Thursday, December 13, 2012

BELIA TOLAK UMNO!!! 70 % tak mahu parti perkauman seperti UMNO

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Hasil kaji selidik oleh badan bukan kerajaan The Asia Foundation (TAF) mendapati majoriti belia di Malaysia lebih cenderung memilih parti berbilang kaum berbanding parti berteraskan kaum ataupun agama.

Dalam pembentangan laporan "The Youth Factor 2012" hari ini, panel penyelidik membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan dari 13 April hingga 9 Jun 2012 tersebut dan melibatkan seramai 2,105 belia di seluruh negara secara bersemuka.


Kajian bersama Taylor Nelson Sofres Malaysia (TNS) itu dijalankan ke atas rakyat Malaysia berumur lingkungan 17 tahun hingga 35 tahun.



Dalam laporan tersebut, sebanyak 71 peratus belia di Malaysia memilih parti politik yang mewakili kepentingan semua kaum tanpa memilih agama, manakala 11 peratus belia memilih parti berasaskan kaum dan 14 peratus lagi memilih parti agama yang mereka anuti.


"Perkara ini sesuatu yang positif, ia memperlihatkan rakyat Malaysia khususnya belia telah bergerak ke arah perpaduan negara," kata Nur Azrina Azhar,35, salah seorang penyelidik apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.


"Saya rasa kesedaran dikalangan belia ini semakin meningkat terutamanya tentang isu demokrasi.


"Malahan, saya tidak tolak kempen oleh pergerakan seperti Bersih dan lain-lain badan bukan kerajaan memberikan kesedaran daripada pelbagai segi," tambah penyelidik senior program TAF itu.


Menurut Azrina lagi hasil penemuan kajian ini mungkin relevan dan mampu memberikan kesan kepada pilihan raya umum (PRU) ke-13.


"Ya, penemuan ini mungkin relevan menjelang pilihan raya tidak lama lagi.


"Malahan ahli politik mula membincangkan tentang kehendak belia dan bukannya lagi meminta belia yang mengikut kehendak ahli politik," terang beliau lagi.


Dalam pada itu, belia di Sabah dan Sarawak paling tinggi memilih parti berbilang kaum dengan sebanyak 93 peratus daripada keseluruhan responden yang ditemui.


Selain itu, kajian yang dijalankan turut mendapati belia di Sabah banyak merungut terhadap isu penggangguran.


Bagi belia di Sabah, isu pekerjaan paling mendapat perhatian apabila sebanyak 26 peratus malahan angka penggangguran juga meningkat ke 5.6 peratus pada 2011 berbanding 4.9 peratus pada 2008.


Seorang lagi panel penyelidik, Khaldun Malek, 39 pula mengakui penemuan tersebut agak menarik tetapi berpendapat aspek agama adalah lebih penting yang akan menjadi pilihan pengundi berbanding kaum.


"Penemuan ini menarik, tapi bagi saya apa yang lebih utama adalah aspek agama.


"Sebagai contoh golongan belia muslim akan bergaul dengan muslim, belia Cina akan bergaul dengan Cina dan lain-lain," kata felo penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.


Daripada laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), golongan muda yang berusia antara 21 hingga 39 tahun yang mendaftar kini mencecah 5,175,096 atau 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 12,912,590 pengundi baru.


BN memperolehi 4.08 juta undi pada tahun 2008 berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - manakala PR pula berharap pengundi baru pada PRU akan datang boleh membantu menambahkan sokongan kepada mereka.


Selain itu, Najib tampak begitu bersungguh untuk mendapatkan sokongan belia kepada BN menjelang PRU kali ini terutama selepas kemenangan besar Proaspirasi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di institut pengajian tinggi.


TAF sudah berada di Malaysia hampir lebih 50 tahun dan berperanan untuk menyokong negara dalam pembangunan sosial dan ekonomi masa depan.


TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU DIAM... NANTI JAWAB NAJIB UMNO NAK PADAMMMMMM..OMAK KAU

15 comments:

Anonymous said...

Apa la kurang cerdik nyer paspb ni. Bn memang parti yg mewakili pelbagai kaum. Dalam bn ada byk parti2 komponen yg memperjuangkan kepentingan seluruh kaum di malaysia..

Anonymous said...

"paspb kurang cerdik"....isk, lembut sangat bahasa kau, non...

katakan aje paspb tu BANGANG !!..kan ke senang...

muahahaha

Anonymous said...

Belia tolak umno konon...

18 daripada 20 IPTA dikuasai oleh pro BN !!....jangan pura-pura lupa.

Anonymous said...

Aikkk...student pro bn? Sepanjang ak join mpp, rata2 student x suka bn sbb bnyk songlap.. bn mmg ok dlu, tp skrg da byk sgt penyelewengan..so, ini kalilah tukar!!!! Wahaha

Anonymous said...

Anon 1644, ko ni mpp mana? Pilihanrays ipt lps menunjukkan penolakan student university terhadap pakatan, fakta yg cuba disembunyikan oleh akhbar dan bloggerz pakatan, termasuk paspb. Golongan terpelajar memandang pakatan dgn rasa hina kerana hanya mengutamakan kroni dan kepentingan dunia.

Anis,UKM said...

Pakatan cacamarba!

Setahu saya majoriti mahasiswa menolak Pakatan sebab pemimpin DAP terlalu besar kepala dan pemimpin Pas terlalu berkompromi.

Manakala pemimpin PKR terlalu banyak main wayang.

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

TUNGGU PASPB LAPOR DAPATAN KAJIAN DI PARIT BUNTAR. YANG PASTI WAKIL RAKYAT SEKARANG TAK AKAN BERTANDING LAGI DI PARIT BUNTAR.

DAH KANTOI...

Anonymous said...

Senang citer la..kalau dah konfiden sesangat bubarkan aje Parlimen.Nak tunggu wat apa lagi..
Kata dah dapat sokongan ramai.
heheheee....Hello kawan Pilihanraya kampus bukan tolok pengukur yang Bn adalah "favourite"akan menang PRU akan datang..banyak lagi sembab musabab lain Umno/Bn kena tengok sama..
P/S Aku dan ahli keluarga aku tetap memberi undi pada PR..full stop..biarpun apa terjadi.hehehhe

Anonymous said...

kami belia ipt sebulat suara menolak parti maksiat bn haprak adui tui luncai

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

SAYANGNYA ' BELIA IPT '..MENULISPUN TAK PANDAI...

Anonymous said...

Anon 1748.kau tau ka mpp terus menyokong bn.stakat mana.studen kena beli hang tak tau ka.nc kens cucuk hidung kau tau ka.tngok contoh uia.apa dah jd.aspirasi kalah buat elextion smula.podah.semuanya memanupulasi undi utk dpt sokongan.

Anonymous said...

umno , mic, mca parti perkauman. itu pun beruk umno tak tau

rakab said...

Umno, MIC dan MCA adalah parti perkauman yang positif. Hanya kelompok mereka yang lebih memahami denyut nadi kaum masing-masing.

Mereka bersama dalam satu gabungan [BN] dan sepakat dalam merungkai setiap permasalahan dengan penuh berhemah dan bijaksana demi kemajuan, keamanan dan kestabilan negara.

insafdoh67 said...

Umno. Mca. Mic ni parti tipu rakyat.. Belia 17 spai 20 ni xtau apa ipta dgn politik Ubn.. Masuk Kampus kena brain wash. semua takut di ugut tak dapat bantuan PPTN... Bila dah keluar Ipta mereka akan faham apa itu politik.. sy dlu mcm tu r... Baham bodo ke Ketuanan mamak melayu. Insaflah.. Belia Harapan Bangsa.. Fikir dlu apa yang di lihat dan di lihat. Jangan Patuh atau Taat Membuta Tuli.. Carilah Kebenaran.. Berani kerana Benar.. Insaflah kwn.....

Deepak said...

insafdoh67,

aku rasa kau ni SRP pun tak lepas...