Ketika ini semua pihak sibuk membuat ramalan, andaian serta kajian
tentang siapakah antara BN dan PR yang dijangka akan memenangi
pilihanraya umum akan datang ini dan seterusnya berjaya menubuhkan
kerajaan.
Pusat-pusat kajian, universiti dan kalangan pensyarah pula
turut tampil dengan pelbagai teori dan pandangan mengenai siapa yang
dijangka kalah dan siapa yang dijangka menang.
Merdeka Center dalam kajian terbarunya menunjukkan populariti Najib
hanya meningkat 1 peratus kepada 65 peratus selepas pembentangan
Belanjawan 2012 yang dianggap banyak pihak sebagai belanjawan paling
pemurah dengan taburan gula-gula dan pemberian wang saku secara langsung
kepada rakyat.
Namun demikian, tahap populariti 65 peratus itu masih dianggap belum
memadai untuk menjelmakan kemenangan yang selesa buat BN.
Jika pun
menang, BN hanya dijangka menang dengan tipis saja tetapi jika berlaku
sesuatu perubahan yang mendadak, benteng populariti Najib yang sekadar
65 peratus itu dianggap belum cukup ampuh untuk menahan kekalahan
daripada berlaku.
Jika dilihat populariti Pak Lah sebelum pilihanraya 2008 adalah 72
peratus tetapi ianya telah menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga
dengan sekadar kemenangan 140 kerusi saja ketika itu.
Beberapa pensyarah universiti juga turut membuat ramalan. Antaranya Prof
Dr Samsul Amri Baharudin yang menjangkakan BN hanya mampu menang 120
kerusi, Dr Agus Yusof dengan kajian bahawa kerusi yang selesa bagi BN
hanya 96 kerusi manakala Prof Mohamad Abu Bakar dari UM juga meramalkan
kemenangan yang tipis saja mampu dicapai oleh BN dalam pilihanraya akan
datang ini berdasarkan pelbagai isu dan kekuatan BN serta PR yang
dilihat agak seimbang.
Pimpinan UMNO pula terutamanya Najib dilihat masih lagi bergelut untuk
meraih kemenangan serta amat mengimpikan kemenangan dengan majoriti dua
pertiga untuk mengelak menerima nasib seperti Pak Lah.
Bagaimanapun
sehingga ini tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang berani meramalkan
berapakah jumlah kerusi yang bakal dimenangi, terutamanya melihatkan
pelbagai isu-isu baru yang muncul kebelakangan ini seperti isu Deepak,
Musa Hassan, dana RM40 juta untuk UMNO Sabah dan sebagainya.
Rata-rata pemimpin UMNO dan BN merasakan hanya kemenangan yang tipis mampu dicapai kali ini.
Anwar dan PR pula, walaupun amat yakin dapat menawan Putrajaya dalam
pilihanraya kali ini tetapi masih tidak berani memberikan angka
kemenangan yang tepat.
PR kini terlihat memberi fokos kepada tiga negeri
iaitu Sabah, Sarawak dan Johor untuk mengukuhkan lagi kemenangan,
selain keyakinan mempertahankan kubu sedia ada terutama 82 kerusi yang
dimenangi dalam pilihanraya 2008 lalu.
Hanya Lim Kit Siang baru-baru ini yang meramalkan kemampuan PR untuk
memenangi sebanyak 125 kerusi dengan PAS dan DAP dijangkanya akan
memenangi masing-masing 40 kerusi manakala PKR diramalkan akan memenangi
45 kerusi.
Rakyat pelbagai lapisan dan peringkat juga merasakan demikian. Jika ada
yang beranggapan BN akan menang, mereka menduga hanya kemenangan dengan
kelebihan beberapa kerusi sahaja mampu dicapai.
Begitu juga jika ada
yang beranggapan PR akan menawan Putrajaya, jangkaan mereka hanya
kemenangan tipis juga yang mampu dicapainya.
Pendek kata, mereka yang rasional dan melihat pelbagai masalah serta isu
yang sedang berlaku sekarang ini dan kesannya kepada pola pemikiran
rakyat yang terdedah kepada pelbagai maklumat, hampir mustahil untuk
meyakini kemenangan cemerlang mampu dicapai oleh mana-mana pihak kali
ini.
Tetapi berbeza dengan dapatan yang dilakukan oleh War Room UMNO yang
diketuai oleh Alies Nor, bekas Setiausaha Politik Najib sendiri.
War
Room UMNO ini ditubuhkan oleh Najib untuk kerja-kerja pilihanraya umum
akan datang dengan fokus kepada pemilihan calon, menangani isu,
menyelaras kempen dan sebagainya.
Dengan fungsinya yang begitu besar, War Room ini menjadi begitu
berpengaruh menjelang pilihanraya akan datang dan Alies Nor pula
merupakan individu yang palng dicari untuk didekati oleh mereka yang
berhajat untuk menjadi calon.
Alies Nor bukan sahaja berpengaruh untuk menentukan calon-calon yang
dianggap boleh menang tetapi juga sedang memantau kerusi-kerusi Parlimen
yang diyakini memihak kepada BN.
Beliau kini mempunyai pasukan pemantaunya sendiri sama ada di peringkat
bahagian dan negeri yang berfungsi menyediakan laporan terkini tentang
kedudukan kerusi-kerusi yang boleh dimenangi oleh BN.
Bagaimanapun apa yang memeranjatkan, sebalik semua pihak meramalkan BN
hanya mampu menang tipis, War Room ini mempunyai dapatan yang
sebaliknya.
Dikhabarkan bahawa pihak War Room ini telah mempersembahkan
angka yang membuatkan Najib teruja baru-baru ini.
Dikatakan melalui gerak kerja dan pemilihan calon yang ditapis dengan
ketat oleh War Room ini, selain populariti Najib yang dikhabarkan
sentiasa mendapat sambutan daripada rakyat, Najib diyakinkan bahawa
jumlah kerusi yang mampu dimenanginya ialah antara 148 hingga 154
kerusi.
148 adalah jumlah kerusi minimum yang diperlukan untuk memperolehi kemenangan dengan majoriti dua pertiga.
Namun demikian, hasil kajian War Room UMNO ini ditolak mentah-mentah
oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri yang merasakan ianya adalah hasil
dapatan yang tidak masuk akal dan lebih bertujuan untuk mengampu Najib
semata-mata.
Mereka menyifatkan angka 148 hingga 154 itu tidak lebih
dendangan lagu merdu yang boleh membuatkan Najib terbuai, terlena dan
akhirnya jatuh ke tanah.
Tetapi sehingga ini tidak ada yang berani menyanggah angka tersebut
secara berdepan dengan Najib kerana sedar kedudukan War Room dan Alies
Nor yang begitu rapat dan seolah-olah begitu dipercayai oleh Najib
sendiri.
Menyanggah hasil kerja War Room umpama menyanggah Najib, oleh
itu ramai yang bercakap dan membuat ulasan di belakang mengenainya.
Beberapa pemimpin dan pihak dalam UMNO yang rasional dan mengetahui
mengenai hasil kajian oleh War Room itu mengakui angka kemenangan yang
tidak masuk akal itu boleh membahayakan kedudukan UMNO dan BN jika Najib
terlalu mempercayainya dan tidak mempunyai pendapat kedua.
Apa yang nyata Najib kini didapati begitu terbuai dengan angka yang
diberi oleh War Room itu sehingga beliau didapati tidak dapat membaca
isyarat sebenar yang ingin disampaikan oleh rakyat apabila mereka
bertemu dengannya.
Misalnya apabila ramai yang bertanya kepadanya bilakah tarikh
pilihanraya, Najib mengandaikan ianya sebagai bukti bahawa rakyat tidak
sabar-sabar untuk memberi mandat yang lebih besar kepada BN sedangkan
hakikat sebenarnya ia juga bermaksud rakyat tidak sabar lagi menunggu
detik untuk menghukum UMNO dan BN atas pelbagai masalah dan isu yang
berlaku sejak beliau menjadi PM.
Selain itu Najib juga sering disajikan dengan sokongan palsu daripada
rakyat di setiap program yang dihadirinya di mana majoriti yang hadir
adalah pegawai kerajaan, guru dan murid sekolah yang diwajibkan hadir,
penuntut IPTA dan IPTS yang disediakan bas, t shirt dan belanja makan
serta belia dan penduduk kampung yang turut disediakan kemudahan
pengangkutan dan elaun wang saku.
Oleh kerana terlalu terbuai dan terlena dengan nyanyian lagu merdu oleh
War Room dan Alies Nor yang menjanjikan kemenangan cemerlang kepadanya.
Najib dilihat semakin tidak sensitif kepada segala isu dan kecaman yang
berkaitan diri dan keluarganya. Beliau langsung tidak mahu menjawab
semua isu yang timbul kebelakangan ini.
Lalu dimanakah sebenarnya jiwa rakyat yang sering diucapkannya, sudah
kusamkah falsafah kami sentiasa mendengar yang kerap dilaungkannya dan
sudah dibakulsampahkah slogan bahawa era kerajaan dan pemimpin betul
segala-galanya sudah berakhir? (SH 17/12/12)
10 comments:
Inilah namanya entri syok sendiri. Kononnya jumlah 154 kerusi parlimen itu mustahil di capai oleh BN.
Sebenarnya BN boleh memperolehi lebih daripada angka itu. Secara jujur cuba imbas kembali kenapakah ramai yang memberikan undi kepada Pakatan pada PRU2008 ??
Antara faktor utamanya ialah kenaikan harga minyak dunia yang mendadak dan di ikuti oleh penarikan subsidi minyak negara dalam jumlah yang besar serta dalam tempoh yang singkat.
Akibatnya kos kehidupan meningkat tinggi dan rakyat rasa menderita.
Orang ramai menjadi marah !
Serangan Mahathir yang berterusan ke atas PakLah telah memecah belahkan Umno serta menghakis keyakinan parti-parti komponen BN terhadap kepimpinan Abdullah Badawi.
Ketika suasana gawat inilah PakLah mengisytiharkan pembubaran parlimen. Maka rakyat yang diselubungi dengan rasa marah yang meluap-luap itu memangkah calon-calon mana saja asalkan bukan BN sebagai tanda protes.
Namun demikian tsunami politik 2008 telah pun berlalu. Transformasi Najib dan keprihatinannya kepada segala permasalahan rakyat telah banyak mengubah persepsi orangramai terhadap kerajaan Umno/BN.
Kalau dalam keadaan gawat pun BN mampu memperolehi 140 kerusi apatah lagi ketika suasana yang lebih selesa seperti hari ini.
KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO KO KO BN,
anon 17.25 berzikir cara syiah
Pasal ape puok mu sibuk psl syiah.. Tongon mu cai... Komen sedap sikit. Tngok komen cai luga.... Nk muntah.... Bubar r kalau berani... Ckp je menang besor... Nakut hampas... Cis... Ckp je besar.. Kih.kih.kih...
rakab beruk setan dikenali syok sendiri
puak2 ni krg cerdik..ilmu agama mahupun ilm dunia..Klu korg duk tuduh Hj Hadi dan PAS mengajak2 org2 syiah dan kharwarij, bg aku itu bagus..xde masalah..lg cantik..lagi ramai lg bagus..klu boleh 1 dunia punya syiah dan kharwarij masuk PAS pun xpe..sbb PAS dan Tuan Guru sentiasa mendekatkan ajaran Islam kpd yg bkn Islam dan kpd yg telah terpesong..yg penting geng2 syiah dan kharwarij mestilah mengikut sunnah aljamaah seperti yg dipraktikan secara berterusan oleh PAS dan tuan guru...bkn seperti yg berlaku di dlm pihak yg mengatakan dia mendokong Islam di Msia..tetapi dia sendiri yg menjauhkan org2 bkn Islam jauh dr Islam..bahkan diri sndri pun dh jauh terpesong dr Islam..Islam sekadar dlm mykad shj..Islam keturunan lar katakn
Tentang hj.Hadi mengajak orang khawarij dan syiah masuk Pas tu bukannya satu tuduhan tetapi realiti berdasarkan ucapan beliau sendiri,...ada rakaman videonya.
anon 0219,...mukaddimah jer dah kantoi !!
Memang cantik !!....segala yang sesat tu himpunkan dalam Pas. Semua puak yang suka mengkafir dan memurtadkan orang Islam di kumpulkan dalam satu kandang,..parti setan yang dikenali !.
Beruk yg bermimpi indah dibuai dahan pokok tak merasa pokok nak tumbang. Apa lagi! Bubar je dewan nak tau mimpi tu betul ke tidak.
ajaran sekular kafir wajib dihapuskan,contoh mcam program maksiat tv yang melalaikan umat islam.hanya sikit saja rancangan ugama.kepada pemimpin,tegakkan hukum islam sepenuhnya,baru kami iktiraf kamu.tunjukkan contoh akhlak mulia kpda rakyat,bukannya mengikut perangai orang kafir
Post a Comment