khususnya di Negeri
Selangor.
Dalam masa empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, PKNS telah berjaya
menempatkan diri sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
terbaik di dalam negara berbanding dengan negeri-negeri lain dan
dianugerahkan “Best SEDC” pada tahun 2011.
Ini dibuktikan dengan kemampuan PKNS untuk membayar zakat dan cukai
kepada Lembaga Zakat, Kerajaan Negeri dan Pusat berjumlah hampir RM300
juta dalam masa tidak sampai empat tahun.
Namun begitu, Zaini Hassan dan Utusan Malaysia menutup mata dan telinga
dan tidak memperakui pencapaian PKNS hasil daripada titik peluh dan
keringat warga kerja PKNS yang 99% terdiri daripada orang Melayu.
PKNS telah mencatatkan keruntungan demi keuntungan hasil dari operasi
yang bersandarkan tahap ketelusan dan akauntabliti yang tinggi dengan
diperakui sendiri oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Transparency International.
Keuntungan sebanyak RM420 juta yang dicatat oleh PKNS pada tahun 2011
telah membolehkan PKNS untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab
mereka dengan pembinaan rumah-rumah mampu milik bagi nikmat rakyat
Negeri Selangor, amnya dan masyarakat Melayu dan Bumiputra, khasnya.
Di samping itu, warga kerja PKNS turut mendapat habuan bonus sebanyak 7
bulan pada tahun 2011, sesuatu yang hanya dapat dicapai oleh
syarikat-syarikat swasta, GLC dan Multi National Company. Keuntungan
PKNS dikongsi dengan warga kerja yang juga kaum Melayu dan Bumiputra.
Zaini dan Utusan tidak mahu orang awam untuk diberitahu mengenai
projek-projek rakyat seperti pembinaan 12,000 unit rumah-rumah mampu
milik di seluruh Negeri Selangor daripada 2008 sehingga 2020.
Zaini dan Utusan juga mahu menidakkan kebijaksanaan rakyat dengan
memadamkan fakta bahawa 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah
terdiri dari kalangan orang Melayu.
Tidak cukup dengan perasaan hasad dengki, Zaini dan Utusan terus menerus
memfitnah bahawa kononnya PKNS menyelamatkan hutang tokeh Cina
tuanpunya Kumpulan Talam yang juga kroni UMNO sedangkan hakikat
sebenarnya, PKNS tidak menggunakan satu sen pun daripada tabung dana
PKNS bagi urusniaga Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang bernilai RM392
juta daripada Kumpulan Talam.
Malah, PKNS mendapat yuran perkhidmatan sebanyak RM70,000 kerana
bertindak sebagai Special Purpose Vehicle bagi Kerajaan Negeri mengutip
hutang daripada Talam.
UMNO terus memutar belitkan fakta bagi mengaburi kejayaan Kerajaan
Negeri Selangor mengutip kembali hutang berjumlah RM392 juta tersebut
daripada Talam bagi manfaat rakyat Negeri Selangor.
Perkakas-perkakas UMNO menggunakan NGO-NGO yang tidak bermaruah seperti
Sohaimi Shahadan menerusi GPRS, Azwanddin Hamzah menerusi JMM dan
Hamidzun Khairuddin menerusi GAPS untuk menghasut rakyat bagi melakukan
demo terhadap PKNS saban hari.
Azwanddin dan Hamidzun bertindak sebagai front-men Ezam Mohd Noor yang
bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor dengan cuba
membuktikan kepada Najib Razak bahawa tindakan mereka itu akan
membolehkan UMNO kembali menguasai tampuk kepimpinan Negeri Selangor.
Tindakan mereka ini telah dilambung tinggi oleh Zaini dan Utusan yang kini terperangkap dengan fitnah rekaan mereka sendiri.
Tidak cukup dengan permainan politik jijik mereka, Zaini dan Utusan
menambah lagi dosa fitnah mereka dengan mendakwa kononnya PKNS akan
menjual aset-aset komersil mereka sedangkan PKNS hanya memindah milik
aset-aset tersebut kepada anak syarikat milik penuh PKNS sendiri.
Terdesaknya Zaini dan Utusan untuk mencalarkan Pakatan Rakyat, mereka
sanggup mempergunakan nama Istana dan mengheret Sultan Selangor bagi
memajukan politik perkauman sempit mereka.
Apa yang telah mereka capai adalah untuk menabur pasir ke atas periuk
nasi lebih 1,500 orang warga kerja sebuah institusi yang telah berjaya
mengangkat martabat kaum Melayu dan Bumiputra serta seluruh rakyat
Negeri Selangor.
Akibat daripada keceluparan Zaini dan Utusan, PKNS tidak mempunyai
pilihan lain selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap
mereka yang memfitnah dan mencemarkan imej serta kredibiliti PKNS.
Jadi siapakah pejuang Melayu sebenarnya?
Penulis upahan seperti Zaini Hassan dengan alat propanda UMNO, Utusan
Malaysia atau politikus upahan seperti Sohaimi, Azwanddin, Hamidzun dan
Ezam ATAU sebuah institusi yang telah berjuang sepanjang 48 tahun untuk
mengangkat kedudukan Melayu dan Bumiputra menerusi program-program
pembangunan usahawan dan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat?
Siapa pula yang cuba untuk mencalarkan, menekan dan memfitnah institusi yang memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputra?
Jawapannya amat jelas, terang dan nyata.
Semoga Allah S.W.T. melindungi rakyat Negeri Selangor, kaum Melayu dan
Bumiputra daripada dipengaruhi oleh fitnah-fitnah yang berleluasa akibat
puak-puak desperado oportunis politik yang tidak bermaruah ini. –KLd
www.kldailyblog.wordpress.com
2 comments:
bila hati diselaput daki & najis terpekong sebagai keldai belaan umno-apco semua tolak tepi,akal & hati jadi lebih hina dari binatang dengan iman & agama dibuang jauh ! pecacai totok parti sekutu apco arus jahaliah akan tetep degil pertahan kebejatan para pemimpin umno yang korup & musibat ,ABU sahaja penyelamat negara !
Mana pengomen pencacai umnogok.hawat tak komen.cuba cek tengok ent3 d atas salah ke betui.peklaq puak umnongok hati batu tak reti dek ajaq,
Post a Comment